Kalau dah namanya rezeki. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Seorang warga emas berusia 94 tahun diundang pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed Salman ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah Haji yang merupakan Rukun Islam Ke lima.

Selepas melihat video seorang warga emas bernama Uhi yang berasal dari Indonesia tular di media sosial dan menjadi bualan di negaranya, Raja dan Putera Mahkota Arab Saudi telah mengundang warga emas itu untuk menunaikan ibadah Haji.

Raja Salman Undang Warga Emas Buat Haji Di Makkah Selepas Video Viral Sampai Arab Saudi

Dalam video yang tular itu Uhi bersama beberapa  anggota keluarganya meminta Raja Salman dan Putera Mahkota agar menunaikan hasrat mereka yang mahu menunaikan ibadah Haji di Makkah. Selepas video itu viral selama dua minggu lalu ia sampai ke pengetahuan Raja Salman dan Putera Mahkota.

KHABAR GEMBIRA

“Mereka juga mendakwa bahawa lelaki warga emas itu sudah berusia 130 tahun,” menurut keterangan tertulis dari Kedutaan Besar Arab Saudi di Indonesia yang diterima di Jakarta.

IKLAN

Raja Salman dan Putera Mahkota telah mengarahkan supaya warga emas itu bersama sejumlah anggota keluarganya dijemput menjadi tetamu ibadah Haji bagi tahun 2019. Duta Besar Arab Saudi ke Indonesia, Esam Abid Althaqafi telah mengundang Pakcik Uhi dan keluarganya untuk datang ke Kedutaan Besar Arab Saudi yang terletak di Kuningan, Jakarta Selatan.

Raja Salman Undang Warga Emas Buat Haji Di Makkah Selepas Video Viral Sampai Arab Saudi

IKLAN

Undangan itu dilakukan untuk menyampaikan khabar gembira bahawa Penjaga Dua Kota Suci Umat Islam dan Putera Mahkota Arab Saudi telah mengeluarkan arahan setelah melihat video itu.

“Kedua-duanya mengarahkan agar proses keberangkatan ke tanah suci untuk menunaikan ibadah Haji dilakukan segera,” kata Esam Abid Althaqafi dipetik dari Antara.

Sumber kredit: Liputan Enam

IKLAN

VIDEO KASHOORGA:

 

 

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI