Sebagai hambaNya kita perlu tunaikan Rukun Islam dan salah satunya adalah solat. Solat itu tiang agama dan kita wajib lakukannya tidak kira dalam ada jua situasi, lokasi asalkan saja sihat tubuh badan dan waras akal fikiran.

Biarpun kita berada di daratan, lautan atau udara suruhan Allah yang satu ini wajib kita laksanakan.

Seperti perkongsian Pendakwah Bebas Ebit Lew pagi tadi laman instagramnya di mana beliau dan keluarga yang dalam perjalanan ke negara matahari terbit tidak lupa menunaikan solat di dalam kapal terbang.

Menurutnya sebelum tidur beliau memberitahu pada pramugari bertugas untuk solat Subuh dan apabila masuk waktunya beliau telah dikejutkan.

Tanpa membuang masa beliau melaksanakan solat Subuh bersama isteri dan anak-anaknya yang dilayan secara baik oleh pramugari MAS yang bertugas.

Ternyata Pendakwah Bebas ini bersyukur kepada Allah dapat melaksanakan suruhanNya ini dan beliau memberitahu dirinya tenang dapat melakukan solat Subuh berkenaan.

Ads

Ustaz Ebit Lew juga turut mengingatkan warganet untuk mengingati Allah tidak kira di mana berada, dalam keadaan sihat, sakit, berdiri dan di mana sahaja dalam apa keadaan dan tempat.

Masa dalam flight Solat Subuh. Sebelum tidur saya kata pada pramugara nanti Subuh saya nak solat yer. Sekali masuk waktu solat Subuh pramugara datang dan kata ustaz dah boleh Subuh. Baiknya beliau ingatkan. Terima kaseh yer

Baik-baik semua pramugara mas ini melayan dan membantu saya, isteri, anak-anak saya solat. Terima kaseh yer. Syukur pada Allah. Dapat berkongsi nasihat dan kebaikan.

Rasa tenang bila dapat Subuh dan ingat Allah dimana sahaja. Dalam keadaan sihat, sakit, berdiri, duduk,dimana sahaja dalam apa keadaan dan tempat. Ya Allah terimalah semuanya jadi asbab hidayah dan kebaikan-ebitlew

“Rasa Tenang Lepas Solat Subuh” – Ustaz Ebit Lew Kongsi Kegembiraaan Dapat Laksanakan Suruhan Allah Dalam Kapal Terbang
Sangat mementingkan pendidikan agama kepada anak-anaknya.

Ternyta perkongsianya di waktu pagi ini sangat menyenangkan dan turut mendapat respon positif dari warganet. Masing-masing

Ads

ruminaliza Moga Allah s.w.t Sentiasa memberkati ustaz…Dan kami semua….aamin…kami Sayang ustaz sekeluarga.

potterdemorris Alhamdulillah ..baru jugak tdi lepas solat dekat airport tggu nk ke KK..Semoga dipermudahkan segala urusan kita ustaz..

hajahnurtashah MasyaAllah…Syukur Alhamdulillah….

alifnjmiii terharu dengan ustaz. selalu bersangka baik

“Rasa Tenang Lepas Solat Subuh” – Ustaz Ebit Lew Kongsi Kegembiraaan Dapat Laksanakan Suruhan Allah Dalam Kapal Terbang
Bercuti bersama keluarga di Tokyo.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI