Tak dapat nafikan memang hebat air tangan seorang isteri. Jika ada pembantu rumah sekali pun jangan sesekali biar pembantu rumah yang menyediakan hidangan untuk disantap oleh sang suami. Melalui air tangan seorang isterilah kasih sayang suami dan isteri itu semakin ‘kuat’.
Tidak sempat masak atau tiada masa untuk memasak terutama wanita yang bekerja bukanlah alasan lagi. Ini kerana ada cara yang lebih praktikal dan ‘bijak’ yang boleh diamalkan agar wanita yang bekerja mampu menyediakan hidangan setiap hari.
Aktiviti Wajib Mak-mak Bila Hujung Minggu
Selesai juga manjakan peti ais hari ni, macam biasa isinya akan penuh setiap hari Ahad je. Semua barang basah akan di topup dari Pasar Pagi di Chemor atau Silibin. Senang, nak masak je… Buka peti ajaib ni, kenyanglah perut anak-anak.
Saya jarang beli lauk basah kat pasar raya, sebab beza di pasar pagi ikan lebih segar dan daging lembu pun saya cari yang baru disembelih. Sampai pak cik jual lauk basah pun dah kenal muka siap bagi ayat, “dia nak daging baru disembelih aje, pastu mesti cari daging batang pinang.”
“Haruslah pak cik, saya hidangkan untuk anak-anak. Kalau liat, mesti deme tak makan.” Balas saya dengan ayat pertahankan diri dari dituduh wanita cerewet
Ads
Bab sayur pula, saya tak banyak beli buat stock, sebab tak ada geng. Jadi saya cuma pastikan bendi, cendawan dan bunga kobis selalu ada. Itu sayur wajib saya! Cendawan tu sebab nak celup tepung, kobis tu untuk dibuat tomyam. Bendi? Paling malas rebus je. Siap! Haha
Dan saya lebih suka masukkan sayur-sayuran dalam plastik zip camni, lebih jimat ruang dan tahan lama.
Owh ya, lauk ayam daging pun taruk dalam plastik camni lebih senang. Potong kecik-kecik siap-siap dan tarik je bila nak masak. Tak payah nak rendam dalam air bagai. Lagi pun ayam daging ni kalau direndam selau, tak elok sangat. Selebihnya, saya ikut petua ni.
Cara Simpan Lauk Basah
Ads
1. Sayur jangan basuh 2. Telur pun jangan dibasuh 3. Cili lebih elok letak seketul bawang putih dan tisu dalamnya untuk tahan lebih lama. 4. Ikan dicuci sesiap buang perut. 5. Daun sup letak tempat beku.
Hah, sekarang mak budak dah senang hati. Tinggal nak listkan masak apa dari Isnin sampai Jumaat ni. Eh, tak cukup seminggu masak?
Ads
Ya, sabtu ahad dapur tutup! Kita pun nak cuti jugaakkkk
KASHOORGA: Namun para suami pun kenalah membantu juga. Semasa isteri sibuk berperang di dapur, bantulah apa yang patut seperti menjaga anak, membasuh pakaian (guna mesin basuh) dan sebagainya. Sama-sama kerja tentulah sama-sama penat. Jadi lebih afdhal kalau suami turut membantu isteri.
VIDEO KASHOORGA:
https://www.youtube.com/watch?v=aDyYhc9Dxt0&t=6s
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Semua pasangan inginkan rumahtangga bahagia seperti yang dipaparkan di filem-filem cinta. Namun setiap perkahwinan yang dibina tentunya pernah melalui cabaran dan dugaan. Sebenarnya pengalaman itulah yang menjadikan rumah tangga pernuh barakah.
Teringat sewaktu saya mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apa pun terima kasih kepada mertua yang sudi menerima insan yang serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu merek tahu saya tak mempunyai sumber kewangan yang utuh.
Saya buat partime sebagai imam ratib di masjid sebab nak sara anak orang sbg isteri. Dgn gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yg mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama utk pulang ke kampung.
Apa yang saya kagum dan saya akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri: “Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dengan bawa pulang kepada keluarga rezeki yg barakah”…
RUMAH SEMPIT TAPI LAPANG
Beliau langsung tak pernah minta wang untuk beli pakaian melainkan apa yang saya belikan. Beg tangan dan kasut seadanya. Kadang terusik di dalam hati seorang suami untuk membeli sesuatu untuk menggembirakan isteri. Tapi si suami tak mampu.
Rumah flat yang tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yang terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yang paling bahagia. Detik itulah yang paling sakinah. Payah namun indah. Rumah sempit namun hati lapang.
SYUKURI NIKMAT SEBELUM IA TIADA
Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yang kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar untuk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan.
Saya kongsi kisah ini bukan untuk khabarkan sejarah diri semata. Kerana saya tahu rasa saya ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Saya tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yang turut melalui. Bersyukurlah apa yang ada. Sebelum menangis bila dah tiada.
Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka di sisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dengan kita walau kita tiada nama. Mereka sudi di sisi kita walau kita tidak berharta.
Semoga Allah mengabadikan bahagia ini hingga ke syurga.
Doa ialah satu situasi seorang manusia itu meminta-minta kepada Yang Maha Pencipta. ALLAH SWT menurunkan ujian kepada hamba-NYA kerana mahu mendengar rintihannya. Mintalah kepada ALLAH, mintalah apa-apa sahaja.
Justeru, misalnya anda mempunyai masalah dalam soal jodoh mahupun rumahtangga, berdoalah kepada ALLAH supaya segalanya dipermudahkan. Usahlah pernah jemu untuk berdoa kerana doa mempunyai kuasanya yang tersendiri.
PENGABDIAN
Tidaklah kita dicipta di muka bumi ini selain daripada untuk menyembah ALLAH. Justeru sebagai hamba yang lemah, apa lagi yang hendak kita lakukan selain berdoa dan berusaha memperbaiki keadaan demi kehidupan yang lebih baik.
ALLAH mendengar doa yang kita mohonkan. Terserah kepada ALLAH untuk memakbulkannya atau tidak. Jika doa kita tidak dimakbulkan pada hari ini, percayalah pasti ada sesuatu yang lebih baik untuk kita pada hari kemudian.
MENGUBAH HIDUP
Percaya kepada doa yang dipohonkan membuatkan seseorang itu menjadi lebih positif. Berdoalah dengan kepercayaan yang utuh bahawa ALLAH mendengar apa yang kita minta. Usah sesekali berpaling dan kecewa kepada doa.
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Ubah corak pemikiran anda menjadi lebih positif dan lihatlah kesannya. Memanglah tatkala sedang bersedih, kita terarah untuk menjadi seorang yang negatif. Namun, doa yang tulus ikhlas kepada ALLAH, pasti akan dapat membantu anda menjadi lebih positif.
WAKTU MUSTAJAB BERDOA
1)Ketika sahur atau sepertiga malam.
2)Ketika berbuka puasa.
3)Ketika malam lailatul qadar.
4)Ketika azan berkumandang.
5)Ketika sedang sujud dalam solat.
6)Sebelum memberi salam pada solat fardu.
7)Pada hari Jumaat (penghulu segala hari).
8)Ketika waktu hujan.
9)Pada Hari Arafah.
10)Sewaktu minum air zamzam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ketika Allah rindukan hambaNya, maka Dia hadirkan hadiah berupa ujian. Saat itu, bersabarlah dan bersyukurlah. Ujian itu hadir dalam berbagai bentuk. Ia menguji sesjauh mana kita sabar dan reda dengan ketentuan Allah.
Tidaklah Allah jadikan sesuatu kejadian itu dengan sia-sia tanpa apa-apa rahsia tersendiri. Seperti yang berlaku pada Pencetus Ummah (PU) yang tertinggal dompet. Semua itu berlaku atas ketentuan dari Allah. Ikuti perkongsian pendakwah bebas, PU Amin.
Allah uji kita sebab Allah sayang kita. Dalam dompet itu, ada duit RM3000, duit yuran master sem ini, duit belanja untuk anak dan isteri, juga duit sumbangan orang awam untuk sedekah fakir miskin di Mekah kini, berada di tangan orang lain. Saya jarang keluar duit banyak tapi sebab nak jalan jauh saya kena tinggal belanja untuk anak isteri.
Pada awalnya saya juga kumpul sedikit demi sedikit juga untuk belanja di Mekah. Tapi Allah maha kuasa, Allah berkehendak atas segalanya. Dokumen lain yang hilang juga penting, tapi Allah dah tentukan segalanya..
HARAPKAN KEAJAIBAN
Saya ucap terima kasih pada yang membantu. Terlalu ramai, beratus yang call saya nak bantu carikan. Saya keletihan. Saya harapkan keajaiban dari Allah untuk kembalikan barang ini..
Buat Aisyah dan Umar jangan nakal-nakal. Hari ini kita di uji sedikit, kad pengenalan kita anak beranak pun dah tak ada, tak apa janji kasih sayang kita kekal selamanya..?Terima kasih buat suri hati tercinta sebab bersama sama menenangkan jiwa..
Walaupun tak mampu tersenyum namun segala kedukacitaan dan kekecewaan ini akan diluahkan dihadapan Kaabah kejap lagi. Allah nak bagi sesuatu, Allah akan ambil sesuatu..
MOHON PULANGKAN DOKUMEN PENTING
Buat yang ambil dompet saya, ambil duit itu untuk belanja anda kalau perlu dan pulangkan lah kad kad yang lain. Itu saja permintaan saya. Ada banyak nyawa dan makna dalam dompet tersebut. Saya jenis payah hilang barang, dompet saya 15 ringgit je pasar malam tapi cukup istimewa. Kembalikanlah dengan baik ya ?..
Ujian itu mendekatkan kita dengan Tuhan. Menghela nafas panjang. Allah mahu tunjukkan sesuatu..
Saya dalam perjalanan melaksanakan Umrah. Doakan saya. Ada doa, tuliskan, kerja saya juga membaca doa anda semua. ?❤️
Dalam perkongsian terdahulu, PU Amin ada berkongsi tentang kejadian kehilangan dompet di laman Facebooknya. Kejadian itu berlaku pada 17 Februari 2019.