Hari ini penulisan skrip drama dan tv semakin terbuka dalam membicarakan adab dalam kelambu. Bagai tiada rasa malu dengan dunia yang sudah ke penghujungnya. Bahkan ia dilihat satu trend dalam pengarahan yang tidak bertapis.
Teguran dari pendakwah Ustazah Asma’ Harun ini sememangnya wajar kerana apabila malu sudah tiada ia seharusnya dibimbangi kerana ia berkait dengan iman.
Berikut perkongsian darinya.
Memang terlintas nak ulas tentang drama ni, walaupun kat rumah tiada siaran boleh tengok, tapi sedutan pendek drama ni berlegar dalam media sosial. Bila Akhi Fairuz dah tag, tanpa bertangguh lagi saya perlu respons.
Cara soalan atau godaan Melur pada suaminya dalam beberapa babak sungguh memalukan sebagai orang Islam yang masih ada iman, kerana jelas malu itu sebahagian daripada Iman, Ia juga bertentangan dengan budaya sopan melayu. Saya terus terfikir bagaimana orang muda yang dah faham dan remaja yang fikiran masih bersih dikotorkan dengan imaginasi yang tak boleh dikawal.
Industri hiburan yang meletakkan keuntungan paling utama, memang akan sanggup masukkan babak sebegini sebagai pelaris. Ternyata babak sebegitu paling banyak yang dipotong pendek, dikongsikan dan mendapat reaksi paling tinggi.
Mungkin bagi peminat drama melihat teguran ini sangat tidak releven, seolahnya kami yang menegur ini mengarut atau melebih-lebih. Tapi cuba bayangkan adegan sebegitu berlaku depan mata secara zahir bukan alam maya, bukankah ia meloyakan.
Begitulah kesannya, hasil daripada drama dan filem samada tempatan atau luar, lihatlah kepada generasi hari ni, berpeluk dan bercium sakan walaupun suami isteri di khalayak ramai atau di media sosial tiada segan silu lagi. Bahkan pasangan kekasih pun secara terbuka melakukan aksi yang diharamkan.
Dan apabila normalisasi kelucahan masuk secara berterusan bermula dengan “soft porn”, akhirnya yang melampau pun diikuti. Ini terbukti dilihat apabila cara iklan produk intim suami isteri atau produk berkaitan aset wanita yang mengaibkan sangat/semakin berleluasa.
PERKATAAN ATAU PERBUATAN TERMASUK LAKONAN BERUNSUR LUCAH adalah tergolong dalam sesuatu yang dikeji dan tercela, samada yang ringan atau berat. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:-
لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الْفَاحِشِ وَلَا الْبَذِيءِ
Maksudnya: Seseorang yang beriman itu bukanlah daripada golongan yang suka mengaibkan orang lain, bukan daripada golongan yang melaknat orang lain, bukan daripada golongan yang suka mencarut, dan bukan juga daripada golongan yang suka berkata-kata keji dan buruk. [HR Tirmidzi, hadis sahih].
Imam al-Zahabi yang meriwayatkan dari Ahnaf bin Qais:-
جَنِّبُواْ مَجَالِسَنَا ذِكْرُ النِّسَاءِ وَالطَّعَامِ, إِنِّي أَبْغَضُ الرَّجُلُ يَكُونُ وِصَافًا لِفَرْجِهِ وَبَطْنِهِ
Maksudnya: “Elakkan majlis (perkumpulan) sesama kita daripada berbicara mengenai perempuan dan makanan. Sesungguhnya aku benci akan lelaki yang asyik berbicara mengenai seks dan keperluan perutnya”. [Lihat Kitab Siyar A’lam al-Nubala’: m/s 64]
Jemput baca ulasan petikan daripada posting Akhi Fairuz:-
Dari minggu lepas ramai yang tag saya di facebook, ig, tiktok serta ada yang DM minta ulas pasal drama Melur Untuk Firdaus ni.
Cemuih sebenarnya nak ulas atau menulis pasal drama yang penuh soft pornography dan double meaning ni. Pusing-pusing, tegur, nasihat, hujungnya muncul lagi drama begini.
Dahlah keratan video-video pendek drama ni di mendapat berbilion jumlah tontonan di Tiktok!
Tak tahulah apa sebenarnya yang nak ditanam oleh penerbit, pengarah, penulis skrip serta stesen tv yang menayangkan.
Baca ulasan Puan Wan Nur Syakira ni :-
“Tiba-tiba, lalu di newsfeed. Tepuk dahi.
Adegan ini adegan soft porn ya. Bagaimana boleh lepas ditayangkan dialog begini?
Tak sesuai langsung ditonton oleh seorang Muslim.
Bayangkan yang menonton ini, anak-anak, remaja, bahkan orang dewasa sekalipun.
Perlakuan dan perbualan begini pun nak ditunjukkan pada semua. Yang di antara suami dan isteri tu, biarlah tertutup sahaja.
Itu sebab makin ramai kanak-kanak dan remaja dah pandai guna ayat double meaning. Bergurau berkenaan bahagian sulit.
Baru-baru, ketika berforum dengan Akhi Fairuz bersama pelajar universiti, beliau ada kongsikan kisah cikgu yang runsing pelajar sekolah rendah bergurau lucah sesama jantina dan lain jantina sampai ada keinginan secara seksual.
Saya yang dengar berkerut dahi, menggeleng kepala.
Allahuakbar.
Membimbangkan betul. Mereka belajar dari mana? Terdedah di mana?
Media sosial, televisyen, novel, drama, anime, game online, lagu dan banyak lagilah.
Sudah-sudahlah buat drama seperti ini! Siap ada lawak double meaning, tentang hubungan intim suami isteri. Mana malu dan segan?
Adegan macam ini boleh mendorong kanak-kanak dan remaja yang ada curiosity untuk mencari-cari. Boleh jadi rangsangan seksual melalui mata mereka yang melihat.
Sungguh bahaya. Sangat bahaya. Banyakanlah drama yang ada nilai dan ilmu. Yang ubah masyarakat jadi baik. Yang tambah kebaikan, bukan tambah keburukan.
Berhati-hatilah, anak-anak mungkin dah tertengok cerita ini. Saya cari sikit-sikit pasal drama ini, dah viral ke Indonesia sana. Siap ada fb group lagi peminatnya.
Potongan pendek cerita ini pun banyak lalu lalang di Facebook, Tik Tok dan Instagram. Tempat anak-anak muda dan kanak-kanak berkampung.
Berkomunikasi dengan mereka, betulkan apa yang mereka tengok ni. Bagi tahu benda macam ni salah, tak boleh cakap terbuka. Dialog double meaning adalah perbuatan yang memalukan.
Selaku orang dewasa dan ibu bapa, memang kena peka walaupun kita tak tengok. Anak-anak belum tahu, apa yang mereka tengok dan kawan-kawan cerita di sekolah.
Bimbing dan beritahu apa yang salah dan betul. Beritahu had dan batasan menurut Islam. Begitulah.”
cc : Ustazah Asma Harun
……..
Asma’ binti Harun
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI