Kes langgar lari melibatkan seorang gadis bernama Wan Amirah Wan Alias yang tular di media sosial begitu meruntun jiwa. Paling terasa kehilangannya tentulah ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

“Seingat saya, dulu dia jarang puasa sunat, tapi selepas Ramadan lalu dia selalu puasa hari Isnin dan Khamis,” kata rakan sekerja mangsa langgar lari di Cyberjaya, Fakhrul Azri Jamaludin.

Kata Fakhrul Azri, allahyarham Wan Amirah Wan Alias, 31, tidak menunjukkan perubahan sikap yang ketara sebelum insiden, namun mengakui rakannya itu rajin berpuasa sunat dan lebih pendiam berbanding sebelum ini.

“Saya pernah juga gurau tanya ‘kau ni dah taubat ke?’ tapi dia balas ‘ajal kita tak tahu bila’.

“Perbualan tu Ogos lalu tak silap saya. Kami berdua selalu bekerjasama kerana dia kendalikan acara dan saya pula sediakan tenaga kerja untuk acara tersebut,” katanya.

BARU SAMBUT HARI LAHIR

Sementara itu, kehilangan Wan Amirah turut dirasai oleh rakan sekerja lain yang menyifatkan allahyarham sebagai seorang yang begitu mesra.

Tambah memilukan, rakan-rakan sepejabat Wan Amirah yang merupakan kakitangan Telekom Malaysia Bhd (TM) Unifi itu baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada minggu lalu.

Rajin Puasa Sunat Isnin Dan Khamis, Macam ‘Persediaan’ Mangsa Langgar Lari Nak Temui Pencipta

IKLAN

Rakannya, Yap Wei Ing, berkata, dia amat merasai kehilangan Wan Amirah kerana hubungan mereka berdua sangat akrab.

“Dia ingat kami lupa hari lahirnya pada 4 Oktober lalu dan tak sangka kami buat kejutan itu untuknya. Wan Amirah seorang yang mudah didekati dan dia bergaul dengan semua orang. Malah saya bersama tiga lagi rakan baru bercuti bersama di Boracay, Filipina, April lalu.

“Amirah seperti adik bongsu kami walaupun umurnya bukan paling muda. Semua rakan-rakan pejabat sayangkan dia,” katanya.

Rajin Puasa Sunat Isnin Dan Khamis, Macam ‘Persediaan’ Mangsa Langgar Lari Nak Temui Pencipta

TAK SEMPAT KE FINLAND

IKLAN

Menurut bapa Wan Amirah, Wan Alias Wan Ismail, arwah seorang anak yang pendiam dan tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum ini.

“Dia komited dengan kerja. Sering pulang lewat kerana bekerja,”katanya.

Katanya lagi, arwah merupakan seorang penyelam skuba dan pernah menemaninya ke Maldives tahun lepas.

“Arwah juga gemar melancong. Dia sepatutnya ke Finland pada Januari depan. Semua persiapan termasuk tiket dan keperluan di sana telah dibuat,”katanya.

Sebenarnya banyak kelebihan puasa sunat hari Isnin dan Khamis. Ia termasuk amalan sunat yang di lakukan Rasulullah SAW. Banyak keutamaan-keutamaan yang terdapat di dalamnya seperti puasa-puasa sunat yang lainnya khususnya Isnin adalah hari di mana Rasulullah SAW dilahirkan dan diturunkan wahyu kepada baginda. Hari Isnin dan Khamis juga adalah hari di mana amalan seorang hamba diangkat.

IKLAN

Dalil Puasa Isnin Khamis.

Dari ’Aisyah radhiyallahu ’anha beliau mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

ﺃَﺣَﺐُّ ﺍﻷَﻋْﻤَﺎﻝِ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ ﺃَﺩْﻭَﻣُﻬَﺎ ﻭَﺇِﻥْ ﻗَﻞَّ

”Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang sentiasa berterusan walaupun itu sedikit.”

Didoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Sumber: Mstar Online dan Sinar Harian

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI