Kebahagiaan seorang anak terletak pada reda ibu bapanya. Anak yang membahagiakan ibu bapanya, nescaya hidupnya lebih diberkati ALLAH SWT. Justeru, tergamakkah seorang anak meletakkan ibu bapanya di belakang selepas bertemu kekasih hati?

Memang ada ibu bapa yang tidak bersetuju dengan pilihan hati anak. Mereka kurang berkenan dengan calon menantu yang dipilih oleh anaknya. Sebagai anak, lebih baik berbincang dari hati ke hati dengan ibu bapa. Usahlah menjadikan hal ini sebagai punca terputusnya silaturahim antara anda dengan orang tua.

BAWA BERBINCANG
Semua masalah tentu ada jalan penyelesaiannya. Apabila pilihan hati anda kurang disenangi oleh orang tua, carilah jalan. Seperti menarik rambut dalam tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Berbincang adalah jalan terbaik berbanding memendam rasa dan akhirnya mencetuskan rasa marah.

IKLAN

ELAK KAHWIN LARI
Kahwin lari perlu dielakkan atas banyak sebab. Antaranya anda berdosa kerana melukakan hati orang tua. Selebihnya banyak manfaat perkahwinan yang terhalang disebabkan tindakan tersebut.

KENALI PUNCA
Jika ibu bapa kurang berkenan dengan pilihan hati anda, carilah puncanya. Kemudian perbaiki punca itu dan mintalah si dia cuba ambil hati ibu bapa anda. Insya-Allah segalanya akan jadi yang baik-baik sahaja.

IKLAN

BERDOA
Senjata umat Islam ialah DOA. Percayalah kepada kuasa doa. Justeru berdoalah kepada ALLAH SWT supaya pintu hati orang tua terbuka untuk menerima si dia. Berdoalah supaya si dia kuat untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan kerana perhubungan yang tidak mendapat restu orang tua amat sukar untuk dilalui.

Ibu bapa juga perlulah reda dengan pilihan hati anak. Cinta bukanlah sesuatu yang dipaksa-paksa namun hadir secara semula jadi. Sudah pasti anak berada dalam dilema jika anda menolak pilihan hati mereka. Sama-samalah saling memahami dan menuju ke arah silaturahim yang erat.

IKLAN

VIDEO KASHOORGA:

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI