‘Reda Allah ambil saya anak serentak, masa hidup mereka rapat, ‘pergi’ pun bersama.’ 3 beradik meninggal terkena renjatan elektrik. Allahuakbar beratnya ujian keluarga ini. Anaknya meninggal tiga orang sekaligus.
Tiada kata yang terungkap melainkan reda dengan takdirnya kerana setiap yang berlaku sudahpun terjadi. Semoga keluarga ini kuat menempuh dugaan ini.
Tiga beradik perempuan maut, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah jiran mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak, Tumpat, Kelantan.
Kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 33 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian itu, kira-kira 11.45 pagi.
Difahamkan, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah jiran, sebelum terkena pula kepada dua adiknya turut berada di hadapan rumah.
Ahli keluarga mangsa, Mohd Amin Mohd Nazir, 25, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.
Ads
Masa Hidup Mereka Rapat
Jiran keluarga terbabit, Che Zahiyah Che Yaakob, 53, dia melihat tiga beradik itu berjalan melintasi rumahnya dan sempat bertanya ke mana mereka ingin pergi sebelum dijawab Nor Syazwani yang mereka ingin melihat air di dalam tali air di hadapan rumah.
“Nor Syazwani berpegang pada tiang rumah saya dan tiba-tiba dia terus terjatuh sebelum badannya menjadi kejang dan tersentak sebelum Fatiah yang berada di belakang cuba membantu namun turut mengalami keadaan yang sama.
“Sakinah yang berjalan di hadapan mereka berpatah balik untuk membantu dan turut terjatuh serta kejang seperti dua beradik itu.
“Saya terus menjerit memanggil ahli keluarga lain dan suami segera mengambil kain sebelum cuba menyentuh salah seorang dari mereka dan turut terasa aliran elektrik menyebabkan dia berundur,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
‘Pergi’ Pun Bersama
Che Zahiyah berkata, penduduk kampung segera menghubungi bomba dan polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu ibu mangsa, Zainun Sulaiman, 62, berkata ketiga-tiga anak perempuannya itu masih belum berumahtangga dan sangat rapat.
Ads
Katanya lagi, pagi tadi, Nor Syazwani dan Nurul Fatiah yang mana kedua-duanya adalah guru tadika agama di dua premis berasingan sempat memasak nasi goreng dan membuat cucur untuk sarapan sebelum melakukan kerja rumah lain.
3 Beradik Meninggal Terkena Renjatan Elektrik
“Sakinah pula kurang sihat serta berasa sakit dada dan dia ada berkata mungkin dia nak mati disebabkan sakit itu namun saya memarahinya sambil memberitahu ia sakit biasa sahaja.
“Ketika sedang berehat di ruang tamu, saya terdengar bunyi bising seperti orang menjerit di rumah jiran bersebelahan dan keluar untuk melihat apa yang berlaku.
“Saya ternampak tiga anak perempuan terbaring di dalam air sebelum diberitahu mereka sudah meninggal dunia kerana renjatan elektrik.
“Saya reda Allah ambil anak saya serentak sebab masa hidup pun mereka memang rapat. Allah nak mereka pergi pun bertiga. Sedih memang sedih, tapi itu kerja Allah, saya reda,” katanya sambil menahan sebak.
Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Morak sebaik proses itu selesai.
Kashoorga : Salam takziah buat keluarga mangsa dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa allahyarham serta menempatkan mereka di kalangan orang beriman. Amin.
Bagi kaum wanita, ruang paling menyeronokkan adalah apabila berada di dapur. Di sinilah mereka boleh pamer kebolehan memasak sama ada hidangan berat ataupun dessert.
Kalau boleh mahukan kawasan ini sentiasa bersih dan kemas. Namun adakalanya bajet terhad menyebabkan tidak banyak boleh dilakukan di ruangan ini.
Apa kata untuk menjadikan ruang dapur anda sentiasa kelihatan kemas dan tersusun boleh cuba perkongsian idea oleh seorang penguna laman sosial Facebook, Hani Mynis.
Tak perlu bajet mahal, sebaliknya hanya membeli 10 barangan ini di kedai Eco bagi mendapatan penstoran yang bagus.
10 barang penstoran dapur wajib beli di Eco!
Ramai yang tanya hani macam mana nak jadikan dapur lebih kemas, sistematik dan tersusun (organised) dan setiap kali soalan ini ditanya jawapan hani satu shj : PENSTORAN! Hehe
Penstoran sngt penting utk sesuatu ruang utk lebih tersusun, tak kiralah ruang rumah yang mana satu. Macam biasa yang selalu hani cakap
“Setiap benda mesti ada rumahnya!”
Dan bila ditanya kat mana nak beli barang2 penstoran ni, mestilah Eco!
Kat dapur hani boleh dikatakan 80% bekas penstoran datangnya dari Eco, dan walaupun harganya Rm2.10, kalau pandai pilih bekas yang bersesuaian mesti akan dapat maksimumkan ruang penstoran kat dapur.
Seperti dijanjikan, Hani kongsikan 10 idea penstoran dapur hani yang datangnya dari kedai Eco. Semoga mendapat idea dan bermanfaat
#1 Bakul
Bakul ialah barang penstoran kegemaran hani yang pertama. Hani suka gunakan bakul dlm satu2 ruang (rak atau laci) untuk cipta beberapa ruang.
Tips hani utk beli bakul.
–hani lagi suka bakul bertapak segi empat dari bulat. Lebih menjimatkan ruang dan cantik dari segi visual. –untuk sesuatu ruang, pilih bakul yang sama bentuk, jenis dan warna supaya lebih seragam. –pilih sama ada bakul bertutup atau tidak mengikut keadaan ruang dan barang yang diisi dalam bakul –bonus kalau dapat pilih saiz bakul yang ngam2 muat dalam ruang tu. Hani pernah kongsi tutorial macam mana nak beli bekas yang ngam muat2 dalam satu ruang tu sebelum ni.
Hani gunakan bakul utk “pecahkan” satu ruang yg besar (seperti laci) kepada bahagian yang lebih kecil. Kiranya wujudkan laci dalam laci gitu Supaya barang-barang dalam laci lebih tersusun dan berada di”rumahnya”. Wajib label!
Hani gunakan bakul utk simpan baking tools dan botol2 air.
#2 Bekas tipuware
Barang penstoran kedua yg bagi hani pelbagai-guna ialah bekas-bekas tipuware 😘 Kalau masuk eco, memang rambang mata hani tengok bekas tipuware yang pelbagai bentuk, saiz dan warna haha
Sama macam bakul, ni tips hani masa nak beli bekas tipuware
-hani lagi suka bekas bertapak segi empat dari bulat. Lebih menjimatkan ruang dan cantik dari segi visual. -untuk sesuatu ruang, pilih bekas yang sama bentuk, jenis dan warna supaya lebih seragam. -pilih bekas yang boleh ditindih (stackable) untuk menjimatkan ruang.
Tetapkan tema warna dapur supaya senang nak beli bekas2 tipuware di eco
Bekas yang boleh ditindin menjimatkan ruang sbb kita memaksimumkan penggunaan ruang dengan cara menggunakan ruang vertikal
Botol rempah kaca ni bagi hani nampak mahal walaupun harga nya rm2. Tambah-tambah dengan label. Tapi bahagian besi kat penutup nya cepat berkarat kalau tak betul cara penjagaannya.
Hani dah guna setahun tapi so far masih ok tak berkarat. Ni tips utk elakkan penutup bekas ni berkarat
bila lap dengan kain lembap (semasa nak bersihkan) wajib lap semula dengan kain kering. Jgn biarkan dia kering sendiri
jangan letak kat tempat lembap.
#4 bekas kedap udara
Hani guna bekas ni utk simpan pes2 yang hani buat setiap hujung minggu. Bekas kedap udara ni buatkan pes lebih tahan lama. Hani guna utk pes bawang putih dan bawang putih + halia utk pes ni bertahan dua tiga minggu.
#5 rak pengetus pinggan
Hani simpan pinggan utk tetamu dalam ni supaya bila tetamu datang hani angkut dengan rak ni sekali g basuh dan susun semula kat dalam rak ni
#6 rak kecil
Rak kecil ni hani rasa sempurna utk tambah ruang penstoran kat sesuatu ruang. Macam hani letak kat atas sinki ni utk hani letakkan botol sabun dan aksesori sinki. Bahagian bawah hani letak bekas bekal makanan yg hani letak sabun dan span basuh pinggan
#7 jaring besi, s hook dan command hook
Hani gunakan utk sangkut penapis2 hani.
#8 magazine holder
Hani gunakan utk simpan aluminium foil, cling wrap dan ziplock hani. Hani tampal kat pintu tuk maksimumkan penggunaan ruang kat dapur hani. Magazine holder ni hani beli kat ikea tp baru2 ni hani nampak kat eco pun dah jual.
#9 pants hanger
Hani gunakan pants hanger utk sangkut plastik sampah yang jenis gulung. Supaya senang nak ambil. Dan juga utk jemur kain lap yang lembap.
#10 bakul magazine holder
Untuk hani susun botol2 kegunaan pembersihan dan pencucian.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Siapa tidak geram melihat kecomelan kanak-kanak ini. Ketika dia masih bayi, Dhuhaa Sophea Stumbry, 3 tahun, pernah dikatakan bayi paling comel di dunia.
Si comel ini lahir dari perkongsian kisah cinta antara dua benua. Ibunya Siti Safuraa Hamzah, 35 tahun, yang berasal dari Besut, Terengganu, manakala bapanya pula Asadullah Stumbrys, 35 tahun pula merupakan warga negara Russia.
Walaupun kini berada jauh di Sweden, namun Dhuhaa Sophea menjadi tular dek kerana wajah comelnya. Kini bukan sahaja dia yang jadi viral, Dhuhaa juga sudah mempunyai seorang adik perempuan, Amiraa Al Imaan yang dilahirkan awal tahun lalu.
Seperti kakaknya, Amiraa juga cukup popular di laman sosial Instagram milik ibunya, @ctsafuraa. Setiap kali muat naik foto atau video terbaru, pasti mendapat ribuan butang ‘like’.
Ternyata kecomelan dua beradik ini mengundang pertanyaan daripada warga net yang mahu tahu apa rahsia diamalkan ibunya sewaktu mengandung.
Menurut Siti Safuraa soalan ‘hot’ itu memang sering ditanya padanya oleh para ibu yang banyak DM padanya bertanyakan amalan yang dilakukan sewaktu mengandung sehingga melahirkan anak yang comel.
“Memang ramai yang tanya soalan ini, sama ada mesej saya secara peribadi di ruangan komen termasuk ketika buat live“.
“Sebenarnya saya tak amalkan apa-apa pemakanan khusus waktu mengandung dulu. Mungkin ini rezeki kurniaan Tuhan buat saya dan suami,” ujarnya ketika dihubungi secara alam maya.
Namun menurutnya dia memperbanyakkan amalan yang mulia untuk ibu hamil menurut Islam, antaranya dengan membaca al-Quran.
“Cuma masa hamil dulu saya suka baca dan dengar ayat suci al-Quran. Surah yang paling saya gemari adalah surah Ar-Rahman.
“Waktu itu saya sangat sensitif, mudah menangis dan bila dengar surah itu saya rasa kuat dan sangat terkesan sampai ke jiwa.
“Selebihnya saya banyakkan zikir dan berdoa pada Allah sentiasa lindungi saya dan kandungan,” ujarnya yang kini menetap di Sweden selepas mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta.
‘Allahuakbar, sedihnya.’ Kereta terbabas dalam sungai, budak 12 tahun meninggal depan mata mak, abah.
Allahuakbar beratnya ujian, namun sebagai hamba-Nya, walaupun perit kita perlu reda dengan ujian Allah apatah lagi anak hanyalah pinjaman dari Allah.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, tidak dapat bayangkan perasaan mak dan abahnya melihat anak pergi di depan mata tanpa mampu berbuat apa-apa.
Menurutnya, ketika kereta hampir tenggelam, dia dan isterinya, Nurul Aqmar Zainol, 35, yang hamil tujuh bulan berjaya keluar namun, anak sulungnya gagal menyelamatkan diri.
Terpaksa Reda Walaupun Sedih
“Terdengar arwah menjerit, abah.. abah dan pada masa sama saya serta isteri cuba menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap.
“Saya cuba berenang mencarinya selepas itu tetapi kereta tenggelam ke dasar sungai,” katanya.
“Pada masa sama, saya teringatkan anak yang masih berada dalam kereta itu dan cuba berenang mencarinya tetapi kereta itu tenggelam ke dasar sungai,” katanya.
Kereta Terbabas Dalam Sungai
Suhaimi yang bekerja kampung berkata, ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke pekan Jitra dari rumah ibu mentuanya di Tanjung Kapur untuk membeli susu anak bongsu yang berusia dua tahun.
Katanya, secara tiba-tiba dia terasa stereng keretanya seperti ‘ditolak’ ke kiri dan kanan tetapi dia cuba mengawal keadaan, namun hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam sungai.
Dia juga memberitahu mengesan banyak perubahan sikap anak sulung daripada tiga beradik itu namun sukar menjelaskan satu persatu kerana masih trauma.
Budak 12 Tahun Meninggal Depan Mata Mak, Abah
“Saya reda dengan apa yang berlaku walaupun kehilangan anak buat selamanya,” katanya yang memberitahu arwah anaknya adalah murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Payung, Pokok Sena. Menurutnya, mereka sekeluarga menetap di Bukit Payung, Pokok Sena tetapi bermalam di rumah keluarga di Tanjung Kapur sejak dua hari lalu kerana ibu mentua tidak sihat.
Jenazah Muhammad Khairil Muhaimin akan dibawa ke Tanjung Kapur di Jitra untuk dikebumikan, semalam.
Perlukah Anak Ganti Puasa Yang Ditinggalkan Ibu Bapa Meninggal DuniaIbu atau bapa meninggal dunia dalam masa yang sama diketahui oleh anak bahawa orang tuanya...