Rasulullah Ajar Sedekahkan Air Bila Ibu Bapa Kita Meninggal Dunia, Ini Sebabnya

Share

Bila diuji dengan kehilangan kedua ibu bapa, hanya mereka yang pernah mengalaminya merasai rasa sunyi tersebut. Ia ibarat kita kehilangan syurga dunia yang menjadi tempat kita bermanja dan berkasih sayang. Namun dalam memastikan ibu bapa memperoleh pahala berterusan selepas ketiadaan mereka di dunia, Rasulullah mengajarkan kita agar bersedekah air minuman. Ini sebabnya.

Dalam sebuah hadith dari Sa’ad bin ‘Ubadah radhiallahu’anhu, ia berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu saya telah meninggal. Bolehkah saya bersedekah atas nama beliau?”

RasulullahSAW menjawab, “Boleh”.

Sa’ad bertanya lagi, “Sedekah apa yang paling utama, wahai Rasulullah?”, Baginda menjawab, “Sedekah berupa air minum” (HR. An Nasa’i no.3666).

Dalam satu riwayat lain, “Al Hasan Al Bashri mengatakan: itulah latar belakang adanya pengairan air dari Alu Sa’ad (keluarga Sa’ad bin ‘Ubadah dan keturunannya) di Madinah.” (HR. Ahmad no.22459)

Jadi bersandarkan hadith tersebut, tidak hairanlah mengapa orang Arab suka bersedekah air minuman banyak banyak pewakaf mewakafkan pengairan di beberpaa buah negara. Ini kerana terdapat keutamaan besar sedekah berupa air.

Malah air juga menjadi keutamaan utama dalam kehidupan manusia. Malah bersedekahnya juga memberi manfaat yang cukup besar bagi manusia.

Dari Jabir bin Abdillah radhiallahu’anhu, Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik kalian adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Ibnu Hibban dalam Al Majruhin [2/1], Ath Thabrani dalam Al Ausath [5787]. Dihasankan Al Albani dalam Shahih Al Jami’ no.3289).

Malah kita pasti pernah ingat kisah seorang pelacur yang masuk syurga hanya kerana memberi anjing air minuman (hanya memberi air kepada anjing masuk syurga).
Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu, bahwa Rasullah SAW bersabda,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " غُفِرَ لاِمْرَأَةٍ مُومِسَةٍ مَرَّتْ بِكَلْبٍ عَلَى رَأْسِ رَكِيٍّ يَلْهَثُ، قَالَ كَادَ يَقْتُلُهُ الْعَطَشُ، فَنَزَعَتْ خُفَّهَا، فَأَوْثَقَتْهُ بِخِمَارِهَا، فَنَزَعَتْ لَهُ مِنَ الْمَاءِ، فَغُفِرَ لَهَا بِذَلِكَ ".

Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Seorang wanita pelacur diampuni oleh Allah. Wanita itu lalu berhampiran seekor anjing di sebuah perigi. Anjing itu hampir mati kerana kelaparan. Lalu wanita itu menanggalkan seliparnya, kemudian mengikatnya dengan tudung kepalanya, lalu mengambil air untuk anjing tersebut. Wanita itu diampuni kerana hal tersebut. (Sahih al-Bukhari, Kitab Bad'i al-Khalqi, Bab Iza Waqa'a az-Zubab Fi Syarab…, hadis no: 3321].

Syeikh Musthafa Al ‘Adawi hafizhahullah menjelaskan,

“Dan di antara sedekah jariah yang paling utama adalah memberi sedekah air minum. Tidakkah anda melihat bahawa penghuni neraka meminta minuman kepada penghuni syurga. Mereka (penghuni neraka) mengatakan: ‘Berikanlah kami curahan air kepada kami, atau apa saja yang Allah berikan kepada kalian” (QS. Al A’raf: 50).

Oleh kerana itu perbanyakanlah sedekah berupa air. Baik berupa air minuman, pengairan sawah, ladang dan seumpamanya kerana ia sebaik-baik sedekah.

Sumber: MUSLIMAH

Published by
almaswa Haji Che Ros