Rahsia Memelihara Hubungan Dengan Ibu Mentua, Nombor 3 Antara Yang Paling Menjadi!

Share

Dalam kehidupan berumah tangga menjaga hubungan dengan mentua menjadi antara tanggungjawab besar kepada seseorang yang sudah bergelar suami atau isteri. Islam sendiri turut menyarankan kita agar menghormati dan menyayangi mentua seperti ibu bapa kandung.

Bagi sesetengah orang, ibu mentua sering kali dianggap menjadi penyebab timbulnya konflik dalam rumah tangga. Kata orang tidak kenal maka tak cinta. Jadi, ayuh selami hati budi ibu mentuamu.

1.Kenali peribadi dan harapan ibu mentua


Berusahalah untuk membentuk hubungan yang harmoni antara dua belah pihak. Kenali dahulu peribadi ibu mentua anda. Ketahui minatnya, sikapnya, harapannya mengenai perkahwinan anda. Dapatkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai iaitu suami anda sendiri. Mintalah suami untuk bercerita tentang ibunya dengan jujur dan berbekalkan info tersebut lebih mudah untuk anda membina hubungan yang baik.

2.Lakukan hal yang menenangkan hati mentua
Sebagai menantu yang baik, anda perlu tahu bagaimana ingin mengambil hatinya. Ada baiknya sekali sekala dihadiahkan sesuatu yang digemari atau pun kirimkan buah tangan dan sebagainya untuk mengambil hatinya.

3.Lakukan kegiatan bersama


Sebagai seorang yang berusia, biasanya ibu mentua sering berasa kesepian dan inginkan perhatian. Oleh itu digalakkan anda dan suami untuk meluangkan masa bersamanya. Lakukan kegiatan bersama-sama untuk mengisi kekosongan hati yang dirasainya. Sesekali ajak ibu mentua makan di restoran, jalan-jalan di taman dan sebagainya.

4.Lihat sudut positif
Walau terjadi konflik anda dan ibu mentua, jangan sesekali memburukkan mentua kepada keluarga anda. Cukup sekadar anda kongsikan masalah tersebut dengan suami anda sahaja. Jangan luahkan keluhan tersebut berkali-kali di hadapan suami. Seboleh mungkin cari dan lihat sisi positif yang ada pada ibu mertua anda.

5.Sedia menerima kritikan
Sebagai menantu, pasti anda pernah menerima kritikan daripada ibu mentua. Daripada anda memendam rasa sakit hati berpanjangan, lebih baik anda bersikap terbuka. Apatah lagi jika apa yang dikritik oleh ibu mertua anda itu ada kebaikannya.

6.Kasih dan sayang
Kasihi keluarga mentua seperti anda menyayangi keluarga anda sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Published by
Siti Zurina Mat Saman