Sebagai manusia yang lemah, tidak dinafikan ada kalanya kita dipenuhi rasa malas untuk membaca kitab suci al-Quran ini. Padahal kita boleh kumpul pahala berganda dengan membacanya walaupun hanya satu ayat saja.
Namun, bagaimana caranya untuk terus bersemangat membaca Al-Quran? Ini 5 cara yang anda boleh lakukan:
#1 Niatkan Dalam Hati
Perbetulkan niat anda. Niatkan baca anda dengan harapan Allah akan memberi petunjuk dan panduan dalam kehidupan seharian.
#2 Beli Al-Quran Berwarna
Jika anda bosan melihat Al-Quran yang hanya bersifat dua warna yakni hitam dan putih sahaja, dapatkan Al-Quran yang berwarna-warni. Telah banyak dan pelbagai corak Al-Quran yang anda boleh dapatkan di pasaran sekarang.
#3 Fahamkan Isinya
Jika kita faham akan sesuatu pasti perasaan ingin mengetahui akan lebih melonjak-lonjak. Jadi, setiap kali membaca Al-Quran cuba anda fahamkan apa yang sedang disampaikan oleh ayat tersebut. Dengan cara ini ia dapat merangsang minat anda untuk terus membaca Al-Quran
#4 Tandakan Isi-isi Penting Dalam Al-Quran
Ayat Al-Quran boleh dijadikan sebagai doa dan zikir harian. Jadi, sekiranya anda terjupa ayat yang boleh dijadikan doa maka tandakan ayat tersebut dan hafal.
#5 Jadikan Al-Quran Sebagai Peti Aduan
Tak kisah lah walau apa pun perasaan kita, sama ada gembira, sedih, kecewa dan lain-lain rasa, jadikan Al-Quran sebagai alat untuk menghiburkan diri anda.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘NIAT Pewakaf Derma Untuk Bina Masjid, NGO Wajib Salur Wang Ikut Akad.’ HARAM Agih Saluran Kebajikan Lain
‘Niat pewakaf derma untuk bina masjid, NGO wajib salur wang ikut akad.’ Haram agih saluran kebajikan lain. Melainkan memang sedari awal jelas akad sedekah atau derma tersebut.
Ramai antara kita pemurah dan suka menderma, namun begitu sebelum memberi sedekah kita perlu jelas dengan ‘akadnya’ kerana haram kalau niat sedekah untuk bina masjid akhirnya disedekah untuk membuat perigi.
Artikel Berkaitan:
Tak Boleh Sesuka Hati Cas Handphone Dalam Masjid, Kecuali Memang Diwakafkan Pihak Masjid
Niat Pewakaf Derma Untuk Bina Masjid
Begitulah juga sebaliknya. Ikuti perkongsian Dr Syed Shahridzan Ben-Aqil dan hadam baik-baik penjelasannya.
Iklan Jelas, Tetapi Akad Tidak Jelas
Saya terima pertanyaan seorang rakan tentang hasrat beliau untuk menderma wang sebagai wakaf pembinaan masjid di salah sebuah negara di Afrika. Iklan secara jelas menunjukkan wang yang didermakan untuk pembinaan masjid.
Namun bila merujuk borang yang disediakan, iaitu pada bahagian pengesahan dan akuan penderma lebih bersifat umum tanpa dispesifikkan pada pembinaan masjid.
Apa yang merisaukan beliau duit wakaf yang beliau salurkan tidak sampai kepada pembinaan masjid kerana berdasarkan akuan penderma membenarkan wang derma itu disalurkan di mana-mana saluran kebajikan selain pembinaan masjid.
NGO Wajib Salur Wang Ikut Akad
Soalannya adakah ini menyalahi hukum syarak?
Jawapan saya, segala pengkhususan wang wakaf atau sedekah di saluran tertentu seperti mana yang diniatkan oleh pewakaf/penderma, maka pihak wakil, iaitu NGO yang bertanggungjawab WAJIB menyalurkan pengkhususan derma/wakaf itu berdasarkan niat si pewakaf/penderma.
Sebagai contoh niat pewakaf menderma untuk pembinaan masjid, maka wakil WAJIB salur wang derma itu pada pembinaan masjid dan HARAM diagihkan pada saluran kebajikan yang lain. Niat pewakaf itu dinilai melalui akad si pewakaf/penderma.
HARAM Agih
Merujuk kepada lafaz pengesahan dan akuan yang disediakan di dalam borang, kalau ikut hukum pihak NGO berhak menyalurkan derma itu di mana-mana saluran kebajikan di Afrika.
Ini kerana lafaz akuan tersebut seolah pihak penderma bersetuju agar wang itu tidak semestinya disalurkan pada pembinaan masjid, iaitu ia boleh disalurkan selain daripada itu.
Beliau bertanya lagi, adakah ini dikira sebagai helah pihak NGO? Saya tidak sifatkan ia sebagai helah yang negatif. Apa boleh disangka baik, mengapa akuan/akad penderma itu tidak dispesifikkan pada pembinaan masjid?
Saluran Kebajikan Lain
Berkemungkinan nanti wang kutipan pembinaan masjid telah mencukupi dan melebihi daripada keperluan, maka wang lebihan itu boleh diagihkan pada saluran-saluran kebajikan yang lain. Namun tidak dinafikan bagi saya ia agak mengelirukan penderma.
Akhirnya beliau mengambil keputusan tidak menderma melalui portal NGO ini kerana bimbang niatnya untuk wakaf masjid tidak ditunai. Beliau akan mencari mana-mana NGO yang benar-benar jelas akadnya untuk wakaf masjid.
Wallahu A’lam
Baca Di Sini:
Penipuan Perigi Wakaf Di Kemboja, Gambar Pam Sekadar Replika & Tahu Rakyat Malaysia Pemurah
Kashoorga: Nak menderma pun kena berhati-hati sebab wujud juga scammer yang cuba mengambil kesempatan.
Sumber: Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Unik & Ikut SOP, Pasangan Mempelai Ini Anjur Majlis ‘Wedding Drive Thru’ Pertama Di Malaysia
Walaupun dalam musim PKPB lalu, namun majlis perkahwinan bagi pasangan pengantin baru tetap dilangsungkan dengan mengikut SOP ditentukan.
Apa yang penting perkara yang wajib iaitu akad nikah dapat dilakukan dan niat untuk merai tetamu dengan cara tersendiri.
Seperti perkongsian di laman sosial Facebook Viral Media Johor yang berkongsi kisah pengantin Norma Baharu yang melakukan majlis perkahwinan dengan cara Drive Thru Wedding pertama berlangsung di Malaysia.
Majlis dilangsungkan sangat menarik dan unik tetapi masih mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Semoga pasangan mempelai ini kekal bahagia till jannah dan pastinya momen ini akan dikenang seumur hidup kerana berbeza dari kebiasaan.
NORMA BAHARU MAJLIS KAHWIN DRIVE THRU WEDDING….
“Setelah Saya dan pegantin Meminta kebenaran Dari pihak Polis diraja Malaysia Daerah kami di kluang.
“Kami start susun startegi wedding drive-thru untuk pertama kalinya di malaysia.Wedding yang berlansung sangat meriah.
“Majlis dihadiri Dari setiap pelusuk negeri dari rawang, kuala lumpur,selangor Johor dan beberapa negeri lagi.
“Tahniah Norazura Mohd Ali & Aguzz Aguss
(pemilik perniagaan Burger Viral AguzzBurger)
“-Merupakan majlis perkahwinan pertama yang berkonsepkan drive thru di Malaysia. Mengekalkan SOP mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Syukur alhamdulillah serta ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis perkahwinan drive thru ini.
“Terutama kepada ahli keluarga kedua mempelai Balai, Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, Dinas Bridal, As Puri Catering, DJ, pasukan RELA, dan individu-individu lain yg juga memainkan peranan dalam menjayakan majlis ini.
“SOP kehadiran tetamu majlis :
= Kenderaan beratur menuju ke kanopi pelamin.
= Cek suhu oleh anggota RELA.
= Catat nama beserta nombor telefon.
= Masukkan sumbangan ke dalam tabung “Salam Keruk” yang disediakan.
= Jumpa pengantin yang sedang menunggu di pelamin dan memberi salam, ucap tahniah serta penyerahan hadiah tanpa perlu keluar dari kenderaan dan bersentuhan.
= 1 kenderaan hanya 1 minit sahaja masa yang diberikan.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Syahril Lakukan Solat Istikarah Sebelum Buat Keputusan.’ Pelajar Cemerlang 11A Terima 10 Tawaran Sambung Belajar
‘Syahril lakukan solat istikarah sebelum buat keputusan.’ Pelajar cemerlang 11A terima 10 tawaran sambung belajar. Bertuah sungguh empunya badan, bukan satu tetapi 10 tawaran yang diterima.
Sudah tentu bukan sesuatu yang mudah membuat pilihan apatah lagi melibatkan 10 tawaran. Kita sendiri pun kadang-kadang susah membuat pilihan, apa lagi melibatkan masa depan.
Syahril Lakukan Solat Istikarah
Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 11A yang tular menjaga ibu sakit, Muhammad Syahril Saidi menerima lebih 10 tawaran untuk melanjutkan pelajaran termasuk biasiswa.
Jelas Syahril, 18, dia perlu melakukan solat istikharah dan berbincang dengan ahli keluarga sebelum membuat sebarang keputusan.
Menurutnya, setakat ini dia mahu meneruskan pengajian di Maahad Yaakubiah Kampung Nipah, Bachok, Kelantan untuk menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi mencapai cita-cita menjadi seorang pensyarah.
Artikel Berkaitan:
‘Imamkan Sendiri Solat Jenazah.’ Bakti Pelajar Cemerlang 11A Buat Ibu Hingga Ke Liang Lahad
Sebelum Buat Keputusan
“Saya akan buat perancangan, langkah demi langkah untuk pilih mana yang terbaik. Tawaran memang banyak daripada pelbagai agensi, saya ucapkan seribu penghargaan dan terima kasih kepada semua yang bagi tawaran biasiswa.
“Doakan saya dan keluarga, semoga kita semua berjaya dunia akhirat dan jadi pemimpin Islam yang benar-benar membawa kebenaran,”katanya.
Jelas pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman, Beris Lalang ini, tidak sepatutnya dia seorang sahaja diraikan atas kejayaan dalam SPM, tetapi individu di sekeliling yang banyak membantunya seperti abang, kakak, ibu bapa saudara dan guru-gurunya yang mengetahui kesusahan hidupnya sebelum ini.
Pelajar Cemerlang 11A
Menurutnya, mereka adalah insan di sebalik tabir yang mendorong kejayaannya terutama arwah ibunya, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, yang baru meninggal dunia, Sabtu lalu.
“Banyak yang arwah umi pesan pada saya, tapi biarlah jadi simpanan peribadi saya,” katanya yang turut menerima tawaran biasiswa daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan beberapa bank.
Sementara itu, bapa saudara Syahril, Rosmazuki Mat Jusoh, 45, berkata dia mengagumi kecekalan hati anak-anak saudaranya yang menjaga ibu mereka selepas kematian bapa mereka, Saidi Mat Jusoh sejak 11 tahun lalu.
Katanya, arwah ibu bapa mereka sering mengajar anaknya supaya tidak menyusahkan orang lain.
Terima 10 Tawaran Sambung Belajar
“Saya juga ingin berterima kasih kepada seorang Cikgu Shafie Sidik, antara individu paling banyak membantu mereka, tak ada budi yang kami dapat balas,” katanya.
Akhlak baik Syahril, abang serta kakak-kakaknya turut mengundang simpati orang ramai sehingga ada mahu mengambil mereka sebagai anak angkat selain sering membawa makanan, keperluan harian dan membantu keluarga ini selepas ibu mereka diserang penyakit angin ahmar pada 2019.
Kesusahan dan pengorbanan remaja ini terbongkar selepas dia berjaya menjadi pelajar tunggal sekolahnya mendapat 11A dalam SPM 2022 yang diumumkan Khamis lalu.
Bagaimanapun, ibunya yang sakit meninggal dunia pada Sabtu lalu dan solat jenazah diimamkan Syahril.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur suaminya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lati.
Baca Di Sini:
Kashoorga: Semoga Allah mempermudahkan urusan Muhamad Syahril dan memberi petunjuk terbaik buatnya.
Sumber: myMetro
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI