Resipi Guna 2 Bahan Saja, Sejukkan & Boleh Terus Nikmati Biskut Almond Cluster Ini. Confirm Jadi Rebutan Syawal Nanti!

Share

Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga pertengahan Mei ini ini kita mempunyai banyak masa terluang.

Selain melakukan amal ibadah yang digalakkan, kita juga sebenarnya boleh membuat biskut raya sendiri.

Bukan sahaja selamat, tetapi lebih jimat dan paling penting dapat merapatkan tali silaturrahim dengan ahli keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Cara Mudah Resipi Biskut Lejen, Cornflakes Crunchy Yang Sedap

Syawal Nanti

Tidak perlu membuat biskut raya yang susah, cukup sekadar resipi mudah diikuti. Salah satunya adalah membuat biskut Almond Cluster yang hanya menggunakan dua bahan sahaja.

Ayuh ikuti perkongsian resipi dari wanita ini Sabariah Sareh Saad di laman sosial Facebook

“Hari ni nak share resepi biskut raya paling top tahun lepas.Paling senang dan bila kunyah eah dah habis Tahun lepas kami juai biskut ni tak sampai seminggu je kot dapat order lebih 50balang.Konsep dia mudah jangan kedekut badam dan coklat je bagi nisbah 1:0.5.

Coklat bila cair dia jadi banyak so amik mudah.500gram coklat dan 1kg badam tersalut sama banyak.Jom kita tengok cara buat.

Almond Cluster Covid 19

Bahan2:

Badam cincang -1kg

Coklat coin Beryls (coklat susu) -500gram

(Anggaran dapat 5-6balang)

Cairkan coklat Beryls sorry lupa nk snap gambar plastik tu.korang gugel je la.

Cara buat:-

1-Bakar badam bagi rangup.Bakar ni ikut oven masing2 la.Pastikan badam tu kekuningan dan rangup je bukan hangit.Masa bakar pastikan semua badam kena haba oven tu.Nak sangai pon bole ikut tahap rajin masing2

2-Cairkan coklat guna teknik double boil senang je.Bila dah cair sejukkan jap je pastu gaul dengan badam tapi bagi salut semua.

Badam tu dah bakar sorry lupa snap masa bakar

3-Sudukan ikut saiz bebas suka hati korang la nak besar mana. Sejukkan seketika kemudian sejukkan dalam peti air chiller untuk cepatkan coklat tu mengeras hihi

Dah gaul sudukan camni mmg dia cluster gini

Selamat mencuba

Published by
Siti Zurina Mat Saman