
Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan selain nasi ayam, nasi minyak atau nasi arab, hidangan nasi ayam penyet juga sangat popular dan diminati ramai.
Tahap kepedasan sambalnya menjadikan hidangan ini jadi pilihan setiap kali makan tengahari bersama teman-teman ketika bukan pada bulan ramadan.
Jadi untuk saiian berbuka apa kata kita hidangkan nasi ayam penyet. Resipi dikongsi di laman sosial Facebook ini oleh Puan Jida Jat sangat mudah dibuat dan rasanya juga seperti di kedai.
Siap Memasak …Nasi Ayam Penyet..
Resepi Cabai Penyet..
Bawang Besar 1Labu
Bawang Putih 3Ulas
Cabai Merah 4Biji
Cabai Melaka Hijau 20biji
Tomato 3Biji
Belacan Sikit(Nak Masukkan Ikan Bilis pun Boleh…
Goreng Bhan2 Cabai penyet tuu..Mcm Dalam Gambar d atas..Dah layu.Toskan.. Boleh Belender@Tumbuk..Saya Tumbuk jaa.. Masukkan perasa sesedap Rasa
Bahan Ayam Goreng
Tepung Gandum 4Sudu
Tepung Jagung 4 Sudu
Kunyit sikt+Rempah Kari Daging Sikit..Dan Perasa..
Gaul2Kan Ayam Tadi Dan Goreng..

Bahan Tempe..
Hampa p beli hat siap Kat kedai..Balik Gorengg jaa..Tak yah dok Qendam soya bagai nk BT pulakk..
Bahan2 ulamnya
Salad
Kacang Panjang
Timun
Ringkas2 jaaa… Selamat Mencuba Gaiss
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Janji Belikan Anak Syurga Al-Quran Digital, Hajat Bapa Tak Kesampaian. Maut Dirempuh Treler Di Lorong Kecemasan

Tiada apa yang lebih menyedihkan saat diuji dengan kematian orang tersayang. Janji Allah itu pasti, walau sekuat mana pun kita cuba untuk menidakkannya.
Ternyata janji seorang ayah untuk membelikan anak syurganya yang mengidap autisme senaskah Al-Quran digital tidak kesampaian apabila maut dirempuh treler selepas 40 minit memaklumkan kepada isterinya lokasi terakhir lorinya tersadai akibat kehabisan minyak.
Dikongsi dari page fb Mr Wan Chai Offizcial, pengurusan jenazah islam yang dilakukan secara percuma, berkongsi kisah sedih ini apabila mereka menyempurnakan pengurusan jenazah buat insan terpilih ini, Saifuddin Bin Abdullah yang juga seorang saudara baru.
Baru berkesempatan berkongsi kisah tentang pengurusan mangsa nahas di rempuh lori treler. Mohon maaf kerana terlalu sibuk dengan program memberi bantuan ayam mentah buat mangsa banjir tadi.

Allahyarham Saifuddin bin Abdullah, mangsa korban dirempuh lori treler selamat diKebumikan 05.40 petang tadi. Jenazah lelaki mualaf berusia 50 tahun itu selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Johan Setia, Klang.
Allahyarham adalah pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Plus Utara Selatan kilometer 241.6. Arwah dalam perjalanan pulang ke Klang sewaktu nahas yang mengorbankan nyawanya berlaku.
Lori yang dipandu oleh arwah dikatakan kehabisan minyak dan berhenti di lorong kecemasan lebuhraya tersebut. 40 minit sebelum kejadian malang itu berlaku, arwah sempat menghantar gambar terakhir kepada isterinya.
Arwah memaklumkan lorinya kehabisan minyak dan tersadai di tepi lebuhraya menunggu bantuan. Arwah kemudian menghubungi seorang adiknya bagi mendapatkan bantuan menghantar minyak diesel.
Adik arwah yang tiba tidak lama kemudiannya membantu menuang minyak ke dalam tangki minyak lori. Bagaimana pun sebuah lori dari arah belakang telah merempuh arwah dan adiknya. Keduanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Suasana sedih menyelubungi bilik pengurusan milik Hospital Rembau sewaktu jenazah diuruskan oleh rakan-rakan UKVJ HQ Dan UKVJ Melaka.
Si isteri memberitahu arwah berhajat untuk membeli senaskah Al-Quran Digital untuk anak syurganya yang juga seorang anak autisme. Namun hajat arwah itu tidak kesampaian kerana terlebih dahulu dipanggil pulang mengadap Maha Pencipta.
Sebelum kejadian kemalangan berlaku, arwah turut sempat berpesan meminta isterinya memasak untuk anak istimewanya itu.
Pengurusan buat arwah telah kami sempurnakan dengan sebaik yang mungkin. Pengurusan buat adiknya pula tidak dapat kami uruskan.

Ini kerana adik arwah yang turut sama terkorban adalah seorang penganut agama Hindu. Difahamkan lori treler yang merempuh arwah dan adiknya telah melarikan diri sejurus selepas kejadian kemalangan itu berlaku.
Mohon doakan agar pemandu lori tersebut dapat ditangkap dengan segera. Semoga kematian arwah dan adiknya mendapat keadilan.
Kecuaian pemandu lori tersebut menyebabkan seorang isteri hilang tempat untuk bergantung hidup. Lebih menyedihkan seorang anak istimewa hilang kasih seorang bapa.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Dimalukan Kerana Curi Tabung Masjid, Perkongsian Pendakwah Dato Dr Abdul Basit Wajar Jadi Pengajaran

Viral di media sosial seorang pemuda dimandikan seolah-olah jenazah selepas tertangkap cuba mencuri tabung masjid.
Walau tidak dinyatakan di lokasi mana namun jelas tindakan imam masjid dan kariah lain dilihat cuba melepaskan geram.
Ramai melihat ada pro dan kontra dalam isu yang dianggap cuba dijadikan pengajaran buat mereka yang cuba mencuri di masjid namun masa yang sama, Islam juga tidak mengajarkan umatnya bertindak zalim dan memalukan orang lain di media sosial.
Jika kita melihat dari satu sudut perseptif saja, kita akan melihat pemuda itu bersalah kerana cuba mencuri dan tertangkap namun apa di dalam hatinya hanya Allah yang tahu (barangkali trauma berterusan). Barangkali dia akan menjadi anti masjid selama-lamanya apatah lagi video itu terus bertebaran. Atau barangkali dirinya akan berubah selepas kejadian ini tular? Wallualam.
Namun dalam memberi pengajaran kepada individu lain, ada baiknya pihak pengurusan AJK Masjid “belajar” dari video pendakwah terkenal, Tuan Guru Dr Abdul Basit yang sering menggunakan gelaran Abu Anas Madani yang juga pentadbir Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian.
Seorang yang cukup aktif dalam bidang dakwah melalui penulisan, kuliah-kuliah, dan pembentangan kertas kerja di seminar-seminar selain kerap muncul dalam rancangan keagamaan di TV, “pengajaran” dari perkongsiannya lebih lembut dan mendidik. Bukan terus menghukum kerana manusia itu sebenarnya boleh berubah jika dididik dengan penuh kelembutan.
Dari perkongsian ceramahnya, pendakwah ini memaklumkan dirinya pernah pergi ke sebuah masjid.
.
“Budak curi tabung masjid. Pakcik jaga masjid tangkap. Semua pakat nak pukul. Kecuali pengerusi masjid.
“Saya kata jangan pukul, bawak budak tu ke sini. Saya nak jumpa. Bila bawak budak tu jumpa saya. Bila mari dia tanya.
“Adik, kenapa adik mencuri. Ini soalan tuan-tuan.Sambil cerita sambil beri nasihat. Bagaimana nak suruh orang sayang masjid. Dia kata, bapa saya tak bagi saya duit. Cikgu sekolah besok nak beli buku ni, tak saya memang tak ada duit. Duit saya memang tak dapat.
“Pengerusi masjid kata, bila saya dengar cerita ini, saya nak menitiskan air mata. Sedih di saat kita makan, makanan nak buka puasa, boleh beli lima enam bungkus plastik, anak kariah aku ada lagi tak boleh beli buku sekolah.
“Pengerusi sedih. Dia cerita dengan saya dia sedih. Tak apalah kalau itu keadaan kamu, dalam islam pun kita tak boleh potong tangan kalau orang mencuri dalam keadaan terdesak. Hari ini saya mengisytiharkan kamu sebagai anak angkat masjid.

“Mu nak apa jumpa saya. Nak duit ke, nak baju sekolah ke, nak makanan ke, mu jumpa saya. Mu jadi anak angkat masjid mu kena solat lima waktu, semua majlis ilmu, Quran kamu kena hadir. Alhamdulillah, budak tu hari ini menjadi penunggu setia masjid, budak yang baik.
“Bagaimana kalau kita halau dia hari itu. Tuan bayangkan bagaimana kalau kita pukul budak tu hari tu. Dialah yang akan jadi manusia pendendam kepada masjid, tidak jadi orang yang cintakan masjid. Teknikal, Alhamdulillah, budak ni dah jadi budak baik.Sekarang ni kalau tak ada jaga masjid, dia jadi jaga masjid, tolong buka pintu, tolong hampar tikar, tolong tutup lampu, alhamdulillah, jadi anak angkat masjid,” katanya lagi.
Moga ramai memahami untuk menjadikan manusia itu sebenar-benar manusia, kekerasan bukanlah pengajarannya kerana kalau kena dengan cara yang baik, hati manusia boleh berubah. Insya Allah.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Hidup Di Dunia, Tak Terlepas Dari Diduga.’ Selepas 24 tahun, Ini Ucapan Syahdu Nurul Izzah Buat Bapa Tersayang

Isi Kandungan
Toggle‘Hidup di dunia, tak terlepas dari diduga.’ Selepas 24 tahun, ini ucapan syahdu Nurul Izzah buat bapa tersayang. Benarlah bukan sesuatu yang ujian dan dugaan yang ditempuhi oleh keluarga ini.
Tidak semua anak mampu menghadapi apa yang dilalui Nurul Izzah dan adik-beradiknya. Ternyata kini, jika Allah SWT berkehendak, maka Dialah juga yang menentukan segalanya.
Artikel Berkaitan
Hidup Di Dunia
Sesungguhnya hebat perjalanan Anwar Ibrahim dan keluarganya. Akhirnya teka-teki siapakah Perdana Menteri ke-10 Malaysia terjawab hari ini apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim terpilih setelah beberapa hari rakyat Malaysia menunggu dengan penuh kesabaran.
Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden PKR itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pagi tadi.
Tak Terlepas Dari DiDuga
Berita gembira ini turut diraikan Nurul Izzah yang berkon gsi ucapan penuh syahdu di akaun insta gramnya. Perkon gsian Nurul Izzah menarik perhatian warganet.
Malahan, wanita yang pernah digelar Puteri Reformasi itu menerusi kapsyen dalam Instagramnya antara lain menzahirkan ucapan tahniah.
Dia antara lain berkata, selepas 24 tahun diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran, bapa beliau akhirnya mendapat pembelaan sewajarnya.
Selepas 24 tahun
Dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan. Ketika kalah kita diduga, ketika menang juga kita diduga.
Namun yang pasti, sejak tahun 1998 sehingga saat ini adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan, menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua,” katanya.
Sambung Nurul Izzah lagi, sudah tentu selepas bergelar Perdana Menteri, cabaran Anwar sedia menanti. Antaranya dalam menyatupadukan rakyat dan pemimpin di negara ini, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu termasuk menarik pelaburan menerusi rangsangan ekonomi dan bakat tempatan.

Ini Ucapan Syahdu Nurul Izzah
Selain itu, Perdana Menteri ke-10 itu juga perlu memainkan peranan dalam membina ummah dan bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.
Dalam masa yan g sama, di pengakhiran ucapannya, Nurul Izzah mengucapkan betapa beliau berbangga dan sentiasa mencintai bapanya.
Saya sangat menyayangi anda, papa. Saya sentiasa berbangga dengan anda, walaupun ketika ada berada di dalam sel penjara sebagai tahanan (suatu masa dulu).

Buat Bapa Tersayang
Legasi yang kita tinggalkan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya untuk harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli. Jadikan masa depan, masa kita bersama. Insya-allah,” tuturnya.
Berdasarkan rekod, pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, Nurul Izzah yang mewakili PH tewas kepada calon Perikatan Nasional-PAS, Muhammad Fawwaz Mat Jan dengan majoriti 5,272 undi.
Muhammad Fawwaz memperoleh 37,638 undi sementara Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR, mendapat 32,366 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (16,971 undi) dan Mohd Nasir Othman (Pejuang-Putra) meraih 473 undi.

Baca Di Sini
Kuasa Allah, 2 Hari Terperangkap Dalam Runtuhan, Kanak-Kanak Enam Tahun Ditemui Masih Hidup
Kashoorga : Selamat menjalankan tugas Perdana Menteri Malaysia!
Sumber : Instagram Nurul Izzah, Sinar Plus
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
‘Dulu Bapa Angkat, Sekarang Suami’
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI