Sumbang mahram merupakan antara gejala sosial yang sering dikaitkan dengan anak muda. Lebih buruk lagi apabila hasil hubungan terlarang itu membawa kepada kelahiran anak tidak sah taraf. Statistik Kementerian Kesihatan pada tahun 2015 mendedahkan sebanyak 3,980 atau 28.8 peratus daripada 13,831 remaja berusia 10 hingga 19 tahun mengandung anak luar nikah.
Seakan isu yang tidak pernah surut, kes sumbang mahram ini terus-menerus berlaku dalam masyarakat kita. Terbaru melibatkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun bersekedudukan dengan kakak kandungnya sehingga melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas rumah mereka.
Amat menyedihkan apabila perkara terkutuk itu berlaku di kalangan adik beradik di dalam rumah yang dihuni oleh ahli keluarga. Persoalannya di manakah peranan ahli keluarga kedua-dua remaja ini? Tidakkah ibu bapa mereka memantau kegiatan anak-anak ini. Sepatutnya kejadian ini tidak harus berlaku jika ada pemantaun daripada kedua ibu bapa.
KES TERBONGKAR
Perbuatan sumbang mahram ini hanya terbongkar apabila kakaknya yang baru bersalin itu dibawa ke Hospital Kampar untuk mendapatkan rawatan. Si kakak dikatakan bersalin di dalam tandas. Kejadian tersebut disedari oleh ibu mereka selepas terkejut melihat ada bayi dalam mangkuk tandas.
Media sebelum ini melaporkan remaja lelaki berkenaan ditahan polis selepas mengaku mengadakan hubungan sumbang mahram dengan kakaknya sehingga melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas rumah mereka di Kampar, 15 Disember tahun lalu.
Tertuduh berusia 14 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh dalam prosiding yang diadakan secara tertutup.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan kakak kandungnya berusia 16 tahun. Hubungan itu tidak dibenarkan undang-undang, hukum agama dan adat untuk mereka berkahwin. Mana mungkin adik beradik kandung boleh berkahwin.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah di Kampar antara Disember 2017 hingga Mei 2018. Namun apa yang mengejutkan ialah hasil soal siasat terhadap remaja perempuan itu mendapati dia mengaku sudah beberapa kali melakukan hubungan sumbang mahram dengan adik lelakinya pada Mei lalu di bilik belakang rumah mereka.
PERANAN IBU BAPA
Ads
Allahuakbar. Mengapa perkara ini harus terjadi. Bukan sahaja agama Islam menegah hubungan terlarang ini malah mana-mana agama pun tidak pernah membenarkan perlakuan sumbang ini berlaku.
Mana ibu bapa kedua-dua remaja ini? Mengapa tidak dipantau kegiatan anak-anak sehingga gejala maksiat boleh berlaku dalam rumah sendiri. Maka sebab itulah dalam Islam, anak-anak berlainan jantina perlu diasingkan tempat tidur mereka secepat yang boleh.
Firman Allah SWT dalam Surah an-Nur: 58 yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba kamu dan orang yang belum baligh dari kalangan kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam 3 masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang Isyak; itulah 3 masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya.”
Ayat ini menunjukkan bahawa Islam menyediakan garis panduan kepada ibu bapa dalam mendidik anak dengan akhlak mulia seperti menghormati ibu bapa dan batas serta adab pergaulan antara anak dan ibu bapa sejak kecil. Pada masa sama, Islam membimbing ibu bapa supaya menjaga batas aurat terhadap anak supaya mereka tidak melihat sesuatu yang tidak baik daripada ibu bapa mereka.
Ads
Rasulullah SAW menganjurkan ibu bapa supaya mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur 7 tahun. Jika mereka tidak melakukannya sampai umur 10 tahun, pukul mereka, juga pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.” (Riwayat al-Hakim dan Abu Daud).
Hadis ini menjelaskan Rasulullah SAW memberi garis panduan mengenai pemisahan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila mereka mencapai umur 10 tahun. Walaupun hadis ini mengenai pemisahan antara anak lelaki dan perempuan, namun ibu bapa perlu menghindari anak daripada tidur sebilik dengan mereka. Perkara ini menjelaskan bahawa kanak-kanak perlu dididik dengan pendidikan akidah, syarak dan akhlak sejak kecil supaya mereka tidak terpesong daripada ajaran Islam.
Antara tujuan Rasulullah SAW menganjurkan perintah itu untuk menjaga keharmonian dan maruah ahli keluarga. Di samping ia bertujuan mendidik anak dan batas pergaulan antara ahli keluarga supaya tidak berlaku perkara negatif seperti sumbang mahram. Tambahan pula dengan kemudahan teknologi yang ada pada hari ini. Oleh itu, wajarlah anak-anak dipisahkan dari tidur bersama ibu bapa, adik beradik lelaki dan perempuan lebih awal daripada usia 10 tahun.
Ads
FAKTOR BERLAKU SUMBANG MAHRAM:
*Pakaian anak perempuan. Anak perempuan tidak ditegur dari segi penampilan pakaian sama ada sesuai atau tidak dengan usia mereka.
*Batas pergaulan. Ibu bapa perlu memantau pergaulan antara anak lelaki dan anak perempuan agar jangan berlebihan. Usah biarkan hubungan anak-anak berlainan jantina terlalu rapat, contohnya boleh tidur baring menghadap televisyen bersama-sama.
*Pengaruh media sosial. Ini yang paling utama. Hadkan atau bataskan penggunaan akses gajet kepada anak-anak agar mereka tidak sewenang-wenangnya menggunakan medium tersebut untuk perkara-perkara negatif seperti pornografi.
*Aspek Sosioekonomi. Kebanyakan kes-kes sumbang mahram yang dilaporkan melibatkan keluarga yang mempunyai tahap ekonomi yang rendah. Keadaan rumah yang sempit seperti rumah flet/kos rendah di bandar dan pinggir bandar yang kekurangan bilik tidur menjadi alasan berlakunya perlakuan sumbang mahram antara adik beradik. Kedudukan rumah yang terpencil dari masyarakat sekeliling dan jiran tetangga juga menjadi salah satu faktor sumbang mahram di dalam sesuatu keluarga mudah berlaku.
Agar gejala sumbang mahram ini tidak terus berlaku dan menjadi barah dalam masyarakat maka institusi kekeluargaan perlu memainkan peranan menangani isu ini. Ibu bapa perlu bersikap tegas dalam mendidik anak-anak kerana ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak.
Sumber kredit: FB: Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan Harian Metro
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Haji dalah Rukun Islam yang kelima. Ia dilaksanakan hanya di sekitar tanah suci Mekah serta masanya hanya dari 9 hingga 13 Zulhijah. Haji menurut syarak adalah mengunjungi Baitullah (Rumah Allah) di Mekah untuk beribadat ‘manasik’ (tawaf, saie, bergunting) dan wukuf pada waktu serta syarat-syarat tertentu dalam bulan Zulhijah.
Firman Allah SWT: “Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa untuk sampai ke sana. Dan sesiapa yang kufur (ingkar kewajipan haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.” (Surah Al-Imran, ayat 97)
Allah membuka ruang dan memudahkan semua hamba-Nya menziarahi, mendekatkan diri dan bermunajat kepada-Nya serta memohon limpah Rahmat-Nya dan Hidayah-Nya. Ibadat haji adalah satu-satunya peluang keemasan untuk kita mengadap Allah secara lebih dekat.
Ibadat haji hanya diwajibkan kepada Muslim yang berkemampuan dari segi kewangan, kesihatan fizikal dan juga mental.
Kesungguhan wanita warga emas ini pergi menunaikan haji amat dikagumi. Meskipun dia pergi hanya sendiri kerana permohonan rayuan ‘penemannya’ ke Tanah Suci Makkah ditolak. Maka pergilah wanita ini seorang diri.
Ikuti perkongsian berikut.
Salah seorang drpd jemaah kelmarin..wanita yg umurnya hampir atau lebih 60 tahun. Hebatnya dia bila dia bagitahu dia dtg bersendirian sahaja utk melakukan haji ni.
Masa saya menolak makcik ni di quba’ dengan ‘wheel chair’ sempat dia cakap.. “maaf ya nak, menyusahkn kamu”..jawab saya, tak apa makcik, memang tugas kami..”
Pada kami anak muda mungkin itu sahaja bantuan yang kita mampu salurkan dengan tenaga utk duyufurrahman di sini..
Kata makcik tu lagi “tiga orang dah nak tengah tunggu nama utk rayuan hari tu utk teman makcik..Tp bukan rezeki diaorng..rezeki pada makcik..”ini tanggungjwb makcik dgn Allah..kalau makcik tolak tawaran kali ni, belum tentu makcik sempat datang lagi utk tahun akan datang.. Dalam kaca mata, sedang menahan air mata.
TONGKAT HILANG
Tongkatnya baru shj hilang bila tiba di Madinah.. Sbb itu gunakan ‘wheel chair’ semasa ziarah kelmarin..cumanya perlu bantuan org lain utk menolak, jadi dia meminta utk belikan dia tongkat yang baru utk digunakan.
Pada mata kita yang melihat, ianya amatlah berat. Apatah lagi pada mata ahli keluarganya utk melepaskan dia bersendirian di bumi Haramain ini dalam keadaan lautan manusia sedang membanjiri di sini..bagi yang pernah laksanakan haji, mereka dapat gambaran jelas bagaimana himpunan manusia yg cukup dasyat. Tp pada makcik ini cuma ada semangat..padanya ini tanggungjawab antara dia dengan Tuhan.
Cekal jiwanya, yang belum tentu ada pada yg lain termasuk saya. Teringat kata seorang guru..”manusia bila dalam musibah atau kesusahan, mereka ini lebih dekat dengan Allah azza wajal. .mereka dh tak ada siapa lagi dah nk berharap melainkan tawakkal kepada Allah, pasti tawakkal yang ada pada kita berbeza dengan tawakkal yang ada pada dia kepada Allah”..
Moga Allah swt kurniakan makcik ini kekuatan dalam menempuh baki hari yang ada..dalam perlaksanaan ibadah. Moga diterima segala amal ibadahnya..semua kesungguhannya..doakn juga agar diberi kesihatan dan keselamatan. InsyaaAllah amin.
Apabila menerima jemputan majlis perkahwinan kadang-kadang kita akan bawa rakan sebagai peneman. Namun sebenarnya apakah hukumnya membawa rakan yang tidak dijemput ke majlis kenduri.
Ini adalah jawapan dari Ustaz Azhar Idrus…
1) kalau kita dijemput kenduri, kita pergi dengan kawan(kwn kita tak dijemput), kawan kita tu *TIDAK BOLEH* makan sama atas alasan datang dengan kita sebab dia tidak dijemput. jika telah makan bersama padahal kita tidak minta izin dari tuan rumah, *WAJIB BERTAUBAT* dan menggantikan balik harga makanan yang telah kawan kita tu makan.
2) *WAJIB* ganti balik walaupun setelah beberapa lama.. sepatutnya kita beritahu tuan rumah kita ada bawa kawan… bila tuan rumah beri izin baru boleh makan bersama… SUNAT tuan rumah beri izin kepada tetamu yang tidak diundang itu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Soalan yang ditanya oleh hadirin: Apakah hukum makan kenduri di rumah orang kahwin walhal kita tidak dijemput? Tetapi kita makan sehingga kenyang pula. Adakah makanan yang kita makan itu halal atau haram?
JAWAPAN OLEH USTAZ AZHAR IDRUS:
Hukum memakan makanan di majlis kenduri kahwin tanpa diundang diibaratkan seperti pencuri. Di dalam kitab Feqah, dalam bab walimah ada menyebut mengenai perkara ini iaitu siapa yang tidak dijemput, *haram* dia makan makanan di majlis tersebut. Tetapi hukum tidak haram pula adalah jika kita sekadar datang di majlis tersebut.
Jika kita makan tanpa diundang maka kita *wajib bertaubat dan membayar semula kepada tuannya*. Hal ini kerana golongan ini dipanggil pencuri. Untuk memudahkan lagi, teruslah berjumpa dengan tuan majlis tersebut untuk meminta maaf dan menyatakan kesalahan yang telah kita lakukan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota Jemari: Marilah kita sebarkan dan kongsi maklumat ini bersama-sama. Wallahualam.
SOALAN LAIN:
1) Betulkah haram jika kawan yang di ajak pergi bersama makan makanan di kenduri tersebut?
2) Jika bawa anak-anak, adakah haram juga makanan2 kenduri itu untuk dimakan?
JAWAPAN:
Apa yang disebutkan oleh Ustaz Azhar Idrus itu benar.
Ini berdasarkan hadis berikut:
عن أَبي مسعود البَدْريِّ – رضي الله عنه – ، قَالَ : دعا رَجُلٌ النَّبِيَّ – صلى الله عليه وسلم – لِطَعَامٍ صَنعَهُ لَهُ خَامِسَ خَمْسَةٍ ، فَتَبِعَهُمْ رَجُلٌ ، فَلَمَّا بَلَغَ البَابَ ، قَالَ النَّبيّ – صلى الله عليه وسلم – : (( إنَّ هَذَا تَبِعَنَا ، فَإنْ شِئْتَ أنْ تَأْذَنَ لَهُ ، وَإنْ شِئْتَ رَجَعَ )) قَالَ : بل آذَنُ لَهُ يَا رَسُولَ الله . متفقٌ عَلَيْهِ .
Daripada Abu Mas’ud al-Badri r.a, seorang lelaki menjemput Nabi s.a.w untuk makanan yang telah dia sediakan untuk lima orang. Seorang lelaki turut mengikut mereka. Apabila sampai di pintu rumah, Nabi s.a.w berkata: Sesungguhnya lelaki ini mengikut kami, seandainya engkau mahu, engkau boleh izinkan dia. Jika engkau mahu, dia boleh pulang. Tuan rumah pun berkata: Aku izinkannya ya Rasulullah. [Muttafaq ‘Alaih].
Daripada hadis ini menunjukkan bahawa kita perlu meminta izin kepada tuan rumah. Sewajarnya permohonan keizinan itu dipohon sebelum membawa teman yang tidak dijemput. Jika sudah dibawa bersama, pasti tuan rumah berat hati untuk berkata tidak sedangkan teman tidak dijemput sudah ada di situ.
Kita kena menghormati tuan rumah, boleh jadi dia menyediakan makanan sekadar cukup untuk jemputan.
Begitu juga, kita tidak tahu adakah tuan rumah suka atau tidak individu yang kita bawa tersebut.
Hormatilah hak tuan rumah.
Dalam kes membawa anak-anak, kebiasaannya jemputan itu memang untuk sekeluarga, jadi tiada masalah.
Tidak dinafikan kuasa doa amatlah hebat. Magisnya mampu memperkenankan setiap permintaan dan harapan seorang hamba kepada penciptaNya. Di bulan Ramadan yang mulia ini, ayuh kita rebut peluang untuk berdoa kepada Allah agar diperkenankan permintaan kita.
Saya bisik pada bidadari saya… Selamat menyambut Ramadhan sayang. Terima kaseh tau sebab sentiasa doakan abang. Syukur tak sabar esok malam dah tarawih. Tibalah saat Allah nak beri kita hadiah tak berhenti-henti. Baiknya Allah..maha baik.. Dah terasa sejuk dan tenang Ramadhan. Ya Allah terima kaseh.
Bidadari saya sebak..dia kata terima kaseh abang sayang dan bimbing saya selama ini…dia cium tangan..sebak rasa..kita cuma orang biasa dan bukan sesiapa tapi dia pilih kita lagi..untuk bersama dalam bulan Ramadhan. Kenal dan sebut namaNya..
Peluk cium anak-anak. Selamat menyambut bulan yang dinantikan anak-anak ayah..anak mencelah ayah. Bestnya kalau kita lapar kerana Allah. Sebab Allah sangat baikkan ayah? Dia bagi semua. Bestnya kita dapat belajar sayang pada orang miskin dan anak yatim. Teringat Nabi saw lapar dan susah demi agama sampai pada kita..bestnya dapat buka puasa ramai-ramai..
Ya Allah….Malam Ramadhan saat pintu langit dibuka. Doa dimakbulkan oleh Allah. Pintu syurga dibuka. Pintu neraka ditutup. Syaitan diikat. Kita semua ingin diampunkan oleh Allah. Rezeki orang beriman bertambah.terimaKasehAllah
Doa kita makbul…Doa itu ajaib..
2 waktu jangan terlepas berdoa
Kejut isteri dan anak-anak bersahur. Kerana sahur itu berkat.
Selepas itu ajak semuanya solat tahajud 2 rakaat. Doa panjang-panjang. Doa dari hati dengan rendah diri dan faham apa yang di doakan. Solat Subuh berjemaah di masjid dan pastikan jaga solat Fardhu sepanjang hari.
Baca Al-Quran sama-sama.
Setiap ayat kita baca mak ayah kita akan naik tingkat demi tingkat dalam syurga. Tempat terakhir mak ayah kita ialah tempat terakhir bacaan Al-Quran kita.
Hadiahkanlah syurga paling tinggi buat mak ayah. Dalam syurga, Mak ayah kita diberi mahkota yang bercahaya dan pakaian yang lebih mahal dari dunia. Bila ditanya kenapa kami diberi pakaian ini. Diberitahu ini kerana bacaan Al-Quran anak kamu.
Bawalah isteri dan anak-anak sama-sama baca Al-Quran. 1 hari 1 juz. Baca Al-Quran sebelum Subuh. Jikalau orang tahu nilai baca al-Quran sebelum Subuh. Rasanya..Kesannya..Allahuakbar.
Keduanya jangan lupa banyak berdoa terutama sebelum berbuka. Sebelum masuk waktu Maghrib. Doalah panjang-panjang. Mintalah apapun. Allah pasti kabulkan.
Teringat semasa di sebuah masjid berbuka puasa.
Ribuan orang berbuka puasa. Kami beberapa dulang orang Malaysia. Biasanya sebelum berbuka lebih kurang 15 minit kami berdoa bersama-sama sehingga berbuka puasa. Doa ketika siang dan malam buka puasa makbul. Alhamdulillah masih amalkan sehingga hari ini.
Saya berdoa tapi sambil senyum-senyum sebab nampak makanan banyak. Budak-budak lagi.
Tiba-tiba saya nampak jemaah dan pelajar Indonesia mereka cuma ada sedikit makanan dan kurma cuma 2 dulang. Mereka semuanya menangis semasa berdoa. Sambil tersedu-sedu.
Malamnya saya tanya pada mereka kenapa menangis. Jawab mereka syukur dengan nikmat Allah dan teringatkan Nabi SAW dan keluarga Nabi SAW lapar demi kerana Allah dan sehingga jadi sebab kita semua dapat Islam. Kami menangis bersama-sama.
Ramadan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam kerana dipenuhi dengan keberkatan dari Allah SWT.Pada bulan ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga dan ditutup...