Memiliki anak adalah impian setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga. Anak dianggap pembawa rezeki dalam alam rumahtangga. Namun tidak semua diberikan rezeki satu ini walau sudah mencuba pelbagai cara dan keadah untuk mendapatkan si comel ini.
Masa yang sama, aturan Allah itu juga cukup indah buat hamba-hambanya yang bersabar dan redha dengan semua ujian kehidupan ini. Dikongsi dari instagramnya, pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh mengumumkan mereka mengambil anak angkat, seorang bayi lelaki diberi nama Musa yang kini sah sebagai mahramnya.
Melayari kehidupan berumahtangga selama 11 tahun, dalam perkongsiannya Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman memaklumkan mereka mengambil Musa sebagai anak angkat sejak tiga bulan lalu.
Bahkan dirinya turut berkongsi perjalanan dan perjuangan mereka untuk memperoleh seorang zuriat walau pun bukan lahir dari rahimnya.
Pernah melakukan keadah IUI, IVF selama bertahun-tahun namun Allah menganugerahkan kami bayi yang manis ini melalui cara lain dan semua itu sudah pasti. Jika Allah mengkehendakinya untuk anda, tiada apa dapat menghalangnya daripada sampai kepada anda dan Hanya Dia yang mengetahui masa yang sesuai untuk segala-galanya jatuh ke tempatnya. Segala ujian dan perjuangan adalah bersebab”tulisnya.
Tambahnya lagi, dirinya mengambil masa lebih setahun untuk menikmati momen sebegini (sebelum memiliki Musa) kerana ada banyak perkara perlu difikirkan termasuk soal nama (dalam islam sudah tentu nama bin Abdullah atau nama lain dan bukannya nama bapa angkat).
Bahkan perjalanan kemanusiaan kami juga sangat membantu dalam membuat keputusan ini. Jelasnya lagi membuka pintu hatinya untuk peristiwa yang mengubah corak kehidupannya hari ini bukan mudah dan dirinya sentiasa berdoa agar Allah meluaskan hatinya dan memberi ruang di dalamnya untuk dirinya melepaskan rasa tidak yakin dan percaya kepada Allah, perancangan-Nya, jalan-Nya.
“Alhamdulilah, dengan baby Musa, hati, jiwa, minda dan badan saya sedia menerimanya. Dia adalah anugerah dan ciptaan Allah yang indah, dan merupakan satu keistimewaan bagi kita untuk memilikinya setakat ini.,”katanya sambil menambah menjadi ibu bapa baru adalah satu perjalanan roller coaster yang mengagumkan dan kami menyayanginya setiap saat.
“ Alhamdulilah. Semoga menjadi cahaya bagi ummat, Semoga Allah melindungi keluarga kecil kita di dunia dan akhirat serta mengizinkan kita termasuk orang-orang yang diredhai-Nya Aamiin.” tulisnya panjang lebar.
Percayalah, jika kita diuji dengan ujian sebegini, ada jalan keluar darinya (memiliki cahayamata) walau bukan lahir dari rahim sendiri. Dan kegembiraan itu tetap sama kerana kedatangan anak adalah rezeki.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI