Tular di media sosial keberkatan sedekah yang dilakukan oleh seorang Ustaz yang juga guru mengaji, Mohd Sofee Mustafa, 39 membelanja sekumpulan empat individu minum pagi.

Nilai sedekahnya hanyalah RM15 sahaja tetapi dia kemudiannya menerima RM500 dalam satu sampul disedekahkan oleh individu dibelanjanya.

Dalam satu perkongsian yang tular di twitter semalam, Ustaz Sofee yang juga pengasas Pertubuhan Geng Ngaji Negeri Sembilan berkongsi kisah dia belanja dua meja senyap-senyap di kedai sarapan kampungnya ketika membeli sarapan buat ibunya.

Rupanya salah seorang perasan.Time nak gerak balik, dia hulur kat aku duit dalam sampul RM500. Aku belanja tadi dalam RM15 lebih je lebih kurang. Tak sampai 15 minit, Allah balas 30 kali ganda, fuhh. Tulisnya di ciapan twitternya.

IKLAN

Ternyata selepas berkongsi ceritanya itu dengan niat untuk berkongsi keberkatan sedekah, ramai mempunyai pandangan berbeza. Ini termasuklah yang mengatakan ia satu strateginya berniaga dan ada yang mengeluarkan pendapat yang bunyinya agak sarkastik. Komen-komen nie datangnya dari kebanyakan mereka yang beragama Islam.

Dalam pada hal ini sudah tular di media dengan masing-masing ada pendapat dan pandangan mengenainya, Ustaz Sofee yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar, Mesir memaklumkan, ada banyak kecaman dan hinaan kepada dirinya kerana mereka menuduhnya mereka-reka cerita sebagai strategi perniagaaan.

Katanya lagi, ini baru RM500 orang infa. Belum lagi saya kongsi yang bagi RM5000. Selamba je.

IKLAN

“Apa pun saya dah maafkan mereka kerana inilah tugas seorang Ustaz. Mendidik masyarakat, bukan menghukum atau menghina.

“Kalau orang kenal aktiviti kami di Geng Ngaji mungkin tak pelik baca kisah orang bg selamba aje kat saya RM500 sebagai infaq. Sebab bukan untuk saya. Semua saya serahkan untuk urusan Allah.

IKLAN

Dalam pada itu seorang dari kenalan Ustaz Sofee atas nama Hamizan Hakim menulis ini di fb Ustaz Sofee.

“Banyak betul pahala yang apak Mohd Sofee Mustafa dapat. Dalam banyak-banyak komen yang den tengok, yang ni memang terasa la dengan den sekali kat sini.
“Tanpa usul periksa. Betapa tenatnye pemikiran umat sekarang. Bukan nilai duit yang disampaikan. Tetapi amalan bersedekah. Bertahun apak mengajar mengaji pada penduduk kampung tanpa meminta satu sen pun bayaran. Kepada mereka yang tak tahu tu meh la datang dan tengok sendiri suasana Geng Ngaji di sini. Tenang setenangnya. Confirm tak nak balik.

Sumber : FB Ustaz Sofee

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI