Dua bulan sebelum datangnya Ramadan, pelawak terkenal Abam Bocey telah meninggal dunia ketika dalam tidur di kediamannya di Gombak.
Arwah Abam telah meninggalkan seorang isteri dan anak Lelaki tunggal mereka di dunia fana ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Amalan Terbaik Bulan Ramadan Boleh Dilakukan Mula Azan Subuh Hinggalah Saat Selesai Solat Subuh
Dan pastinya tahun ini menjadi Ramadan pertama Siti Norhidayah Mohd Ali, berpuasa tanpa suami tersayang di sisi.
Meluahkan perasaanya dalam laman Instagram, Norhidayah memberitahu tahun ini berbeza menyambut Syawal kerana berpuasa tanpa insan tersayang.
Dia turut mendoakan arwah suaminya itu dikurniakan balasan sebaik-baiknya kerana telah membimbingnya drinya ke jalan Allah dan diberikan pahala yang besar atas limpahan kasih sayang yang melimpah ruah ketika hayat arwah.
Posting yang dibuat mendapat respon daripada warganet. Masing-masing turut mendoakan kesejahteraan buat arwah Abam.
produkuncu Bertabahlah Hidayah dlm menempuh hari2 mendatang. Doa dari kami di Brunei Darussalam tidak putus untuk Dayah dan Hamzah serta arwah Syed Umar. Semoga roh Allahyarham Syed Umar Mokhtar tenang dsana. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Al-fatihah
malizahanizan Salam menyambut ramadhan dayah n hamzah…semoga dayah tabah n sentiasa doakn arwah…kehilangan arwah mmg impak yg amat besar..akk sampai skrg masih xpercaya lagi…sbb tu suka follow dayah…rasa tenang tgk dayah n hamzah…
syahidashaharudin Sayu kak kita baca Semoga Ramadhan kali ni ada sinar baru utk akak sekeluarga . Salam Ramadhan kak #kitabaikramaisayang
ardaniofficial Al-Fatihah utk Syed Umar Mokhtar. Sampai skrg terasa mcm arwah masih ada bersama kita. Semoga dalam kalangan orang2 yg beriman…
nurulsaupi_obsesscosmetics Salam Ramadhan kak dayah. semoga kak dayah kuat ye. Sedekahkan ayat al-quran untuk arwah,semoga arwah tenang disana. Amin…
Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Jufreey yang kini berusia 8 bulan.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ABAM BOCIK