Masih tercari-cari menu petang ini untuk disajikan buat seisi keluarga, apa kata kita hidangkan kek majerin yang bukan saja bahannya mudah didapati tetapi juga senang untuk dibuat.
Hanya menggunakan bahan dapur sedia ada dan paling penting kena ikut cara membuat dengan betul.
Resipi yang diajar ini juga tidak perlu pakai penimbang, hanya guna sukatan cawan dan hasilnya memang menjadi.
Elok disajikan dengan secawan kopi panas dan boleh dimakan usai solat Asar berjemaah bersama keluarga.
Mudah jek wat kek majerin nie. Kite blander jek n bako.. jom wat sendiri hehehe
Resepi Kek marjerin
1cwn gula halus
1cwn marjerin pelangi
1cwn tpng gndum
1sudu kecil baking powder
3biji telur
1sudu kecil esen vanilla
#sy guna mixer
1. Pukul gula dgn marjerin jd putih Dan sebati
2. Msukkn telur sebiji Demi sebiji..pkul bg rata kemudian Msukkn tepung,esen vanilla Dan baking powder
3. Pukul smpi sebati kemudian Msukkn dlm loyang
4. Bakar suhu 160°slma 35 minit(ikut oven masing2)
Kredit: Juraida Shukor
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Tragedi Ramadhan, Panglima Tentera Nasional Indonesia Sahkan 53 Anak Kapal KRI Nanggala- 402 Meninggal Dunia
Jika sebelum ini ahli keluarga serta orang ramai mengharapkan keajaiban terjadi di mana krew KRI Nanggala 402 ditemui hidup tetapi nampaknya ia berakhir dengan air mata. Ini kerana kesemua 53 orang krew kapal selam disahkan meningggal dunia di dasar laut.
Hal ini disahkan oleh Panglima Tentera Nasionak Indonesia, Hadi Tjahjanto yang mengesahkan kejadian ini dalam sidang media petang tadi.
“Dengan kesedihan yang mendalam,selaku Panglima TNI saya mengatakan 53 anak kapal KRI Nanggala 402 telah gugur. Malah beberapa barang bukti dari rakaman video mengesahkan ia milik anak kapal ini termasuk baju keselamatan.
“Semoga kami dapat meneruskan perjuangan wira-wira ini sebagai perajurit tentera terbaik Indonesia,” sambungnya.
Kapal selam KRI Nanggala -402 ini mulai dikesan hilang pada pagi Rabu jam 3.46 minit pagi kerana mereka sepatutnya menjalani latihan ketenteraan tetapi tiada respon dari anak kapal. Ramai menduga ia terputus bekalan eletrik dan apa yang menakutkan bekalan elektrik hanya mampu bertahan 72 jam sahaja sehingga semalam. Namun Allah lebih sayang kerana kesemuanya pergi di bulan Ramadhan yang mulia ini disaat sedang mempertahankan negara tercinta, Indonesia.
Kapal hanya mampu pergi kedalaman 250-500 meter sahaja tapi…
Mengikut spefikasi kapal selam buatan Jerman ini, ia hanya mampu pergi ke dalaman 250 ke 500 meter sahaja namun saat badan kapal selam ini ditemui, ia berada pada kedalaman 850 meter. Hal ini mengakibatkan tekanan demi tekanan lautan di dasar laut membawa kepada keretakan besar pada badan kapal ini. Tak hairan dalam usaha mencari banyak barangan ditemui termasuk pelancar terpedo termasuk sejadah dan barang lain.
Apa pun, sama-sama kita bacakan Al Fatihah buat kesemua perajurit yang terkorban ini. Moga Allah merahmati mereka dunia dan akhirat.
Sumber : Kompas.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Bab Hubungan Intim Tak Boleh Dibincang Secara Terbuka.’ Layan Suami Umpama Pelacur Menyimpang Syarak
‘Bab hubungan intim tak boleh dibincang secara terbuka.’ Layan suami umpama pelacur menyimpang syarak, perkara ini bukan ajaran Islam yang sebenar.
Isteri mana boleh disamakan dengan pelacur. Isteri adalah wanita dihalalkan melalui akad nikah, tidak layak jika dikasari atau didekati dengan kekerasan.
Artikel Berkaitan:
Bab Hubungan Intim
Memetik laporan Harian Metro, seorang wanita didakwa menyebarkan fahaman menyimpang daripada syarak berkaitan perhubungan suami isteri serta menggunakan platform kumpulan Telegram untuk menyebarkan dakyah berkenaan.
Difahamkan, wanita itu menggunakan platform Telegram sebagai medium utama penyebaran fahaman berkenaan dan ia disedari sejak beberapa minggu lalu.
Antara dakyah yang dipromosikan oleh wanita itu adalah menyuruh suami merogol isteri serta melayani suami umpama pelacur.
Selain itu, terdapat kiriman di dalam kumpulan Telegram berkenaan yang menyuruh suami untuk menyakiti isteri mereka bagi yang enggan melayani ‘hajat’ si suami.
Tak Boleh Dibincang
Dakyah terbabit menggunakan agama kononnya menyuruh si isteri melayani hajat suami tidak mengira masa dan keadaan.
Wanita itu juga mempunyai kumpulan di platform Telegram yang mempunyai mengikut lebih 24,000 dan difahamkan terdapat satu lagi kumpulan di platform sama namun bagi individu berminat perlu membayar suatu harga ‘keahlian’ untuk diterima masuk.
Admin kumpulan berkenaan banyak berkongsi tentang tip hubungan suami isteri namun dalam perspektif yang lebih ekstrem.
Ia termasuk membenarkan si suami merogol isteri mereka bagi yang enggan bersama malah menggalakkan suami untuk menyakiti isteri kononnya sebagai bentuk pengajaran kepada yang enggan menuruti kehendak suami.
Namun semalam, wanita itu tampil memohon maaf kepada semua atas keterlanjuran sikapnya. Wanita tersebut melalui satu hantaran di Facebooknya menjelaskan, dia memohon maaf kerana perkongsiannya yang melampau itu telah menimbulkan kekecohan.
Secara Terbuka
Manakala, menurut Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Dr Zamihan Mat Zin, kumpulan berkenaan jelas menggunakan topeng Islam kononnya mahu mengajar wanita menjadi isteri terbaik namun dalam kerangka kefahaman yang salah.
“Ini adalah bentuk penderaan fizikal serta seksual kepada isteri atas nama ketaatan sedangkan ia sangat jauh menyimpang daripada maksud sebenar yang sudah digariskan di dalam Islam.
“Saya sangat mengharapkan pihak Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) melaksanakan siasatan dengan segera termasuk memanggil wanita serta pentadbir kumpulan berkenaan.
“Difahamkan juga wanita yang menyebarkan dakyah itu melakukan video siaran langsung di media sosial (Facebook) dan kefahaman ekstrem ini perlu dibendung di peringkat awal,” katanya.
Tambah Zamihan, kefahaman wanita ini jelas terlalu menyimpang dan berdasarkan pemerhatian dalam kumpulan berkenaan, banyak kefahaman yang tidak mencerminkan hakikat sebenar.
Layan Suami
Pada masa sama, pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak Benyahya atau lebih dikenali sebagai PU Syed turut menggesa pihak berkuasa agama supaya mengambil tindakan segera terhadap kumpulan ini.
Katanya lagi, asas ajaran yang diberikan kepada pengikutnya adalah lebih cenderung kepada penderaan seksual serta fizikal kepada isteri dengan menjual nama ketaatan.
“Kumpulan ini juga membuat dorongan iaitu boleh memukul isteri jika tidak mahu melayani suami dan ini sudah menyimpang daripada agama,” katanya.
Umpama Pelacur Menyimpang Syarak
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kewujudan akaun Telegram yang membincangkan topik lucah.
Dalam masa yang sama, Dr Mohd Na’im turut mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membuat pertemuan bersama pihak berkaitan termasuk meminta agensi itu untuk membimbing serta memberi nasihat.
“Saya sudah mengarahkan Jakim untuk membuat laporan kepada pihak SKMM berkaitan kandungan yang terkandung dalam media sosial untuk diambil tindakan lanjut.
“Ada perkara yang tidak perlu kita bincang secara terbuka termasuklah dalam bab hubungan intim suami isteri.
“Apatah lagi topiknya dengan menggunakan bahasa berbaur lucah, ini bukan akhlak Islam,” katanya.
Baca Di Sini:
Kashoorga: Semoga Allah memberi petunjuk buat kita semua dan meninggalkan segala larangan Allah SWT.
Sumber : myMetro
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Individu Yang Berkahwin Lewat Berpotensi Jadi Lebih Cerewet Kata Pakar Psikologi
Mereka yang berkahwin lewat cenderung untuk menjadi lebih cerewet dan sukar bertoleransi dengan pasangan masing-masing. Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Firdaus Abdul Gani berkata, sikap sedemikian tercetus disebabkan mereka telah terbiasa hidup dengan cara serta kebiasaan untuk satu jangka masa yang lama.
“Mereka juga risau disebabkan risiko tidak subur dan sukar mendapat anak disebabkan umur yang meningkat. Mereka akan tergesa-gesa untuk mengejar mendapatkan anak yang boleh menyebabkan berlakunya stres di kalangan pasangan.
“Perasaan kegagalan juga mungkin tercetus terutamanya di kalangan wanita akibat kesukaran mendapat anak.
“Dari aspek positif, wanita yang berkahwin lambat ini mempunyai fikiran yang lebih matang serta keadaan kewangan yang kukuh yang menyumbang kepada perkahwinan yang stabil,” katanya.
.
Menurut Dr Firdaus, senario wanita berkahwin lewat kerana berpendidikan tinggi sebenarnya bukan sesuatu yang luar biasa tetapi dikhuatiri memberi impak negatif terhadap kehidupan sosial masyarakat .
“Pertumbuhan penduduk pada 2030 nanti dijangka menjunam hingga 0.7 peratus berbanding 2 .6 peratus sekitar tahun 90-an dan berkahwin lewat dikenal pasti sebagai punca utama penurunan tersebut,” jelasnya.
PENINGKATAN UMUR UNTUK BERKAHWIN
Mengikut kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke 5 (KPKM-5) yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 2014, didapati bahawa 86.8 peratus responden yang berumur 25 sehingga 49 tahun mempunyai keinginan untuk berkahwin di mana 31 tahun merupakan umur minimum untuk berkahwin.
Kata Dr Firdaus, ini berbeza dengan hasil penemuan pada tahun 2010, di mana sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati bancian statistik purata umur perkahwinan di kalangan lelaki ialah 28 tahun dan perempuan ialah 25.7 tahun.
Ini sekali gus, ujarnya, menunjukkan terdapat peningkatan dari segi umur di mana mereka ingin berkahwin berbanding sebelumnya.
“Penakrifan umur perkahwinan lewat pula adalah sekitar 37 tahun kepada lelaki dan 33 tahun kepada wanita pada tahun 2014. Terdapat 56 peratus responden lelaki berpandangan masalah kewangan menjadi punca utama mereka lewat berkahwin manakala majoriti wanita iaitu 35.7 peratus mengatakan tiada calon sesuai.
“Apabila dilihat secara spesifik mengenai tumpuan pada kerjaya, lebih ramai wanita memberikan sebab tumpuan pada kerjaya iaitu 18.1 peratus berbanding 9.4 peratus di kalangan lelaki.
“Bagaimapun, antara faktor lain yang mendorong wanita berkahwin lewat adalah disebabkan masalah kewangan yang dihadapi (26 peratus) disebabkan peningkatan kos sara hidup dan mahu memiliki kehidupan yang stabil terlebih dahulu dikuti oleh mendahulukan kemajuan kerjaya,” katanya.
PENTINGKAN KESTABILAN KARIER DAN KEWANGAN
Berdasarkan statistik, kadar penyertaan buruh wanita di negara ini meningkat daripada 46.8 peratus pada 2010 kepada 54.7 peratus pada tahun 2015.
Jelas Dr Firdaus, ini membuktikan wanita kini mementingkan kestabilan karier dan kewangan.
Katanya, dari aspek psikologi, terdapat beberapa kesan terhadap emosi dan tingkah laku di kalangan mereka yang lambat berkahwin.
“Antara kelebihan berkahwin ialah mempunyai peneman untuk berkongsi suka duka kehidupan serta memenuhi keperluan emosi dan fizikal untuk hidup berpasangan dan berkasih sayang.
“Terdapat banyak kajian yang mendapati bahawa perkahwinan banyak memberikan impak positif terhadap individu, tetapi ia turut bergantung kepada umur ketika berkahwin.
“Mereka yang berkahwin terlalu muda (kurang dari 18 tahun) didapati mempunyai banyak masalah emosi disebabkan usia yang tidak matang serta ketidaksediaan memikul tanggungjawab menyebabkan adaptasi yang sukar kepada kehidupan berkahwin,” katanya
Sumber Kredit: Astro Awani
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI