Selain ayam, daging juga adalah salah sumber protein yang baik untuk badan. Biasanya daging akan dimasak kari atau kurma, tetapi kali ini apa kata kita cuba menyediakan masakanfusion paling popular dan pastinya digemari seisi keluarga.
Hidangan jadi pilihan hari ini adalah daging black pepper untuk sajian berbuka hari ini. Bahannya selain daging, paling penting adalah sos black pepper tidak kisah apa jenama.
Cara memasaknya juga cepat dan boleh disediakan walaupun di saat akhir sebelum berbuka puasa hari ini.
Air tangan ini pastinya akan menambat perut suami serta ahli keluarga lain yang gemar makan air tangan kita sendiri.
Daging Black Pepper Berapi
Daging Black Pepper Berapi
1/2 kg daging dipotong nipis
3 sudu besar sos black pepper
Ads
2 sudu besar bawang besar+putih blend
2 sudu kecik serbuk black paper
Garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
Ads
1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara-cara :
kacau bahan semua sehingga sebati ..Gaul semua bahan
Tambahkan dengan air..Tutup kuali dgn penutup dan biarkan daging tu empuk
Ads
Bila daging dah kering macam tu, masukkan bawang besar dan halia yg di mayang, cili padi, terpulang sama ada korang nak potong atau letak sebiji2 mcm tu cili padi.
Step 1 – Gaul Sebati
Step 2 – Perap Seketika
Step 3 – Dimasak Sekaligus
Step 4 – Masukkan Bahan Hiasan & Hiris
Kredit: Resepi Orang Kampung
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bagi yang pernah ke Sabah khususnya di kawasan Semporna, pasti mengenali masyarakat Bajau Laut. Keunikan memilih tinggal di atas laut dengan keadaan rumah yang dindingnya agak uzur pasti mencetuskan rasa simpati dan timbul keinginan membantu mereka.
Kanak-kanak yang majoritinya tidak pergi ke sekolah selain timbulnya isu tidak memiliki kewarganegaraan mengakibatkan masyarakat di sini agak terpinggir selain mereka mengamalkan budaya hidup nomad. Malah isu mengenai kewarganegaraan masyarakat ini bukan isu baru sebaliknya sudah bertahun-tahun.
Sesuai dengan perkongsian Ustaz Ebit Lew yang membantu mensyahadahkan penduduk empat buat kampung membuatkan masyarakat menzahirkan rasa syukur kerana semakin ramai saudara seislam kita.
Namun satu perkongsian dari Ustaz Abu Muhammad Al Izz memaklumkan bahawa “ kehidupan masyarakat” Bajau Laut ini majoritinya sudah beragama Islam haslil usaha Ngo, gerakan dakwah yang menyebarkan agama namun biasanya mereka akan kembali mengucap dua kalimah syahadah jika menerima sesuatu. Apa pun kita mengharapkan ucapan syahadah yang diucapkan benar-benar meresap di hati selain mendapat bimbingan berterusan menerusi usaha dakwah bagi masyarakat ini.
Bacalah perkongsian dari Ustaz Abu Muhammad Al Izz di fbnya.
Bila dengar Ustaz Ebit Liew dan team datang ke Sabah terutamanya ke Semporna dan "mengislamkan sekampung" group wassap kami rasa gembira. Kerana hasil sumbangan dana dari masyarakat beliau terus dan tetap agihkan kembali kepada masyarakat yang memerlukan. Kredit kepada para penyumbang dana dalam dakwah amal ini.
Kami sebenarnya tidak terkejut.
Ramai yang mungkin tidak tahu tentang pola kehidupan Bajau Laut (Palaoh) di Semporna ini. Orang Sabah terutamanya di Pantai Timur Sabah terutamanya di kawasan Kunak, Semporna, Lahad Datu tahu sangat tentang kehidupan Palaoh ini.
Sebelum kedatangan Ust. Ebit Liew dan team, sudah banyak NGO, individu yang datang ke Semporna dalam misi dakwah. Sehinggakan didirikan surau, dihantar guru agama sebagai tenaga pengajar untuk masyarakat sana. Semenjak PKP, kerja dakwah tergendala di kawasan tersebut.
Tentang pengislaman satu kampung tu, sebenarnya majoriti mereka semua memang beragama Islam. Cumanya mereka masih kurang memperaktikkan hidup beragama. Antara sebabnya mereka ini hidup di atas laut. Tidak suka di darat.
Mereka jenis mencari rezeki dari sumber laut kemudian jual kepada orang di darat dan juga ihsan dari para pelancong yang datang ke Semporna. Siapa yang pernah pergi melancong di Semporna pasti akan merasa "dikerumuni bot" mereka oleh Palaoh ini untuk diberikan ihsan makanan.
Kembali pasal pengislaman. Masyarakat palaoh ini jenis suka guna taktik dan kaedah yang sama untuk meraih simpati dari orang ramai supaya diberikan "gula²". Kedatangan UEL ni bagi masyarakat Palaoh sama sahaja dengan pendakwah yang lain datang.
Kamu bagi mereka "gula²", mereka akan bersyahadah kembali. Begitu saja berulang dan berulang.
Kerajaan bukan tidak membantu mereka dari segi pendidikan, perubatan dan kebajikan, tapi masyarakat Palaoh sendiri yang memilih cara hidup seperti yang kita lihat hari ini. Hari ini mereka sudah ramai berkeliaran di jalan raya di bandar besar Sabah mengemis meminta duit di trafic light. Dengan cara menggendong anak kecil untuk simpati. Bukan hanya kanak-kanak malah orang dewasa juga terlibat sama.
Apapun, kredit kita berikan kepada UEL dan team dan juga badan² NGO, individu atas usaha dakwah yang mereka lakukan di Sabah ini. Teruskan buat kerja amal.
Sesungguhnya hidup kita di dunia ini adalah untuk diuji. Tujuannya ialah mengukur sejauh manakah tahap iman dan kesabaran yang ada pada diri seseorang itu. Sifat sabar yang ada pada diri seseorang itu menjadikan diri lebih kuat dan tabah.
Ya! Sabar itu mudah disebut di bibir tanpa menghadirkan rasa simpati yang tinggi dalam hati. Tanpa disedari, sabar itu sebenarnya suatu sifat yang menuntut kepada mujahadah dan ketahanan pada aras tinggi.
Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :
“Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka itu adalah kebaikan baginya.” (HR Muslim No: 2999)
Pengajaran:
1. Setiap Mukmin yang sempurna keimanannya akan sentiasa mendapat kebaikan dalam urusannya kerana dia sentiasa bersyukur. Manakala apabila ditimpa kesusahan dia bersabar dengan ujian tersebut kerana dengan kesabaran itu dapat menaikkan kedudukannya serta dianugerahkan pahala tanpa batasan daripada Allah SWT.
2. Seseorang yang tidak beriman akan ditimpa musibah kerana hatinya sentiasa keluh kesah, jiwa yang selalu meronta dan terseksa. Hati sentiasa dipenuhi perasaan hasad dengki, kemarahan dan memberontak. Tidak reda walaupun telah banyak diberikan pelbagai nikmat kerana dia tidak bersabar di atas musibah tersebut.
3. Pentingnya sifat syukur apabila seseorang mendapat kebaikan dan bersabar apabila ditimpa musibah kerana ianya menjadikan seseorang itu sebenar-benar Mukmin tetapi amatlah sedikit dalam kalangan hamba yang diberikan dua sifat ini. Justeru taufik dan hidayah Allah SWT amat diperlukan untuk meraih anugerah ini kerana sifat syukur dan sabar itu adalah sebaik-baik nikmat.
Ayuh kita usahakan agar memiliki sifat SYUKUR dan SABAR dalam hidup ini.
Sumber: Imam Muda Azlan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Masih tercari-cari menu petang ini untuk disajikan buat seisi keluarga, apa kata kita hidangkan kek majerin yang bukan saja bahannya mudah didapati tetapi juga senang untuk dibuat.
Hanya menggunakan bahan dapur sedia ada dan paling penting kena ikut cara membuat dengan betul.
Resipi yang diajar ini juga tidak perlu pakai penimbang, hanya guna sukatan cawan dan hasilnya memang menjadi.
Elok disajikan dengan secawan kopi panas dan boleh dimakan usai solat Asar berjemaah bersama keluarga.
Mudah jek wat kek majerin nie. Kite blander jek n bako.. jom wat sendiri hehehe
Resepi Kek marjerin
1cwn gula halus 1cwn marjerin pelangi 1cwn tpng gndum 1sudu kecil baking powder 3biji telur 1sudu kecil esen vanilla
1. Pukul gula dgn marjerin jd putih Dan sebati 2. Msukkn telur sebiji Demi sebiji..pkul bg rata kemudian Msukkn tepung,esen vanilla Dan baking powder 3. Pukul smpi sebati kemudian Msukkn dlm loyang 4. Bakar suhu 160°slma 35 minit(ikut oven masing2)
Kredit: Juraida Shukor
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?