‘Ramai terkorban dalam gempa bumi Turkiye.’ Orang meninggal dalam bencana, adakah dikira mati syahid?
Siapa yang berjuang membela harta miliknya, jiwanya, keluarganya, agamanya, dan meninggal dalam perjuangannya itu, maka ia meninggal fisabilillah atau mati syahid.
Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Bagaimana pula mereka yang terkorban dalam bencana alam seperti gempa bumi yang berlaku di Turkiye sebelum ini.
Ikuti penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini.
Soalan:
Berkenaan isu gempa bumi yang melanda Negara Turki dan Syria baru-baru ini, jumlah kematian yang melibatkan orang Islam sangat ramai.
Jadi, apakah status orang islam yang mati akibat gempa bumi dan adakah mereka dikira mati syahid? Mohon pencerahan SS Datuk Mufti.
Jawapan
Golongan yang meninggal dunia akibat runtuhan bangunan atau gempa bumi merupakan mereka yang tergolong dalam kategori orang yang mati syahid akhirat dan jenazahnya perlu diuruskan seperti jenazah-jenazah yang lain mengikut syariat islam.
Orang Meninggal
Orang yang mati syahid mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang “Siddiqin” dan orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya. Dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli Neraka.”
Surah al-Hadid (19)
Imam Ibn Kathir menjelaskan dalam tafsirnya berkenaan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah SWT akan memperoleh pahala yang besar di sisi-Nya dan cahaya yang terang benderang di hadapan mereka.
Ads
Dalam Bencana
Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang mati di jalan Allah SWT dalam apa jua jenis keadaan, maka dia dikira sebagai syahid. Ulama berpandangan mati syahid merupakan rahmat Allah SWT kepada mereka sebagai satu kelebihan atas kesakitan dan keperitan yang dialami saat kematiannya.
Terdapat beberapa hadis yang menceritakan berkenaan hal ini. Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA dalam Sahih Muslim dan Sahih Bukhari, sabda Nabi SAW:
Maksudnya:
Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas,orang yang ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Adakah Dikira Mati Syahid?
Secara ringkasnya, Imam Syihabuddin al-Ramli berpandangan bahawa orang yang mati dalam keadaan syahid boleh dikategorikan kepada tiga golongan iaitu:
Syahid di dunia dan akhirat iaitu orang yang gugur terbunuh dalam medan peperangan di jalan Allah SWT kerana menentang golongan kafir dan berniat ikhlas untuk meninggikan kalimah Allah SWT. Golongan ini baginya pahala di dunia dan akhirat.
Ads
Syahid di akhirat sahaja iaitu orang yang terbunuh dalam keadaan dizalimi tetapi bukan gugur terbunuh di medan peperangan. Mereka ini tergolong dalam hadis yang disebutkan di atas seperti orang yang mati kerana lemas, orang mati dalam runtuhan, orang yang mati kerana penyakit perut dan orang yang mati dalam kebakaran.
Syahid di dunia sahaja iaitu orang yang berperang di jalan Allah SWT tetapi berniat semata-semata untuk mendapatkan harta rampasan perang, terbunuh ketika sedang cuba melarikan diri daripada medan peperangan, berperang hanya kerana riya dan lain-lain lagi.
Miliki Perbezaan Setiap Satunya
Terdapat perbezaan berkenaan kaedah pengurusan jenazah bagi ketiga-tiga golongan ini. Golongan syahid dunia dan akhirat tidak perlu dimandikan jenazahnya, tidak perlu dikafankan bahkan hanya memadai memakai pakaiannya ketika mati dan tidak perlu disolatkan.
Jenazah mereka boleh terus ditanam dan dikebumikan. Adapun golongan syahid akhirat maka akan mendapat pahala syahid di akhirat dan wajib ke atas jenazahnya untuk diuruskan seperti dimandikan, dikafankan dan disolatkan seperti biasa.
Manakala bagi golongan syahid dunia, maka jenazahnya tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disolatkan. Golongan ini tidak mendapat pahala syahid yang sempurna di akhirat kerana secara zahirnya mereka itu mati berperang di jalan Allah SWT namun persoalan pahala dan dosa itu terserah kepada Allah SWT.
Berdasarkan kepada persoalan di atas, orang islam yang mati akibat berlakunya gempa bumi termasuk dalam kategori kumpulan kedua iaitu golongan yang syahid akhirat sahaja.
Ini kerana, mereka juga mengalami situasi yang sama iaitu mati dalam keadaan ditimpa runtuhan bangunan sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi:
وَصَاحِبُ الْهَدْمِ من يموت تحته
Maksudnya:
“Orang yang ditimpa runtuhan adalah mereka yang mati di bawah runtuhan tersebut.”
Tuntasnya, mereka yang mati akibat berlakunya gempa bumi dan ditimpa runtuhan bangunan termasuk dalam golongan mereka yang mati syahid akhirat sahaja seperti mana jelas dinyatakan dalam hadis tersebut.
Mereka tetap mendapat pahala akhirat seperti mana janji Allah SWT ke atas mereka dan jenazah tersebut juga perlu dikendalikan seperti jenazah-jenazah yang lain mengikut syariat islam.
Kashoorga: Semoga kita semua meninggal dalam keadaan husnul khotimah. Amin.
‘Suami boleh cari lain, mak ayah tiada gantinya.’ Isteri nak balik kampung selalu, suami jangan halang kerana mungkin masanya untuk bermanja sudah tak lama.
Tidak dinafikan ada sesetengah orang memang kerap balik kampung, jenguk mak ayah yang semakin uzur. Pantang ada cuti panjang sedikit, pasti ke kampunglah arah tujunya.
Namun begitu tak semua dikurniakan pasangan yang memahami dan suka balik ke kampung ziarah orang tua. Tentu mereka punyai alasan yang tersendiri.
Kongsi Adam Kelvin, perasan tak orang Cina kan jarang balik kampung?
Ayah saya sendiri pun balik kampung setahun sekali atau dua kali sahaja.
Jadinya, bila masa awal-awal kahwin dulu saya pelik kenapa wife saya selalu nak balik kampung.
Mak Ayah Tiada Gantinya
Even saya mengambil langkah yang drastik hanya benarkan wife saya balik setahun sekali saja. Itu pun hari raya saja. Ini cerita masa mula-mula kahwin tau.
Saya buat begitu bukan sebab nak pisahkan dia dari family. Tak ada langsung macam tu. Cuma pada saya, tak ada keperluan untuk selalu pulang ke kampung.
Itu yang ayah saya amalkan dari dulu dan saya terikut-ikutlah. Mungkin juga ikatan kekeluargaan family saya kurang kuat.
Sampailah wife saya penat sangat dan dia minta hendak berpisah dengan saya sebab tak dapat pulang ke kampung dengan kerap.
Saya jadi terdiam apabila wife saya terangkan betapa pentingnya ummi, walidnya berbanding saya dalam hidupnya.
Isteri Nak Balik Kampung Selalu
Suami boleh cari ganti tapi ummi walidnya hanya itu saja yang ada dan tiada gantinya. Dulu pun masa walidnya bekerja di KL, memang mereka semua akan pulang ke kampung dengan kerap.
Even masa arwah nenek wife saya sakit pun, ummi walidnya setia menjaga sampai ke hujung nyawa.
Lagi saya tersentap bila wife cakap, bayangkan Soon Cong (anak) ini kita jaga macam menatang minyak yang penuh, bagi semua kasih sayang dan buat terbaik untuk dia.
Sekali bila sudah kahwin, dia tak boleh balik ke kampung selalu sebab wife dia tak bagi? Faham tak perasaan rindu anak tu macam mana?
Masa wife saya luahkan perkara ini, saya rasa hendak nangis sebab tak tahu kenapa saya boleh bertindak macam itu sekali.
Apa entah yang saya fikir masa itu? Apalah yang bermain dalam otak saya masa itu sampai tanpa sedar menyeksa wife sendiri? Geram sangat.
Akhirnya saya benarkan wife saya balik kampung 2 hingga 3 bulan sekali. Sekali balik stay dalam seminggu. Baru saya nampak wife saya mula ceria dan gembira. Nampak dia lebih fulfilling lepas pulang dari kampung.
Malah ibu dan ayah mertua saya juga lebih gembira apabila melihat anaknya pulang selalu. Tak adalah kena tahan perasaan rindu kat anak.
Terbiasa Seorang
Bila fikir balik, saya buat begitu dulu sebab sejak masuk Islam, saya sudah terbiasa berseorangan. Saya tak belong to anywhere, anyone or anything.
Saya sibuk mencari duit untuk survive sampai perasaan sendiri mati. Terlalu pentingkan diri sampai terabai perasaan orang sekeliling bila berkahwin.
Perbezaan budaya pun ya juga.
Peristiwa luahan yang terpendam wife saya banyak mengajar saya sesuatu. Wife saya memang tegas orangnya. Benda kalau dia nak, dia akan fight sampai habis.
Patutlah setiap kali musim perayaan mesti highway jam. Bukan musim perayaan saja, pantang ada cuti umum je mesti jam! Orang berlumba-lumba pulang ke kampung.
Adam Kelvin
Belajar dari kesilapan dalam bab kekeluargaan.
Kashoorga : Jika berkemampuan, apa salahnya anak-anak kerap balik kampung.
‘Apa nak buat jika datang haid di Mekah?’ Cari pintu 79, khas untuk wanita uzur bermunajat. Jangan kecewa pasti ada hikmahnya. Mengerjakan ibadah umrah atau haji memang dituntut dalam Islam bagi mereka yang berkemampuan.
Sudah semestinya, apabila sudah tiba dan saatnya mendapat panggilan, mereka akan berpeluang membuat amal ibadah tersebut di Kota Mekah.
Namun begitu, adakala perancangan yang dibuat tidak mampu ditunaikan ketika berada di Tanah Suci. Terutamanya buat kaum wanita yang secara azalinya memiliki kitaran haid.
Nak buat ibadah kepada Allah jadi terbatas sehingga timbul rasa kecewa. Sebenarnya pasti ada hikmah atas apa yang berlaku, ikuti perkongsian Bebelan Cik Min tentang apa yang dapat kita lakukan apabila situasi ini terjadi.
Tip untuk mereka yang datang haid ketika berada di tanah suci, Mekah. Kadang-kadang apa yang kita rancang tak semestinya berjalan dengan lancar.
Malah, ada di kalangan jemaah umrah atau haji sudah ambil ubat untuk cegah haid tetapi darah tetap keluar! Jangan bimbang, datang haid tidak bermakna kita tidak dapat melihat kaabah dan tidak boleh beribadah.
Cari Pintu 79
Memang benar kita dilarang untuk bersolat dan membaca Al-Quran tetapi kita masih boleh membasahkan lidah kita dengan zikrullah, bermunajat dan berdoa serta memohon kemapunan dari Allah.
Malah, jika tiba-tiba datang haid ketika umrah jangan sedih! Boleh terus pergi ke pintu no 79 (setiap pintu ada tertera nombor). Kalau tak nampak nombor, pastikan ada tertulis King Fahd Gate atau Bab Al-Malik Fahd dalam Bahasa Arab.
Khas Untuk Wanita Uzur Bermunajat
Pintu ini dikhaskan buat wanita-wanita yang dalam keuzuran tapi ingin bermunajat dan berdoa di hadapan Kaabah. Masuk jer terus akan Nampak Kaabah di depan mata.
Jadi ambillah kesempatan selama berada di Tanah Suci ini untuk beribadah kepada Allah walaupun ketika dalam haid.
Jangan bazirkan masa anda di Tanah Suci ketika haid dengan duduk di hotel atau bershopping. Manfaatkan masa ini dengan ibadah kepada Allah ketika haid.
Siapa tidak mengenal selebriti Tasha Manshahar yang cukup popular lagu duetnya bersama penyanyi Syed Syamim berjudul ‘Ragu-Ragu yang jadi siulan ramai.
Dan kini setelah mendirikan rumah tangga, Tasha Manshahar dikatakan lebih selesa menumpukan perhatian pada kerjayanya sebagai seorang guru.
Ternyata isteri kesayangan kepada penyampai radio Zayan FM, Fahrur Raqib ini tetap menjaga penampilannya yang kini selesa melayan anak lelaki tunggalnya serta menguruskan keperluan rumah tangga.
“Handbag what? Diaper bag all the time. Tap for deets.
“Honestly after a year bersalinkan Muammar, baru I ada mood nak update wardrobe i, baru ada interest nak bersiap sikit. Sebelum ni serius rasa macam tak guna pun nak bersiap sebab nanti selekeh juga urus anak.
“But! Actually bila kita pakai apa yg kita selesa and kita rasa kita nampak cantik/presentable, kita akan rasa alot better about ourselves. Disclaimer : definisi cantik/presentable setiap org adalah berbeza. So ikut lah masing-masing punya citarasa.
“I always prefer something simple, safe and easy to style. Colour pun usually lebih kurang sama je. Yg gelap2, yg earth tone, atau yg dusty2. Mommies pulak mcm mana?
Malah gayanya yang santun ini menggambarkan gaya wanita Muslimah sebenar dan turut dipuji warganet yang menjadikan dirinya sebagai idola.
Penampilannya sangat menarik ini menjadi inspirasi dalam berfesyan tanpa perlu mendedahkan aurat yang ada.
dnurdayana Saya pulak cuba belajar mgaya baju yg loose² ,simple..selari dgn saya seorang mummy anak 3 .semoga saya terus istiqomah dlm mjaga aurat . Aamin
ratuhati_1 Pastel & earth tone.. mommy share lh blouse muslimah yg loose tp bila pkai x nmpk selekeh
Selepas Syawal ramai yang berkira-kira untuk melakukan ibadah korban Setiap kali tibanya musim ibadah korban untuk Aidiladha nanti.Boleh jadi terdetik juga keinginan untuk melakukan...