Ramai teringin ke Tanah Suci Makkah . Mahu solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang bandarnya diiktiraf sebagai kota paling tenang di dunia. Bahkan sesiapa yang pernah pergi, pasti rindukan Baitullah.
Namun ramai yang “tidak punya banyak wang” untuk menunaikan umrah selain beberapa kekangan lain terutama yang ada anak kecil, kekangan waktu kerja serta lain-lain urusan yang perlu diselesaikan dahulu.
Buat masa kini, sekurang-kurangnya diperlukan RM10,000 di tangan untuk mengerjakan umrah dan ia dilihat agak tinggi bagi mereka yang gajinya agak sedikit.
Namun jangan pernah berputus asa dengan niat kita itu kerana “rezeki” mengerjakan umrah ini semuanya atas urusan Sang Khaliq, Allah Ya Razzak pemberi rezeki kepada kita. Kadang ada orang direzekikan datang ke bumi baroqah ini bukan dengan wangnya tapi atas sedekah orang terhadapnya dan hal ini sudah banyak kali terjadi.
Dikongsi dari akaun Tik Tok @amikartika13, dirinya berkongsi satu doa yang diijazahkan oleh Ustaz ini untuk mereka yang mahu ke tanah suci setiap tahun.
Doanya berbunyi begini.
“Allahhummarzukni ziyarata bainikalmua’zam warasulikal mukarram fi a’zal a’m wafi kul li a’m bi ah sanil hal” (kalau untuk seisi keluarga gantikan Allahhummazzukna)
Maksudnya Ya Allah, beri aku rezeki untuk aku berkunjung ke rumah-Mu yang Agung dan RasulMu yang mulia di tahun ini dan setiap tahun dengan keadaan sebaik-baiknya.
Amalkan doa ini setiap solat dan bacalah banyak kali agar Allah mempermudahkan urusan kita mengerjakan umrah saban tahun seperti diajarkan oleh gurunya. Bahkan sudah ramai mengamalkan doa ini dan Allah mempermudahkan urusan ke Tanah Suci tanpa sebarang masalah.