Islam itu indah. Walau dengan hanya sedikit kebaikan seperti sedekah jariah, Allah akan berikan ganjaran yang sangat besar tak terhitungkan jumlahnya. Setiap perbuatan baik itu akan dicatat dan dibalas di kemudian hari biarpun ia hanya sekecil-kecil sedekah.

Sebagaimana firman Allah SWT:

فَمَن يَّعمَل مِثقَالَ ذَرَّةٍ خَيرًا يَّرَه
Ertinya “Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.” (QS. Al- Zalzalah: 7)

Dalam Islam terdapat begitu banyak jenis sedekah jariah dan pahalanya kekal mengalir walaupun kita telah meninggal dunia. Ia seakan sebuah ladang buah-buahan yang sentiasa mengeluarkan hasil untuk dimanfaatkan oleh tuan punya ladang.
Dari Abu Hurairah r.a, berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلا مِنْ ثَلاثَةٍ : إِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Jika manusia mati, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara: (1) sedekah jariyah, (2) ilmu yang diambil manfaatnya, (3) anak soleh yang selalu mendoakan orang tuanya.” (HR. Muslim, no. 1631)

Apa kata kita lihat 10 jenis sedekah jariah yang boleh kita jadikan sebagai ‘ladang buah’ yang tidak putus menghasilkan buah-buahan untuk pemiliknya.

1.Membina Masjid

Jika ada kemampuan binalah surau atau masjid sebagai kemudahan untuk orang ramai bersolat. Jika tidak mampu, cukup memberi sumbangan beramai-ramai membangunkannya.

Diriwayatkan dari ‘Umdah al-Qari, Rasulullah SAW bersabda;
“Sesiapa yang membina masjid yang dengannya dia menginginkan redha Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga (HR al-Bukhari dan Muslim)

Membangun masjid atau mendermakan tanah wakaf untuk dibangunkan masjid merupakan amal jariah yang boleh kita lakukan.

Masjid yang dibangun di atas tanah pemberian kita akan dipakai sebagai sarang ibadah. Apabila masjid itu digunakan oleh masyarakat berhampiran, ia akan menjadi ladang pahala yang terus mengalir walaupun kita telah meninggal dunia.

IKLAN

Rebut Buat 10 Sedekah Jariah Ini, Pahalanya Mengalir Hingga Kiamat

2.Menggali Perigi

Walaupun hanya sebuah perigi kecil, tapi ingatlah bahawa Allah tidak melihat kepada saiz atau besar sumbangan kita sebagai pengukur pahala. Dengan perigi kecil itu lah, kita akan mendapat pahalanya selagi mana ia memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling.

Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang menggali perigi, (kemudian) tidaklah setiap yang memiliki ruh, baik dari kalangan manusia, jin, dan burung yang minum dari perigi tersebut, melainkan Allah (pasti) akan membalasnya kelak di hari Kiamat.

Rebut Buat 10 Sedekah Jariah Ini, Pahalanya Mengalir Hingga Kiamat
Pam air yang dibina untuk kegunaan ramai juga boleh mengalirkan pahala hingga kiamat.

3.Mencetak Buku Atau Posting Artikel Yang Bermanfaat

Mencetak buku atau posting artikel ke sosial media dan digital yang bermanfaat terutama berhubungan dengan ilmu agama dan ajaran kebaikan akan menjadi salah satu jenis sedekah jariah.

Ilmu yang bermanfaat dari buku akan mengalirkan pahala kepada kita yang menyebarkan ilmu itu. Bersyukurlah kepada para penulis atau wartawan yang menyampaikan ilmu bermanfaat kepada masyarakat.

IKLAN

4.Membangun Rumah Untuk Musafir

Mungkin cara ini kurang popular di negara kita. Bukan tidak ada, tetapi kurang. Memberi tempat tinggal untuk orang yang bermusafir juga termasuk dalam sedekah jariah yang amalannya tidak akan terputus.

5.Sedekah Sewaktu Hidup dan Sihat

Sedekah atau memberikan sebahagian harta secara iklas juga merupakan salah satu jenis sedekah jariah.

Sebagaimana dalam Firman Allah SWT:
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Ertinya:
“Perumpamaan orang -orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai:tumbuh seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al- Baqarah ayat 261)

6.Ilmu Yang Diajarkan

Wadah ilmu hadir dalam pelbagai bentuk. Selain buku yang bermanfaat, ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain juga akan menjadi amalan dan sedekah jariah bagi kita kelak.

Sebab ilmu yang bermanfaat akan senantiasa membawa seseorang menuju jalan kebaikan. Tentunya amalan nya akan terus mengalir kepada kita yang ikhlas mengajarkan ilmu yang bermanfaat tadi.

IKLAN

7.Mushaf Al-Quran Yang Diwariskan

Dari Abu Hurairah Berkata, Baginda Rasulullah SAW bersabda :

Sesungguhnya termasuk amalan dan kebaikan orang mukmin yang masih mengalir selepas kematiannya adalah ilmu yang diajarkan dan disebarkannya, atau anak soleh yang ditinggalkannya, atau mushaf al-Qur`an yang diwariskannya, atau masjid yang dibangunnya, atau rumah singgah bagi para musafir yang dibangunnya, atau sungai yang dialirkannya, atau sedekah yang dkeluarkan dari hartanya saat sihatnya dan di masa hidupnya, (semua itu) masih mengalir kepadanya selepas kematiannya. ” (HR. Ibnu Majah; Shahih at-Targhib)

8. Mendirikan Rumah Anak-anak Yatim

Perihal anak yatim telah disebut sebanyak 32 dalam al-Quran. Tentulah ini menunjukkan betapa berkatnya jika kita menyediakan rumah anak yatim sebagai tempat berlindung mereka.

Usaha kita itu menjadi ladang amalan bagi kita dan pahalanya berterusan tanpa henti.
Islam meletakkan kedudukan tinggi buat anak-anak yatim dan sewajarnya lah kita memelihara kebajikan mereka.

9. Memberi Makan dan Minum

Berdasarkan sabda Rasulullah SAW :
« أَفْضَلُ الصَّدَقَةِ سَقْيُ الْمَاءِ »
Sebaik-baik sedekah adalah memberi air minum.” (HR. Muslim).

Sesunggunya Nabi ketika ditanya bagaimana Islam yang baik itu. Baginda menjawab :
« تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلاَمَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ »
Engkau beri makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal maupun yang tidak kamu kenal.” (Terdapat dalam Ash-Shahihain).

10. Mengadakan Majlis Zikir

Mengadakan majlis zikir merupakan amalan amal jariah yang pahalanya akan mengalir kepada kita kerana semua kegiatan dalam majlis itu merupakan kegiatan berlandaskan ajaran agama Islam.

Artikel berkaitan:Lepas Bangun Pagi Sedekahkan Surah Al-Fatihah Untuk Diri Sendiri. Manfaatnya Rezeki Yang Datang Mengalir Laju!

Artikel berkaitan:Doa Terbaik Boleh Diamalkan Si Anak, Buat Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia

Kashoorga: Ada 10 amal jariah yang boleh kita lakukan. Tepuk dada tanya selera. Sudah tentu kita mahukan pahala yang mengalir seperti derasnya air sungai.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI