
Solat sunat tarawih semakin menghampiri penghujungnya. Pasti ramai rindu untuk melakukan ibadah yang hanya muncul setahun ini.
Di bandar Acheh, viral kemerduan suara seorang remaja, Muhammad Syauqi Dibran Pratama yang menjadi imam solat tarawih termuda di Bandar Acheh. Lebih membuatkan nama anak muda ini menjadi sebutan adalah hafalan Al-Qurannya sangat sempurna.
Ini bukan kali pertama dirinya menjadi imam solat tapi sudah beberapa tahun sebelum ini lagi dan dirinya sering dijemput menjadi imam tarawih di beberapa buah masjid.
Pada usianya 16 tahun, di saat ramai anak muda ada telefon bimbit sendiri, Dibran tidak pernah memiliki telefon pun. Malah apa yang berlaku di media sosial langsung tidak diketahuinya, bimbang hafalan Al-Qurannya rosak.
Kesuksesan Dibran menjadi penghafal Al-Quran 30 juz dan imam solat terdidik dari keluarganya yang sangat mementingkan Al-Quran dalam kehidupan mereka.
Dirinya mula dikenali selepas Doktor Zaidul Akbar juga pendakwah dan doktor perubatan terkenal di Indonesia memuat naik kisah adik Dibran di media sosialnya.
Kata pendakwah ini, imam muda dan hafiz ini merupakan seorang pemuda yang sangat dekat dengan Al-Quran.

“Indahnya hidup seseorang yang dekat dengan Al-Quran. Ini kerana mendampingi Al-Quran maka Al-Quran akan menjawab semua urusan dan masalah dalam hidup seseorang.
“Semoga kita dimudahkan Allah untuk semakin dekat dengan Al-Qur’an dan kitab ini benar-benar menjadi darah daging dalam diri kita di penghujung Ramadan ini,”tambah doktor terkenal ini.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Alhamdulillah, Ujian Swab Tak Batalkan Puasa – Ini Penjelasan Mufti Perlis

Nampaknya hari Jumaat ini insyaAllah kita akan menyambut Ramadan nan mulia. Dan kali ini kelainannya kita akan memyambut dalam keadaan negara masih berdepan wabak COVID-19.
Dan pastinya selagi masalah ini tidak selesai selagi itulah kita akan terus melakukan ujian saringan swab jika mempunyai tanda-tanda kepada masalah diserang virus ini.
Ramai bertanya bagaimana dengan situasi kita jika melakukan ujian berkenaan sewaktu berpuasa, adakah akan membatalkan puasa berkenaan.
Jawatankuasa Fatwa Perlis hari ini memutuskan ujian swab yang dilakukan bagi menyaring individu terbabit kes COVID-19 tidak membatalkan puasa bagi orang Islam yang sedang berpuasa.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata dua kaedah yang ketika ini diguna petugas Kementerian Kesihatan untuk melakukan ujian berkenaan didapati tidak membawa gambaran sebagai makan dan minum.
Katanya, kaedah memasukkan peralatan khusus ke dalam rongga hidung dan belakang anak tekak pada kadar dalaman tertentu didapati bukan tindakan makan dan minum sehingga membatalkan puasa.
“Maka puasa individu sah secara yakin tidak boleh dianggap batal hanya kerana timbul sesuatu yang syak atau wujud sesuatu andaian.
“Malah alasan memasukkan sesuatu ke al-jauf (rongga dalam) sebagai sebab pembatalan puasa turut menimbulkan perbezaan pendapat yang luas dalam kalangan ulama mazhab.
“Pandangan yang menguatkan ujian swab tidak membatalkan puasa adalah bertepatan dengan pandangan sebahagian ulama Hanafi kerana syarat bagi sesuatu yang masuk ke rongga dalam mestilah bersifat kekal di dalamnya (rongga) serta tidak mempunyai sambungan dengan alatan lain di luar badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Asri berkata, di dalam al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami sudah menyenaraikan beberapa isu dan mekanisma di dalam bidang perubatan yang diklasifikasikan sebagai tidak membatalkan puasa.

“Ini (perkara tidak membatalkan puasa) termasuk perbuatan memasukkan ‘gastroscope’ (teropong perut) ke dalam perut tanpa sebarang bendalir atau seumpamanya.
“Maka demikian, sepatutnya ujian swab yang hanya membabitkan proses memasukkan alat khusus ke dalam rongga hidung atau mulut bagi mendapatkan sampel yang diperlukan lalu dikeluarkan semula juga tidak membatalkan puasa,” katanya lagi.
SUMBER: FACEBOOK MUFTI PERLIS
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
10 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Mengambil Wuduk

Wuduk atau wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh digantikan dengan tayammum.
Pengertian wuduk pada syarak adalah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.
Dalil Al-Quran tentang berwuduk.
Firman Allah S.W.T:-
“ Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali … “ – (Surah Al-Maa’idah: 6)
عَنْ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ دَعَا بِإِنَاءٍ فَأَفْرَغَ عَلَى كَفَّيْهِ ثَلَاثَ مِرَارٍ فَغَسَلَهُمَا ثُمَّ أَدْخَلَ يَمِينَهُ فِي الْإِنَاءِ فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثًا وَيَدَيْهِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ ثَلَاثَ مِرَارٍ ثُمَّ مَسَحَ بِرَأْسِهِ ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ ثَلَاثَ مِرَارٍ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ثُمَّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَا يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Dari Usman bin Affan, berwuduk itu ialah meletakkan air ke atas dua telapak tangan tiga kali, lalu membasuh keduanya, kemudian memasukan tangan kanannya di wadah, lalu berkumur, kemudian membasuh wajahnya 3 kali dan kedua tangannya beserta kedua sikunya 3 kali, kemudian mengusap kepalanya, kemudian membasuh kedua kakinya 3 kali beserta kedua mata kakinya, kemudian berkata:” Rasulullah SAW telah bersabda :” Barang siapa berwuduk seperti wudukku ini kemudian solat dua rakaat seraya tidak berkata-kata hatinya, maka diampuni dosa yang telah dilakukannya”. HR Bukhari no 158
Lalu apakah kesalahan umum dalam berwuduk?
Pertama, Tidak membaca “bismillah”
Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidak sempurna wuduk seseorang yang tidak membaca bismillah.” (HR. Ahmad)
Kedua, tidak sempurna membasuh anggota wuduk
Tidak sempurna dalam membasuh anggota wuduk akan mengakibatkan sebahagian anggota wuduk tidak terkena air. Imam al-Bukhari rahimahullah meriwayatkan:-
Dari Muhammad bin Ziyad, dia berkata:’Aku mendengar Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu -saat itu beliau melewati kami, dan orang-orang sedang berwuduk-: ”Sempurnakanlah wuduk kalian, sesungguhnya Abul Qosim (Rasulullah) shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “celakalah tumit-tumit (yang tidak terbasuh air ketika berwuduk) dari api neraka”
Dan dari Khalid bin Mi’dan dari sebahagian isteri-isteri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
”Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melihat seorang laki-laki yang solat sedangkan di belakang kakinya terdapat bahagian tidak terkena air sebesar ukuran wang dirham,maka Nabi menyuruhnya untuk mengulang wuduknya.” (HR. Imam Ahmad dan Abu Dawud menambahkan:” dan (mengulang) solat”)
Al-Atsram berkata: ”Aku bertanya kepada imam Ahmad: ’hadis ini sandanya jayyid (bagus)?’ Beliau menjawab: ’jayyid.’
Imam asy-Syaukani rahimahullah berkata tentang hadits ini: ”Hadis ini menunjukkan wajibnya mengulang wuduk dari awal, bagi orang yang yang meninggalkan membasuh anggota wuduknya sekalipun sekecil apa yang disebutkan dalam hadis.”
“Barang siapa yang menyempurnakan wuduk sebagaimana yang Allah perintahkan, maka solat-solat wajib (yang lima) adalah penghapus dosa (yang terjadi) di antaranya”
Ketiga, Membasuh anggota wudhu lebih dari 3 kali
Ini adalah was-was dari godaan syaitan kerana Nabi tidak pernah membasuh anggota lebih dari tiga kali sebagaimana dinyatakan dalam sohih Al-Bukhari kerana rasa was-was itu godaan syaitan.
Keempat, boros dalam penggunaan air
Sifat ini terlarang berdasarkan firman Allah Ta’ala-:
“Dan janganlah kalian berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan”. (QS. Al-An’am: 141 dan Al-A’raf: 31)
Rasulullah turut bersabda mengenainya:“Janganlah kalian boros dalam (penggunaan) air”, maka beliau (Sa’ad) berkata, “Apakah dalam (masalah) air ada pemborosan?”,
Baginda bersabda, “Iya, walaupun kamu berada di sungai yang banyak airnya”. Riwayat Ahmad.
Kelima, menyebut nama Allah di dalam tandas atau masuk ke dalamnya dengan membawa sesuatu yang di dalamnya terdapat zikir kepada Allah
Ini adalah hal yang makruh maka sebaiknya bagi seorang muslim untuk menjauhinya. Dari Ibnu ‘Umar -radhiallahu ‘anhuma- beliau berkata:
“Ada seorang lelaki yang berlalu sementara Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wasallam sedang membuang air kecil. Maka orang itu pun mengucapkan salam tapi Nabi tidak membalas salamnya”. Riwayat Muslim.
Hal ini kerana menjawab salam adalah termasuk zikir.
Keenam, beristinjak (mencuci dubur) setelah buang angin (kentut)
Tidak ada istinjak ketika kentut, istinjak hanya pada kencing dan buang air besar, maka tidak disyariatkan bagi orang yang kentut untuk beristinjak sebelum berwuduk sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian orang kerana dalil-dalil syariat tidak ada yang menjelaskan akan istinjak dari kentut. Yang ada hanyalah penjelasan bahwa kentut adalah hadas yang mengharuskan wuduk dan segala puji hanya milik Allah atas kemudahan dari-Nya.
Imam Ahmad -rahimahullah- berkata, “Tidak terdapat dalam Al-Kitab, tidak pula dalam sunnah Rasul-Nya adanya istinjak dalam kentut. Yang ada hanyalah wuduk”. [Al-Minzhar fi Bayan Al-Akhtha` Asy-Syai’ah karya Asy-Syaikh Saleh bin Abdil Aziz Alu Asy-Syaikh]

Ketujuh, tertidur kemudian tidak mengambil wuduk kembali
Sebahagian orang tertidur di masjid, kemudian apabila iqamat berkumandang, dirinya dibangunkan oleh orang di sebelahnya lalu terus bersolat tanpa berwuduk kembali. Hukumnya, orang yang tertidur perlu mengambul wuduk semula.
Kelapan, meninggalkan istinsyaq dan istintsar
Sebelum menunaikan solat, umat Islam perlu berwuduk terlebih dahulu.
Antara sunnah dalam berwuduk yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW ialah istinsyaq iaitu menyedut air ke dalam hidung bagi mencuci rongga hidung.
Sebagaimana yang kita perlu yakini, setiap sunnah Nabi Muhammad SAW adalah baik untuk kita, maka harus kita ikuti.
Daripada Abu Hurairah r. a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika salah seorang di antara kalian berwuduk, maka hendaklah ia menghirup air ke lubang hidungnya (intinsyaq), lalu ia keluarkan (istintsar).” (Riwayat Muslim, no. 237)
Kesembilan, membasuh leher dianggap wajib
Ia adalah kebiasaan dilakukan oleh kita semua sedangkan ia tidak diwajibkan atau disyariatkan.
Kesepuluh, berdoa pada saat membasuh anggota wuduk
Imam an-Nawawi berkata, “Doa-doa ini iaitu doa-doa pada saat membasuh anggota wuduk tidak disyariatkan”
Dalam fatwa Lajnah Daimah no. 2588 dikatakan, “Tidak ada doa dari Nabi SAW pada saat membasuh dan mengusap anggota wuduk. Cuma kita disarankan membawa Bismillah di awal wuduk dan di akhirnya ditambah dengan doa ini.
“Ya Allah jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bersuci.”
Sumber : Ummi.Online
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Sebak Lihat Jemaah Berdoa Sambil Menangis Dapat Solat Di Masjid Nabawi, Yang Dibuka Semula Sejak Subuh Semalam

Jika sebelum ini kerajaan Arab Saudi telah menutup dua masjid iaitu Masjidil Haram di Kota Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah kepada semua jemaah disebabkan penularan wabak pandemik Covid-19.
Dan sejak dua hari lalu kerajaan Arab Saudi mengumumkan Masjid Nabawi di Madinah akan dibuka semula kepada orang ramai secara berperingkat bermula semalam.
Semalam pula melalui akaun laman sosial twitter Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah muat naik posting dengan muat naik beberapa keping foto umat Islam sedang menunaikan solat Subuh di sana.
Dalam foto berkenaan, kelihatan beberapa lelaki menangis sambil menadah tangan berdoa sebagai tanda bersyukur di atas pembukaan masjid yang menjadi kebanggaan umat Islam di seluruh dunia ini.
Malah warganet turut memberi komen yang sangat positif. Rata-rata juga turut bersyukur dengan pembukaan semula masjid Nabawi ini setelah hampir beberapa bulan ditutup kepada jemaah.

Berdasarkan laporan Arab News, masjid di serata negara itu, kecuali di Makkah, akan membuka ruangnya semula kepada jemaah sebagai sebahagian daripada langkah melonggarkan perintah berkurung yang dikuat kuasakan bagi membendung penularan COVID-19.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI