Apabila sudah bertemu kekasih hati, memang kita merancang untuk terus berkahwin agar ikatan yang terjalin lebih halal. Namun boleh ke kita berkahwin hanya kerana rasa cinta semata-mata.
Memanglah waktu bercinta semuanya sangat indah dan mengasyikkan. Tetapi adakah kita benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang tergalas di bahu.
Tidak kira lelaki atau perempuan, tanggungjawab masing-masing pada pasangan itu perlu diambil tahu.
Untuk lelaki, sudah semestinya tanggungjawab mereka sangat besar dan janganlah dibuat main-main.
Dan bagi perempuan pula jangan terlalu ikut perasaan atau ikut gaya hidup sebelum kerana apabila berkahwin, kita perlu melayan kehendak zahir dan batin suami kita.
Ayuh, baca perkongsian ini supaya boleh dijadikan panduan.
Rasa Cinta Je Tak Cukup Utk Berkahwin
Kahwin bkn ttg dating halal je, snap gambar romantik, dpt konvo sesama, blh pegang tangan, blh makan bersuap, semua yg sweet-sweet (sampai diabetes katanya), everything goes smooth all the time and live happily ever after.
Ads
Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH daripada kawan yang baru kahwin, itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kepada dunia. Realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.
Siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah-indah tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.
Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk ‘elak maksiat‘ saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera.
Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Ads
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil atau sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar dan banyak selepas berkahwin?
Bersediakah kamu, pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung atau anak meragam.
Bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak dan mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun?
Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak dan makan sahaja di luar?
Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar dan lesu yang amat?
Ads
You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil.
Apabila kamu membentak marahkan orang tua, kenapa susahkan orang nak kahwin. Padahal kamu tidak sedar. Ibu bapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan-
orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga dan ibu rumah tangga itu tidak mudah!
Tak sedikit yang rumah tangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM dan TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN serta lain-lain.
Walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.
Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin. Untuk menjayakan hidup berumah tangga. Cinta saja tak cukup rupanya.
Barulah kita sedar quote ‘rezeki setelah nikah’ itu perlu diusahakan dan disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.
Cuma ketika itu baru kita sedar, betul apa mak ayah kata… “cinta saja tak cukup”..
Sejak akhir-akhir ini negara kita dikejutkan dengan kemunculan wabak coronavirus yang dikatakan sangat merbahaya dan boleh mengancam nyawa.
Penyakit ini yang dikatakan datang dari wilayah Wuhan China boleh menyebabkan seseorang itu mengalami gangguan batuk, selesema dan demam yang teruk hingga boleh meragut nyawa seseorang.
Dan rentetan itu viral diperkatakan di media sosial berita palsu yang memberitahu seorang gadis dikatakan maut setelah rebah kononnya dikatakan terkena penyakit ini.
Walaupun sudah dinafikan ahli keluarga, tetapi ramai yang percaya berita palsu yang disebarkan ini.
Terbaru salah seorang teman gadis ini menceritakan semula di laman sosial dengan menulis thread di twitter menjelaskan keadaan sebenarnya.
Menurutnya yang menggunakan akaun nama @nazirulmuubin berkata dia adalah rakan sekerja arwah dan berada di tempat kejadian sehingga arwah menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital swasta.
Arwah merupakan rakan sekerja dan pada hari kejadian dia tidak bekerja kerana hadir ke majlis perkahwinan salah seorang temannya
Assalamualaikum . Malam ni aku nak bagi detail pasal apa yang jadi berkenaan dengan Allahyarhamah Nurul Izzah Izzati Binti Norazlan . Firstly, dia kawan sekerja aku . Secondly, pada hari kejadian arwah tidak bekerja sebab menghadiri majlis pertunangan kawannya .
Arwah datang ke kedai bersama bapanya Norazlan dalam anggaran jam 4 petang sejurus selepas dia mengambil stock pakaian yang dia jual di ig http://needtowear.co . Dia datang ke kedai sebab dia tertinggal powerbank dan berhajat untuk membeli cable sekali .
Tiba-tiba arwah mengadu sakit kepada dalam keadaan dia membongkok. Kemudian terus jatuh pengsan dan kepala terlanggar rak di belakang. Arwah mengalami kejutan dan wajahnya pucat.
Namun dia mengatakan dia sakit kepala dalam keadaan dia sedang membongkok . Dan secara tiba-tiba arwah terus jatuh pengsan dan kepalanya terlangar rak dibelakangnya . Kawan-kawan kami yang lain bergegas kearahnya dan memeriksa keadaan izzah .
Pada masa itu , izzah mengalami kejutan dan wajahnya dalam keadaan pucat . Bibirnya biru dan pipi kanan arwah pun sama biru . Dan pada waktu kejadian berlaku . Aku ada dalam tandas . Aku keluar dan aku pelik sebab sunyi sangat kedai . Rupanya izzah pengsan dan aku tak perasan pun
Yang tu izzah . Sebab diorang semua dah longgarkan pakaian untuk bagi dia ruang dan udara . Supervisor aku pada waktu tu call pihak hospital shah alam . Dan menunggu ambulan datang . Aku yang tak nampak wajah izzah tengah pucat buat macam izzah pengsan yang biasa2 je .
Melihat keadaannya kaku keras kejung dengan pipi pucat, terus hantar arwah ke sebuah hospital berdekatan.
Up until aku berdiri di kaki arwah , aku tengok badan dia tengah kaku keras kejung pipi pucat bibir pucat biru . Aku cakap dah tak boleh tunggu ambulan . Kene gerak sekarang ! Msu medical centre ada kat depan tu je !
Ayahnya setuju . Aku dan ayahnya angkat izzah dalam kereta ayah dia . Hana (assistant supervisor) ikut sekali . Aku lead the way sebab ayah dia taktau jalan . Sampai di msu medical centre aku tunjuk emergency punya department .
Sampai je kat situ ayah dia panggil nurse untuk bantu . Aku , hana dan ayah dia dukung izzah dari dalam kereta ke atas katil . And tu saat paling sebak bagi aku . Ayah dia dukung dia di bahagian ketiak dan cium pipi arwah sambil cakap “atie bangun lah nak” aku lemah teruk
Sebak on a whole new level . Sakit yang tak pernah aku rasa . Lepas dah selesai pindahkan dia kedalam redzone . Ayah dia serahkan kunci kereta untuk aku alihkan kat parking . Jadi aku setelkan part tu . And hana ke kaunter untuk register izzah as a patient .
Menggigigl satu badan, ketika itu memang takut akan kehilangan kawan. Doktor beritahu arwah tidak beri sebarang respon dan tengah buat CPR.
Sumpah aku menggigil satu badan . Hana panggil aku sebab dia tanya ada nombor telefon izzah tak . Aku cakap ada . Aku tekan screen fon aku sambil shaking . Sumpah menggigil . Aku takut hilang kawan aku ! Perit ya Allah .
Supervisor aku bagi rakaman cctv pada waktu arwah jatuh pengsan di whatsapp group kerja kami . Dan selang 5-7 minit , doktor pertama keluar dan mengatakan izzah tak bagi sebarang respon dah dorang tengah buat CPR dan masukkan tiub dalam mulut izzah
Aku tunjuk rakaman cctv tu dekat doktor . Doktor tanya dia ada sakit ke apa . Kami (aku , hana and ayah izzah) semua cakap dia takda sebarang penyakit yang teruk teruk pun sepanjang dia kerja dengan aku dari bulan 7 tahun 2019 sampai sekarang .
Dapat bad vibes, bertawassul dan berdoa banyak-banyak. Kalau boleh minta pindahkan pahala yang ada untuk bangunkan arwah. tetapi Allah lebih sayangkannya
Aku dah dapat bad vibes masa tu . Aku duduk di ruang menunggu . Aku bertawassul . Aku doa banyak banyak . Aku mintak kalau pahala aku ada ni boleh bangunkan dia , tolong lah bangunkan . Kalau tak cukup , tolong lah aku nak pikul dosa dia asalkan dia bangun balik !
And lepas 10 min . Doktor pakar keluar . Dia jumpa ayah izzah dulu . Dia bagitau yang izzah takde harapan . Izzah tak bagi respon apa apa pun . Izzah dah pergi tinggalkan semuanya . And at that particular moment , empangan aku pecah . Aku and hana tak dapat tahan air mata dah .
Ayahnya terima berita dengan redha dan sabar. Arwah adalah salah seorang penghibur di tempat kerja.
Ayah izzah terima berita tu dengan redha dan sabar . Masih ingat Allah . Sebab dia terus pergi solat asar lepas tanyakan nurse mana surau . Dia nak solat . Tapi aku and hana tak dapat nak tahan . Aku keluar emergency room . Aku nangis teruk . Aku hilang kawan rapat aku .
The one yang salah seorang penghibur kat tempat kerja . The one yang aku anggap macam adik . Kuat merajuk . Aku hilang dia . Aku tak kuat . Fon aku diserbu dengan phone call daripada kawan kawan sekerja . Tanya izzah macam mana ? Izzah takde dah weh . Aku sebak yang amat sangat .
Agak lama jugak sebelum sepupu dan kawan kawan izzah sampai . Jadi aku tunggu je kat situ sampai jam 5 lebih . Sedara mara , kawan kawan dia , boyfriend dia sampai macam semut . Ramai sangat nak tengok dia . Ramai dapat attention dia .
Beri rakan CCTV kepada ayahnya tetapi dikatakan salah seorang sepupu mintak rakaman berkenaan. Dan tidak sangka jadi viral.
Sebelum semua sampai , aku share rakaman cctv tu kepada ayah izzah sahaja . Dan the moment sedara mara dia sampai , ada seorang sepupu dia mintakkan kat aku rakaman cctv tu . Jadi aku bagi disebabkan dia sepupu izzah .
And aku tak pernah expect akan jadi macamni . Aku tak expect yang viral sampai macamni sekali . Macam macam spekulasi yang korang buat kat arwah . Dia kawan aku . Kawan kitorang . Sakit bila korang tuduh dia ada corona virus and so forth . Even indirectly pun still sama !
Tetapi kalau tidak tahu berita sahih, lebih baik senyap. Arwah sudah berada di tempat baru. Berilah dia rehat dan tenang.
Kalau tak tahu berita yang sahih , tak boleh ke senyap je ? Tak boleh ke nak mind your own business ? Without doing some sensitive speculation at the wrong time and place ? Sampai ke facebook benda alah ni dibawa . Cukup lah . Arwah dah kat tempat yang baru .
Tolong bagi dia rehat dengan tenang . Tolong sangat sangat . Ni hasil post-mortem yang aku dapat daripada ayah izzah . Dan ni jugak cover report untuk izzah . So please stop simpan video arwah izzah . Aku mohon on behalf of ayah dan keluarga dan kawan kawan aku .
ku mintak sangat sangat . Respect kami sebagai kawan2 dan keluarga dia . She’s a family to us . Stop spreading the false rumor . Please aku mohon sebarkan thread aku ni . Maaf sepanjang thread ni aku tak pandai cerita . Aku tak pernah buat thread panjang macamni . Thats all
Dia tidak pernah diserang sakit kronok sepanjang bekerja dengannya. Berilah keampunan padanya dan bersihkan dirinya dari kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaikan putih dari segala kekotoran
Oh and just to clarify everything, dia tak pernah ada sakit yang kronik sepanjang dia kerja dengan aku . Never . Langsung tak pernah . Kami retail , 12 jam sehari kerja . 4 hari jumpa satu sama lain . So aku yakin dan bf dia pun bagitau benda yang sama . Thats all . Doakan dia
“Ya Allah. Engkau berilah keampunan bagi Nurul Izzah Izzati Binti Norazlan dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya. Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk.
Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta ..
jauhkan dia dari azab neraka.”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Umat Islam yang sudah baligh wajib dan sihat tubuh badan wajib mengerjakan solat lima waktu sehari semalam. Masuk saja waktu, seruan azan mengajak umat melakukan ibadah ini iaitu seruan azan pasti berkumandang. Jika difahami maksud di sebalik panggilan azan ini, ia membawa satu pengertian yang cukup mendalam.
“Allah yang maha besar, Allah yang maha besar
Aku mengaku bahawa tiada tuhan lain yang berhak disembah melainkan Allah
Aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah
Marilah menunaikan solah.
Marilah menuju kemenangan.
Allah yang maha besar, Allah yang maha besar
Tiada tuhan melainkan Allah”
Dan kerana panggilan seruan azan itulah, aktor terkenal Hollywood mengakui panggilan azan adalah suara terindah di dunia.
Hal ini dinyatakannya menerusi satu dokumentari di National Geographic berjudul The Stori Of God yang ditayangkan dalam You Tube Islam Channel pada 24 Disember tahun lalu.
Aktor ini menghasilkan dokumentari bagi mencari perbezaan budaya bekerja bagi agama lain di seluruh dunia dan ternyata apabila dibawa bertemu dengan seorang ulama di Mesir dan saat mendengar azan dilaungkan, Morgan Freenman mengakui azan antara suara paling indah di dunia iaitu panggilan untuk mengerjakan solat.
Dan lebih menarik, Morgan mencuba sendiri panggilan azan itu dengan menyebut Allahuakbar di hadapan imam yang ditemuramahnya. “Allahu akbar…bagaimana dengan itu?” tanyanya merujuk kepada suara yang dilontarkannya sendiri.
Ini adalah sebahagian dari sedutan dokumentari tersebut:-
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sekufu atau kesepadanan dalam bahasa Arab disebut dengan kafa’ah. Dari segi bahasa, kafa’ah (كفاءة) bermaksud “المساوة” (sama) atau “المماثلة” (seimbang). Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (2/520-525), ketika membincangkan berkenaan memilih pasangan yang sekufu’, menyatakan:
Kufu’ bermaksud persamaan taraf lelaki dan perempuan dari beberapa aspek:
Agama dan kesolehan
Seorang lelaki yang fasiq tidak sama dengan perempuan yang solehah. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:
Maksudnya: Apakah orang-orang beriman itu sama dengan orang-orang yang fasiq? Mereka tidak sama. Surah al-Sajadah
Walaubagaimanapun, kita perlu membezakan antara orang yang beragama dengan orang yang belajar agama. Istilah yang digunakan oleh Nabi SAW kepada perempuan zat al-din (ذات الدين) atau dikenali sebagai mutadayyin. Sedangkan yang belajar agama sudah tentu mempunyai ilmu dan kefahaman yang baik, tetapi kadang-kadang tidak diamalkannya. Apa yang perlu, mencari pasangan yang mematuhi agama dan lebih baik apabila mempunyai kefahaman agama serta ilmunya.
Pekerjaan
Seseorang yang mempunyai pekerjaan bertaraf rendah seperti tukang sapu, tukang bekam, pengembala ternakan, pencuci tandas adalah tidak kufu mengahwini anak perempuan seorang ilmuan, hakim atau ahli perniagaan.
Sebenarnya pekerjaan boleh dibahagikan kepada dua. Ada yang mulia tetapi bukanlah kaya. Ada pula yang nampak biasa tetapi boleh menghasilkan jutaan ringgit apabila mempunyai kreatif, inovatif dan pandai mencari pasaran serta peluang untuk menjana pendapatan melalui pelaburan dan perniagaan.
Tidak cacat
Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan pasangan berhak memilih untuk fasakh perkahwinannya. Seorang lelaki yang gila atau sopak tidak sekufu dengan seorang perempuan yang tidak berpenyakit seperti itu.
Kecacatan boleh dibahagikan kepada dua: Pertama, yang mengaibkan seperti HIV, Aids, kusta, gila dan lain-lain. Perkara ini sebaik-baiknya dielakkan melainkan wujudnya persetujuan dan kefahaman yang jelas. Kedua, kecacatan yang kecil seperti cacat sebahagian anggota namun kefungsian masih berlaku. Yang ini tidaklah menjadi penghalang dalam membina dan melayari bahtera kehidupan dengan sebaiknya. Kadang-kadang, kita lihat pasangan seperti ini jauh lebih bahagia dari yang sempurna sifatnya.
DEMI KELANGSUNGAN HIDUP SUAMI ISTERI
Sekufu dalam perkahwinan ialah hak isteri dan wali-walinya. Walaupun kufu bukannya syarat sah nikah, tetapi ia perlu untuk mengelakkan perkara yang buruk terhadap isteri dan para walinya dan menjamin kelangsungan hidup suami isteri.
Hal yang demikian adalah kerana pasangan yang sekufu mempunyai cara hidup yang tidak berbeza dan boleh diterima. Justeru itu, seorang daripadanya tidak terpaksa mengubah kebiasaannya kerana mereka telah mempunyai persamaan.
Namun, bakal isteri dan walinya boleh menggugurkan syarat sekufu ini. Sekiranya seorang perempuan telah dikahwinkan oleh walinya dengan seorang lelaki yang tidak sekufu, tetapi dengan kerelaannya, perkahwinan itu adalah sah.
Hal ini kerana sekufu merupakan hak perempuan dan walinya. Sekiranya mereka redha menggugurkannya, maka ia tidak perlu dipertikaikan.
Hal ini berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Pilihlah tempat yang baik untuk meneruskan keturunanmu dan kahwinkanlah mereka yang sekufu dan kahwinkanlah mereka.” Riwayat al-Hakim
KESIMPULAN
Kami berpendapat, antara perkara yang paling penting dalam memahami sekufu’ adalah lebih kepada pasangan itu sendiri dan bukan semata-mata keluarga. Sebagai contoh, dua pelajar yang bergraduasi dari universiti sedangkan antara dua keluarga mungkin terdapat perbezaan taraf. Tetapi, wujud antara dua pelajar tersebut sifat keserasian serta perasaan tolak ansur yang begitu tinggi antara keduanya. Maka hal seperti ini boleh dipertimbangkan.
Pada saat ini, suasana mungkin sudah berubah berbanding empat puluh atau lima puluh tahun dahulu di mana lingkaran hubungan bukan lagi dibatasi dengan kekeluargaan dan kampungan tetapi ia jauh merentasi sempadan negeri, negara, bangsa, warna kulit, kaum, dan lain-lain. Justeru, yang paling penting adalah sifat kesolehan yang terwujud pada pasangan. Begitu juga perasaan kasih sayang dan cinta tumbuh dengan mekar pada pasangan tersebut.
Akhir kalam, kami tutup dengan berdoa kepada Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” Surah al-Furqan (74)
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...