Sambut raya biarlah tidak berlebih-lebihan. Lebih afdhal jika hari raya disambut dengan cara Islam yang betul ke arah lahirkan masyarakat yang diredhai Allah. Janganlah kita hanyut dengan arus pemodenan hingga kita terlupa tentang soal agama.

Sebenarnya bukan hanya di bulan Ramadan sahaja kita boleh mengumpul pahala tetapi juga di bulan Syawal pun kita boleh kumpul pahala. Bagaimanakah caranya?

BERTAKBIR
Disunatkan kita untuk bertakbir pada malam raya. Hidupkanlah malam raya dengan takbir dan beribadah. Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang beribadah pada malam raya sama ada raya Aidilfitri atau Aidiladha, nescaya dia takkan mati hatinya sepertimana matinya hati orang kafir.”

SOLAT SUNAT
Bangun awal untuk solat tasbih. Teruskan amalan Qiamullail seperti yang dilakuka pada bulan Ramadan. Perkara yang baik tidak hanya dilakukan pada waktu-waktu yang terhad sahaja tetapi secara berpanjangan.

MANDI SUNAT
Bangun pagi hari raya, jangan lupa niat untuk mandi sunat. Tak susah pun nak mandi sunat ni. Hanya niat je. Lepas tu boleh mandi macam biasa. Tiada langkah tertentu untuk mandi sunat ini. Senang dan yang penting dapat pahala. Disunatkan juga membersihkan diri dengan mencukur bulu-bulu pada tubuh, memotong kuku dan memakai wangi-wangian.

IKLAN

Niatnya begini “Sahaja aku mandi sunat hari raya kerana Allah SWT”.

Raya Bukan Suka-Suka, Ini Amalan Boleh Buat Untuk Betul-Betul Rebut Pahala

SOLAT SUNAT HARI RAYA
Sebelum menunaikan solat sunat hari raya, jamah sedikit makanan untuk mengisi perut. Lebih afdhal jika makan kurma. Sunat bagi makmum datang awal selepas fajar bagi mengambil tempat duduk untuk mengerjakan solat hari raya. Manakala disunatkan bagi imam untuk melewatkan solat sunat Aidilfitri untuk memberi ruang kepada umat Islam untuk membayar zakat fitrah pada waktu yg afdhal iaitu sebelum solat. Sunat berjalan kaki ke masjid (jika rumah anda dekat dengan masjid lah).

IKLAN

ZIARAH RUMAH SAUDARA DAN SAHABAT
Pergilah menziarah ahli keluarga, jiran tetangga dan rakan taulan. Ambil peluang ini untuk saling bermaaf-maafan. Kita tidak tahu raya akan datang kita dapat bertemu lagi atau tidak. Buang yang keruh dan ambillah yang jernih.

SOLAT MENEPATI WAKTU
Ziarah-ziarah juga tapi jangan sampai meninggalkan solat. Perkara yang wajib tetap perlu diutamakan. Rancang program ziarah anda sebaik mungkin. Berhenti di mana-mana masjid untuk menunikan solat.

IKLAN

JANGAN MENGUMPAT
Waktu raya begini tentunya anda dapat berjumpa dengan rakan-rakan lama yang sudah lama tidak ketemu. Harus diingatkan jangan sesekali menjadikan medan pertemuan ini sebagai masa untuk bercerita tentang orang lain atau dengan kata lain ‘mengumpat.’ Jika sepanjang bulan Ramadan kita mampu mengelakkan bercerita tentang orang lain mengapa tidak ia diteruskan berpanjangan.

Raya Bukan Suka-Suka, Ini Amalan Boleh Buat Untuk Betul-Betul Rebut Pahala

JAGA BATAS DAN AURAT
Ketika bersalam-salaman, jaga batas antara lelaki dan wanita. Wanita dan lelaki yang bukan muhrim tetap haram bersentuhan. Dari segi berpakaian juga jangan terlalu berlebih-lebihan. Pakailah pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata.

Gunakan masa berhari raya untuk mendapat barakah dan rahmat dari Allah. Dengan yang demikian kita akan dapat menikmati kemeriahan hari raya dan kebahagiaan yang sebenar-benarnya dnegan cara yang betul.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI