Memang tak nafikan, kita agak ‘kedekut’ untuk belanja diri sendiri. Padahal kita sudah kerja berhabis-habisan demi meneruskan kelangsungan hidup. Jadi tidak ada salahnya jika kita memberi sedikit pengrhargaan kepada diri sendiri agar kita jadi lebih bersemangat untuk bekerja.
Seperti coretan Hafiz Mustapha ini, katanya tak salah beli barang yang mahal untuk diri. Bukan untuk siapa pun, diri sendiri juga yang akan guna.
Seorang peserta mengadu pada saya yang dia diperli oleh kakak ipar kerana membeli shawl berharga RM500. Dia yang bekerja sebagai kerani dikatakan membazir duit dan beli barang tak padan dengan gaji kerani.
Peserta tu bagitahu dia mengumpul duit beberapa bulan untuk shawl tersebut. Terlalu teringin dan hanya beli sehelai je. Bukan selalu pun beli barang mahal.
Pendapat saya memang sah lah kakak ipar dia tu ada sedikit iri hati. Mungkin juga jenis yang kerjanya suka membawang. Kerja banyak tapi suka membawang.
Pesanan saya JANGAN MALU untuk berbelanja selepas kita bekerja keras. Hanya kita yang tahu menguruskan kewangan kita. Lain orang lain selera. Aminah suka bermewah beli baju tetapi Rogayah suka mewah bab makan.
Berbelanja mewah atau sedikit ‘extravagant’ adalah cara kita untuk “REWARD” diri sendiri.
Jenis REWARD ini boleh bermacam jenis seperti travel, barangan berjenama, kereta, gajet, makanan atau memanjakan diri di spa.
Reward juga akan membuatkan kita rasa puas dan seterusnya kita tidak rasa terbeban untuk menolong orang lain. Kita rasa tertekan atau stress jika asyik memberi dan langsung tidak menerima. Contohnya duit gaji setiap bulan hanya dibelanjakan untuk keluarga sehingga melupakan kebajikan diri sendiri.
Ada jenis ahli keluarga yang hanya tahu meminta tanpa memberi. Alasan mereka ialah keluarga mesti menolong keluarga. Kesannya ialah orang yang asyik memberi tanpa reward diri sendiri akan rasa dipergunakan. Akhirnya dia akan mula mengungkit pemberian. Konsep ikhlas terus lupus.
Nak beli beg harga ribu-ribu, go for it asalkan tidak berhutang keliling pinggang.
Teringin pinggan mangkuk mahal? Beli je asalkan semua keperluan keluarga kita settlekan.
Sweater Gucci RM3800 jika ada saiz dan duit lebih ambil je..
Tshirt ‘bodoh’ Marc Jacobs harga RM500 pun jangan rasa bersalah hendak beli.
Bodoh-bodoh pun tak ambil duit orang lain.
JANGAN MALU untuk BERBELANJA untuk diri sendiri. Kerja kuat-kuat apa lah salahnya jika reward!
Sumber kredit: Hafiz Mustapha
VIDEO KASHOORGA: