Kebahagiaan seorang anak terletak pada reda ibu bapanya. Anak yang membahagiakan ibu bapanya, nescaya hidupnya lebih diberkati ALLAH SWT. Justeru, tergamakkah seorang anak meletakkan ibu bapanya di belakang selepas bertemu kekasih hati?
Memang ada ibu bapa yang tidak bersetuju dengan pilihan hati anak. Mereka kurang berkenan dengan calon menantu yang dipilih oleh anaknya. Sebagai anak, lebih baik berbincang dari hati ke hati dengan ibu bapa. Usahlah menjadikan hal ini sebagai punca terputusnya silaturahim antara anda dengan orang tua.
BAWA BERBINCANG
Semua masalah tentu ada jalan penyelesaiannya. Apabila pilihan hati anda kurang disenangi oleh orang tua, carilah jalan. Seperti menarik rambut dalam tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Berbincang adalah jalan terbaik berbanding memendam rasa dan akhirnya mencetuskan rasa marah.
Ads
ELAK KAHWIN LARI
Kahwin lari perlu dielakkan atas banyak sebab. Antaranya anda berdosa kerana melukakan hati orang tua. Selebihnya banyak manfaat perkahwinan yang terhalang disebabkan tindakan tersebut.
KENALI PUNCA
Jika ibu bapa kurang berkenan dengan pilihan hati anda, carilah puncanya. Kemudian perbaiki punca itu dan mintalah si dia cuba ambil hati ibu bapa anda. Insya-Allah segalanya akan jadi yang baik-baik sahaja.
Ads
BERDOA
Senjata umat Islam ialah DOA. Percayalah kepada kuasa doa. Justeru berdoalah kepada ALLAH SWT supaya pintu hati orang tua terbuka untuk menerima si dia. Berdoalah supaya si dia kuat untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan kerana perhubungan yang tidak mendapat restu orang tua amat sukar untuk dilalui.
Ibu bapa juga perlulah reda dengan pilihan hati anak. Cinta bukanlah sesuatu yang dipaksa-paksa namun hadir secara semula jadi. Sudah pasti anak berada dalam dilema jika anda menolak pilihan hati mereka. Sama-samalah saling memahami dan menuju ke arah silaturahim yang erat.
Ads
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Adakah si dia masih sesat ? mencari jalan pulang yang tidak ketemu lagi. Penat berusaha tetapi satu kenyakinan yang pasti jangan pernah menyerah walaupun sedetik. Teguhkan hati bahawa Allah ada perancangan yang terbaik untuk kita.
Paling penting sabar
Sabar dengan mulut orang sekeliling. Bila nak kawin ? bila nak kawin ?
Sabar dengan diri sendiri yang sering bertanya ” Ya Allah bilalah jodoh aku nak sampai”. Sabar dengan faktor kewangan.
Sekaligus berusahalah.
Berusahalah semampu kamu untuk berusaha jadi yang terbaik.
Wahai hati yang sedang menanti cinta sejati.
Teguhkan hatimu untuk berpaksi kepada ALLAH dan sentiasa memperbaiki dirimu. Boleh jadi usahamu untuk tahun ini berhasil dan ALLAH mengangkat doamu.
Jangan takut, mungkin jodoh belum lagi lahir. Masih dalam kandungan, mungkin lagi masih fokus pada pelajarannya. Apabila sudah pada masa yang tepat, keadaan yang tepat terdetik hatinya untuk mencari pasangan. Pelbagai cara proses pertemuan akan berlaku. InshaALLAH.
Cuma sekarang ini..
Pertama : Muhasabah diri
Kita tahu diri bagaimana diri kita, ada panas barannya kita, ada malasnya solat kita, dengan diri sendiri pun kadang kita suka bohong apalagi sama orang lain. Mana rasa diri kurang perbaikilah, muhasabah diri. Kerana apa ?
Pernikahan itu bukan satu hal yang main-main dan boleh di cuba-cuba. Pernikahan adalah soal tanggungjawab dan kalau boleh kita nak nikah untuk jangka masa yang lama. Masa inilah juga kumpul duit dari sekarang.
Kedua : Banyakkan doa dan solat taubat serta solat hajat
Jangan berhenti berdoa, jangan malu untuk sering meminta dengan ALLAH. Kerana ALLAH MAHA MENDENGAR. Rajinkan diri untuk melakukan solat taubat, untuk dekatkan diri pada ALLAH. Mungkin ada kesilapan kita yang harus diperbaiki dan rajinkan solat hajat untuk memohon kepada ALLAH. Minta orang sekeliling doakan kita,moga jodoh kita bertemu.
Ketiga : Bantu Mak Ayah
Kadang kala ada sebab Allah lambatkan jodoh kita. Kadang kala untuk bantu Mak Ayah kita. Mereka juga perlukan perhatian dan kasih sayang kita. Untuk menjaga mereka yang sudah tua. Bahagiakan mereka, doa mereka itu sangat mahal. Moga ada kebaikan apa yang kita lakukan.
Pada acik, sekarang ini fokus dulu kerjaya.
InshaAllah jodoh tak kemana.
Penulis akupenghibur .com
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tidak dinafikan memang ada suami yang berkira dengan isteri. Dia merasakan tidak perlu memberi wang lebih kepada isteri terutama bagi isteri yang ada duit sendiri kerana isterinya bekerja.
Justeru wang gajinya tidak banyak yang diberikan kepada isteri melainkan untuk membeli barang keperluan dapur. Ingat ya wahai suami, jika anda tidak kedekut kepada isteri maka rezeki anda akan jadi lebih murah.
Sebagai seorang suami, anda perlu menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin kepada isteri. Perkara yang selalu ditekankan ialah mengenai nafkah.
Tidak kiralah sama ada sikit atau banyak, setiap hari anda perlu beri nafkah kepada isteri semampu yang anda boleh. Lazimnya seorang suami akan memberi sejumlah wang misalnya RM500 sebulan kepada isteri.
Suami perlu ingat, wang itu ialah nafkah peribadi untuk kegunaan isteri. Wang itu bukanlah untuk membeli makanan bagi kegunaan seisi keluarga. Ingin diingatkan di sini, seorang suami usahlah kedekut terhadap isteri. Jangan berkira untuk membahagiakan isteri.
Jika isteri suka memasak, belikanlah dia peralatan memasak yang terkini bagi memudahkan dia ‘bersilat’ di dapur. Tak perlulah dia bersusah payah menggunakan kudrat untuk memasak.
Jika dia suka menanam pokok bunga, belikanlah dia benih pokok bunga yang cantik-cantik supaya dia gembira. Tak perlulah dia menebalkan muka meminta benih anak pokok di rumah jiran. Itu sebahagiaan contoh sahaja.
RAIKAN ISTERI
Meraikan isteri bukanlah sekadar pada hari istimewa seperti hari jadi. Sebaliknya raikan isteri pada setiap masa. Misalnya jadilah pendengar yang baik kepada setiap apa yang isteri katakan.
Jangan kedekut untuk jadi pendengar yang baik kepada isteri. Hanya dengan mendengar kata-kata isteri sudah cukup membuat isteri gembira.
BELANJA ISTERI
Sesekali apabila anda ada wang lebih, belikanlah isteri sesuatu yang baru. Lagi-lagi jika isteri anda surirumah. Lihatlah bila kali terakhir dia beli baju baru. Lihatlah bila kali terakhir dia beli kasut baru.
Ada kala isteri tidak suka meminta-minta. Nak beli baju atau kasut baru, isteri tiada gaji sendiri. Nak beli berkira-kira mana nak beli keperluan keluarga. Justeru jika ada wang lebih, belikanlah.
HARGAI ISTERI
Menghargai isteri bukanlah hanya dengan wang ringgit. Melayani isteri dengan baik juga dilihat sebagai penghargaan. Jangan kedekut untuk hargai isteri.
Berikan sedikit masa dan tenaga anda untuknya. Sesekali masakkan isteri juadah kegemarannya. Sesekali tolong isteri buat kerja rumah hingga siap. Lihatlah betapa gembiranya isteri anda. Tidak percaya? Cuba buat.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jodoh merupakan perkara yang tidak diduga kerana ia menjadi perancangan Allah SWT yang tidak ketahuan oleh sesiapa pun. Namun sebagai manusia kita hanya mampu berusaha dan berdoa agar dipermudahkan jodoh. Selebihnya atas ketentuan Yang Maha Esa.
Uniknya tentang jodoh. Sesungguhnya ia menjadi rahsia Allah. Sememangnya telah ditetapkan jodoh oleh Allah setiap kita. Allah hanya akan mempertemukan kita dengannya sebaik sahaja kita benar-benar telah bersedia.
Tidak semua berpeluang dipertemukan jodoh semudah yang disangka. Adakalanya terpaksa menanti bertahun-tahun. Walau bagaimanapun percayalah bahawa setiap daripada kita punya jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Namun andai kata belum bertemu jua dengan jodohmu, mungkin belum masanya maka bersabarlah. Banyak-banyakkanlah berdoa selain berusaha, selebihnya tawakallah kepada Allah moga-moga dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik.
TAK SANGKA JODOH DATANG
Adakalanya jodoh datang tanpa disangka. Inilah yang dinamakan ibarat bulan jatuh ke riba. Sesungguhnya jodoh sudah punya ketetapan dari Yang Maha Esa. Bagi yang bernasib baik, barangkali mudah sahaja untuk ketemu jodoh namun bagi mereka yang ‘liat’ jodohnya maka ada-ada sahaja halangan yang berlaku.
Bertuahnya mereka yang bertemu jodoh tanpa perlu bersusah-payah. Mungkin mereka inilah insan yang ‘terpilih’ kerana jodoh begitu mudah datang mendekat.
Berikut perkongsian Fatimazry Al-bukhari yang dipertemukan jodoh tanpa disangka. Kini sudah lebih setahun wanita ini bergelar isteri.
Fatimazry Al-bukhari bertemu jodoh dengan suaminya apabila suaminya ‘terselit’ dalam sekeping gambarnya dengan rakan sekelas di hari graduasi. Ketika itu masing-masing sedang konvo namun mereka tidak pernah kenal/jumpa antara satu sama lain walaupun study kolej yang sama.
“Sekarang tak tau macam mana tersesat termasuk dalam hidup saya. Cantik rahsia Allah aturan Allah. Bila dah jodoh tu macam mana cara pun Allah tetapkan…Alhamdulillah.. In Sha Allah akan sama-sama memperbaiki diri masing-masing.”
Mengimbau kembali kisah pertemuannya, kisah bermula ketika Fatimazry konvo pada tahun 2015. Ketika majlis konvokesyen, dia mengambil gambar bersama rakan sekelas. Pada keesokan harinya, dia update gambar di Facebook. Si dia meninggalkan komen kerana ada gambar dirinya di dalam gambar tersebut. Bermula dari situlah mereka saling berbalas komen dan dilanjutkan lagi dengan chat di Facebook.
KENAL PUN TAK SEBELUM INI
Sebenarnya walaupun mereka satu kolej yang sama dan merupakan rakan dalam Facebook namun mereka tidak pernah berjumpa. Malah mereka sendiri tidak tahu yang mereka satu kolej. Fatimazry tinggal di Langkawi manakala si dia di Kuala Lumpur.
Ketika Fatimazry menemani sepupunya di Kuala Lumpur untuk membeli barang perkahwinannya, kebetulan si dia ada ketika itu. Maka dialah yang menjemput dan menghantar Fatimazry ke rumah sepupunya. Tidak seperti pasangan bercinta yang lain, mereka tidak pernah declare yang mereka bercinta. Cuma…mereka selalu berwhatsapp bertanyakan tentang diri masing-masing.
Tidak lama kemudian si dia datang ke Langkawi bersama sepupunya untuk bercuti. Fatimazry tolong si dia dan sepupunya cari kereta sewa. Sebenarnya sama ada Fatimazry mahupun si dia tidak pernah tahu bagaimana mereka boleh rapat sehinggalah si dia membuka mulut untuk meminang Fatimazry. Sebelum itu si dia ada datang berjumpa dengan ibu bapa Fatimazry.
Allah mempermudahkan urusan mereka berdua. Tanggal 15 April 2017, mereka bertunang. Oleh kerana hubungan mereka hubungan jarak jauh, Fatimazry di Langkawi manakala si dia bekerja di Kuala Lumpur maka boleh dibilang dengan jari berapa kali mereka berjumpa.
Pasangan ini akhirnya selamat disatukan pada 8 September 2017 diikuti majlis resepsi pada 9 September 2017. Mungkin inilah yang dinamakan keajaiban jodoh sesat. Memang tidak disangka-sangka, jodoh datang bergolek di depan mata.
Bagi Fatimazry dan pasangannya, minta didoakan agar mereka segera dikurniakan cahaya mata. Moga pasangan ini kekal bahagia hingga ke syurga. Aamiin….
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Solat jamak dan qasar adalah kemudahan yang dikurniakan untuk mereka yang bermusafir menunaikan solat. Namun jarak perjalanan tersebut hendaklah melebihi dua marhalah atau 81...