Perbuatan berdoa adalah suatu ibadah yang sangat dituntut di dalam Islam. Terdapat banyak nas yang sahih daripada al-Quran dan juga al-Sunnah yang menerangkan tentang kepentingan berdoa kepada Allah S.W.T. Di antaranya adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh An-Nu’man bin Basyir R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:-
الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ
Maksudnya: Berdoa itu adalah suatu ibadah.
Kemudian baginda membaca firman Allah S.W.T:-
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: Dan telah berkata Tuhan kamu: “Berdoalah kamu semua kepada-Ku nescaya Aku akan memustajabkan buat kamu”.Riwayat Abu Daud (1479).
Satu perkongsian dari pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun yang memaklumkan dirinya sering menerima permintaan dari ibu bapa yang meminta doa darinya untuk kesejahteraan anak masing-masing cukup menyentuh hati. Ini kerana dirinya berasa diri tidak cukup layak namun tetap dipenuhinya.
Bacalah perkongsian darinya yang turut berkongsi doa boleh dibaca oleh ibu ayah.
Semalam, saya singgah ke satu pasaraya sekitar Cheras, tujuannya nak cari hadiah untuk seorang sahabat baik yang baru melahirkan anak. Bertemu dengan sepasang suami isteri yang minta mendoakan anaknya yang comel.
Sebenarnya memang biasa bila orang jumpa walau dimana-mana meminta untuk mendoakan anak kecil, sebenarnya saya sangat segan kerana memang rasa tak layak, namun memenuhi hasrat si Ibu dan Ayah digagahkan jua.
Di bawah adalah bacaan dan doa yang biasa saya akan bacakan, kadangkala ditambah lagi atau diringkaskan lagi. Setiap kali doakan anak orang lain, terus lintaskan dalam hati untuk anak sendiri, maka insyaAllah tidak lelah walaupun dalam letih dan mengejar waktu.
ANTARA BACAAN :-
Firman Allah SWT:-
بسم الله الرحمن الرحيم
ٱلرَّحْمَٰنُ
عَلَّمَ ٱلْقُرْءَانَ
2. Yang telah mengajarkan al Quran.
خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ
3. Dia menciptakan manusia.
عَلَّمَهُ ٱلْبَيَانَ
4. Mengajarnya pandai berbicara.
(Surah ar-Rahman: 1-4)
Firman Allah SWT:
رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ
Maksudnya: Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
(Surah Ibrahim: 40)
Firman Allah SWT:
رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ
Maksudnya: Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.
(Surah Ali 'Imran: 38)
Rasulullah SAW mendoakan Ibnu Abbas dengan doa yang masyhur:-
فَقَالَ: اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ
“Ya Allah! Berikanlah kepadanya (Ibnu Abbas) kefahaman dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwil.”
Selain itu, Baginda juga turut mendoakan Ibnu Abbas r.anhuma dengan doa:-
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ قَالَ: ضَمَّنِيْ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ: اللَّهُمَّ عَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ
Maksudnya: “Daripada Ibnu Abbas r.a. dia berkata, Rasulullah SAW memelukku lalu Baginda berdoa, “Ya Allah, berilah dia hikmah.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
Surat As-Saffat Ayat 100
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ
Artinya: Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.
Doa Agar Anak Jadi Penyejuk Mata
….رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا
Maksudnya : …“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Surah Al-Furqan: 74)
Ibu Bapa yang ada kenangan gambar saya dan baby soleh solehah kalian, bolehlah share di ruangan comment di bawah.
Asma’ binti Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat