Selain disunatkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, kita juga sangat digalakkan untuk berpuasa di bulan tertentu seperti Muharam. Jadi marilah kita untuk sama-sama merebut amalan  di bulan Muharam ini terutama dengan berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharam.

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadan adalah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam. Sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat sunat di waktu malam.” (Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, Bab Fadhl Sawm al-Muharram)

Rasulullah Beri Pesanan Puasa Asyura Di Bulan Muharam Akan Hapuskan Dosa Setahun Yang Lalu

Antara hari yang amat digalakkan berpuasa adalah hari Asyura atau hari ke-10 Muharam yang jatuh Selasa ini.

Kelebihannya adalah ganjaran iaitu menghapuskan dosa setahun yang lalu. Abu Qotadah Al-Ansory berkata, Nabi SAW ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah?

IKLAN

Baginda menjawab, “Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa Asyura? Baginda menjawab, “Puasa Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah Beri Pesanan Puasa Asyura Di Bulan Muharam Akan Hapuskan Dosa Setahun Yang Lalu

Bagi orang mukmin, kita digalakkan menambah puasa sunat sehari sebelum puasa Asyura. Ia bertujuan membezakan dengan puasa orang Yahudi dan Kristian. Abdullah bin Abbas r.a berkata: Apabila Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh manusia berpuasa padanya, para sahabat berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya ia merupakan hari yang orang Yahudi dan Kristian agungkan.

IKLAN

Baginda SAW menjawab: “Pada tahun hadapan, insya-Allah kita akan berpuasa pada hari kesembilan Muharam. Akan tetapi, pada tahun berikutnya Rasulullah SAW wafat.” (Riwayat Muslim)

Semoga kita diberi kekuatan melaksanakan ibadat puasa sunat Muharam selain melipatgandakan amalan lain termasuk qiamullail.

IKLAN

Rasulullah Beri Pesanan Puasa Asyura Di Bulan Muharam Akan Hapuskan Dosa Setahun Yang Lalu

Rasulullah SAW menggalakkan umatnya bangun berqiamullail dan memberi khabar gembira kepada sesiapa yang melakukannya iaitu mendapat kemuliaan daripada Allah.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kamu melakukan qiamullail, kerana qiamullail adalah kebiasaan orang-orang yang soleh sebelum kamu, kerana qiamulail mendekatkan diri kepada Allah, mencegah daripada dosa, menghapuskan kesalahan-kesalahan dan menghalau penyakit dari tubuh.” (Riwayat at-Tirmidzi)

SUMBER: UTUSAN ONLINE

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI