kapel

Mula-mula kahwin, pegang tangan tak lepas-lepas. Tapi bila sudah bertahun, bukan saja pegang tangan, malah jalan juga sudah jauh ke depan berbanding pasangan.

Kenapa hal ini terjadi? Adakah kerana sudah bosan dengan pasangan atau punya perasaan segan untuk melakukan berpegangan tangan dengan pasangan di khalayak dengan alasan sudah lama kahwin.

Tahu atau tidak banyak manfaatnya jika kita pegang tangan pasangan. Tetapi bukan pegang biasa-biasa, tapi disertakan dengan doa sekaligus. Ini seperti kita mendoakan anggota badan dengan ayat yang baik-baik.

Rahsia Setiap Hari Pegang & Usap Tangan Isteri Sambil Berdoa, Cipta Hubungan Mawaddah Dalam Rumahtangga
Untungnya dapat pegang tangan isteri setiap masa.

Jika diamalkan selalu insya-Allah hubungan mawaddah dan sakinah akan tercipta dalam sesebuah rumahtangga. Janganlah disebabkan sudah lama berkahwin, amalan di awal perkahwinan boleh dilupakan begitu saja.

Masih belum terlambat, pegang dan usap tangan pasangan perlahan-lahan sambil membaca doa mulia.

RAHSIA BESAR MENCIPTA HUBUNGAN MAWADDAH DI DALAM RUMAH TANGGA

Ya,rahsia besar yang tak ramai orang tahu,terutamanya pasangan suami dan isteri.Izinkan sy kongsi kan sedikit RAHSIA BESAR ini.

IKLAN

Tak lama,hanya pinjam 5 minit sahaja untuk membaca.
Baru baru ni waktu sy balik Johor, sy berpeluang bertemu dengan seorang Ustaz, iaitu Ustaz Sadini.

Ustaz Sadini merupakan seorang bekas doktor,dan berkahwin dengan anak dari Mufti Brunei. Tutur kata memang begitu menenangkan jiwa yang mendengar setiap tazkirah yang keluar dari mulut nya.

Sempat sy bertanya pada dia,
“Macamana nak buatkan suami mendengar nasihat dan pendapat isteri?Sebab macam yang kita tahu,ramai suami diluar sana yang meletakkan ego di depan sekali bila buat apa apa keputusan di dalam rumah tangga”

Ustaz Sadini jawab,
“Sebelum tu saya nak tanya,pernah tak kamu mendoakan angota badan suami kamu?”
Ustaz Sadini pandang semua yang hadir,dan tanya lagi pada yang lain,

IKLAN

“Ada doakan anggota badan suami?Suami pulak,ada doakan untuk anggota badan isteri?”
Ustaz Sadini pandang sy semula,menunggu jawapan.Ahhh sudah!Apa nak jawab? Sebab sy tak paham maksud soalan tu

Tapi sy jawab juga,
“Saya biasa doakan suami saya dalam setiap sujud terakhir ketika solat,minta supaya ALLAH permudahkan setiap usaha suami mencari rezeki,menjadi suami dan ayah yang penyayang dan bertanggungjawab”

Ustaz Sadini :
“Baik. Saya tak cakap benda tu salah yer.Cuma kurang betul.Kurang betul sebab pasangan suami isteri harus mendoakan anggota badan antara 1 sama lain.Tapi tak ramai pasangan buat perkara ni.Sebab tu kurangnya hubungan yang MAWADDAH di dalam rumah tangga”
Persoalannya,bagaimana nak mendoakan anggota tubuh badan pasangan secara specific?

Rahsia Setiap Hari Pegang & Usap Tangan Isteri Sambil Berdoa, Cipta Hubungan Mawaddah Dalam Rumahtangga
Gambar sekadar hiasan.

Di sini sy kongsi kan yerrr.
-Pegang tangan suami/isteri kita,usap tangan nya sambil baca
Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a’zabannar,

IKLAN

Habis baca sambung,
YA ALLAH,BERKATI TANGAN SUAMI/ISTERIKU AGAR DIGUNAKAN KE JALAN YANG BAIK,DI HARAMKAN DARI API NERAKA

Pelik? Yer,kami semua yang hadir pun tercengang.Doa makan? Itu yang Ustaz Sadini bagitau,ramai ingat doa makan di baca ketika makan sahaja.Sedangkan banyak fungsi doa makan tu,untuk minta apa saja yang kita ada diberkati ALLAH.
-Ulang perkara yang sama di setiap anggota badan pasangan kita
-Ketika isteri hamil,baca kan juga doa tersebut,sambil lekapkan tapak tangan di perut isteri
-Ketika sedang bersama,lekap kan tapak tangan di dada suami/isteri,dan bacakan doa tersebut,minta hatinya di berkati ALLAH dan tidak terpikir langsung untuk berbuat perkara yang tidak di sukai.Minta diharamkan hati nya dari api neraka

ALLAHUUU, sy yakin ramaiiiii sangat yang tak tahu perkara ni kan?Pernah doakan tak anggota tubuh pasangan kita?

Dan yang terakhir ustaz Sadini kongsikan,ketika suami bawa balik sekampit beras.Waktu di tuang ke dalam tong beras,pegang butiran beras tu sambil bacakan juga ,
Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a’zabannar

Doa agar setiap butiran beras tu diberkati oleh ALLAH SWT.

Sy izinkan kalian SHARE, agar lebih ramai mendapat ilmu kecil,yang merupakan salah 1 RAHSIA BESAR mendapatkan hubungan yang MAWADDAH di dalam rumah tangga

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI