
Tiada apa yang lebih menggembirakan apabila dikurniakan anak. Lebih membahagiakan apabila anaknya dinantikan adalah bayi lelaki sebagai pelengkap anak perempuan yang sudah ada.
Ternyata di hari ketujuh menyambut Ramadhan, memberikan berita gembira buat artis popular tanahair Dato’ Sri Siti Nurhaliza apabila selamat selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada pukul 6.21 pagi tadi. Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.
Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.
Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka. Sekaligus melengkapkan keluarga bahagia ini iaitu memiliki anak perempuan, Siti Aafiyah dan juga lelaki.
Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.
Beliau dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.
Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.

Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.
Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah s.w.t. Sumber : IG CTDK
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Uruskan Anak & Rumah Itu Sedekah Pada Keluarga.” Isteri Tak Perlu Ada Duit Sendiri Kalau Nak Bersedekah

Isi Kandungan
Toggle‘Uruskan anak & rumah itu sedekah pada keluarga.” Isteri tak perlu ada duit sendiri kalau nak bersedekah kerana sedekah bukanlah dalam bentuk duit semata-mata.
Suri rumah yang uruskan anak dan keluarga sepanjang hari sepanjang waktu, sudah pasti banyak ganjaran pahalanya. Setiap titik peluh yang mengalir adalah sedekah seorang isteri kepada keluarga tanpa dia sedar.
Ramai yang menganggap wanita yang tak bekerja perlu ada duit sendiri dan jangan bergantung harap pada suami semata-mata kerana bimbang jika sesuatu yang buruk berlaku.
Artikel Berkaitan: ‘Niat Kongsi Duit Gaji Pertama Dengan Mak, Rupanya Tersalah Transfer’. Menangis, Bila Pemilik Akaun Suruh Sedekah!
Uruskan Anak & Rumah
Ikuti perkongsian Sri A’jilah Mohd Samsir ini dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan:
Tolonglah jangan buat macam ini. Ia menyakitkan dan buat orang lain rasa terdesak.
Kisahnya, beberapa hari lepas, saya ada join satu bisnes talk ini. Saja nak topup ilmu, nak boost up energy, dan nak cari circle yang lebih kurang sama minded dengan kita.
Penceramah itu ulang beberapa kali ayat yang sama. Memang saya ingat sangat, ayat nilah yang buatkan saya gelabah dan stres dengan hidup saya 10 tahun dulu. Waktu tu, baru kenal bisnes online dan dropship segala bagai ini.
Itu Sedekah Pada Keluarga
Kebanyakan founder, akan mengulang ayat yang sama berkali-kali. Mungkin niat diorang ni, nak bagi kita semangat berbisnes tapi ayat yang disebut tu menyakitkan sangat.
“Takkan nak bergantung kat suami saja!”
“Takkan nak harapkan duit suami. Kita pun kena ada pendapatan sendiri. Kena pegang duit sendiri.”
“Sekurang-kurangnya ada duit sendiri untuk beli mainan anak-anak. Tak adalah asyik minta kat suami saja.”
“Macam mana nak sedekah banyak-banyak kalau masih harapkan duit suami?”
“Kalau suami mati, baru menyesal tak mula sekarang!”
Isteri Tak Perlu
5 ayat durjana inilah yang membuatkan saya sibuk dengan telefon dalam keadaan anak kecil-kecil yang perlukan perhatian sangat-sangat.
Duduk terngiang-ngiang dalam kepala ini, kita tak mahu bergantung pada suami semata. Dah set dalam kepala, ‘aku nak ada duit sendiri.’
Lama kot saya dalam fasa huru-hara cari duit ini. Lebih kurang empat tahun! Saya pulak memang sudah biasa pegang duit sendiri dari zaman universiti. Buat degree dan master pun tetap buat home tuition juga. Punyalah suka bau duit tu.
Lima ayat itu berlegar dalam kepala saya yang membuatkan kita cuba nak berdikari, tak mahu bergantung pada suami sendiri.
Sudahnya, saya stres gila-gila. Pantang dengar anak menangis, terus naik hantu. Saya susah tidur, kerap jatuh sakit, dan cepat sangat down.
Baca Di Sini:
Sedekah Selipar & Rela Balik Berkaki Ayam, Ramai Kagum Keluhuran Hati Pemuda Ini
Malaikat Kenal Orang Suka Bersedekah, Nama Selalu Disebut Penghuni Langit
Ada Duit Sendiri
Akhirnya, tok laki pun berbulu kot tengok bini dia macam orang tak betul, naik angin je kerjanya. Terus dia azankan bini dia ni.
“Kalau isteri tak nak bergantung pada suami, buat apa nak ada suami, buat apa berkahwin? Kalau isteri tak nak minta duit suami, macam mana nak tolong mudahkan urusan suami bagi nafkah?”
Pedas betul tapi sangat masuk akal. Isteri yang minta duit pada suami itu, sebenarnya sedang mudahkan urusan suami dalam bab beri nafkah. Lagipun, itukan suami kita, mintak sajalah!
Kalau Nak Bersedekah
Paling pedas yang saya akan ingat sampai mati, bab sedekah tu.

“Awak sibuk nak cari duit sendiri untuk mudah bersedekah padahal setiap kali awak potong bawang, awak uruskan anak-anak, awak sapu rumah, semua itu sedekah awak pada keluarga. Banyak pahala! Awak tak nampak ke?”
Zassssssss!
Macam kena tikam. Pedih betul rasanya.
Sibuk nak bersedekah duit padahal sedekah tu bukan dalam bentuk duit semata.
Bersedekah Tak Kena Cara
Tolong jangan gunakan perkataan ‘sedekah’ tu untuk jerat suri rumah yang memang sudah menggunung kerja rumah yang tak penah habis. Sedangkan semua kerja rumah itu pun sudah menjanjikan banyak pahala.
Memang ada isteri yang dirinya memang Allah lorongkan untuk beri manfaat pada ummah. Dia tak lekat dekat rumah, sibuk ke sana sini. Itu cara dia, bahagian dia.
Kita yang duduk dekat rumah ni, bukan tak boleh cari duit lebih, tapi janganlah ada mindset mengarut macam lima dekat atas itu. Huru-hara hidup kau nanti.
Kashoorga : Wanita nak cari duit tambahan boleh tapi jangan sampai huru-hara hidup hingga keluarga terabai.
Sumber : Sri A’jilah Mohd Samsir
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Menyentuh Hati. Imam Muzammil Hasballah & Makmun Mengalir Air Mata Sampaikan Doa Buat Kesejahteraan Muslim Uighur!

Sebelum ini kita biasa mendengar dan melihat penindasan yang berlaku ke atas umat Islam di Palestin.
Negara mereka ini tidak habis-habis dizalimi dan ditindas oleh kaum Yahudi Israel yang mahu menghapuskan bangsa Islam di atas muka bumi ini.
Rupanya bukan di situ sahaja negara Islam ditindas tetapi juga di negara lain. Dan paling viral sekarang ini ramai memperkatakan tentang penindasan etnik Uighur di wilayah Xinjiang yang ditindas oleh kerajaan China.

Dikatalan penduduk Muslim di sana tidak diiktiraf oleh kerajaan Cina yang memegang tampuk pemerintahan ke atas jajahan berkenaan.
Banyak kezaliman yang dilakukan ke atas kaum Muslim Uighur antaranya dinafikan hak sebagai orang Islam di wilayah bergolak ini
Namun Muslim di sana mendapat sokongan dari pelbagai pihak, terutama di negara Islam sendiri. Masing-masing memberi sokongan tidak berbelah bagi dan terus berdoa agar Allah melindungi umat Islam Uighur daripada terus ditindas.
Terbaru, menerusi video memaparkan sekumpulan jemaah yang di imamkan oleh penghafaz Quran Muzammil Hasballah telah membacakan doa buat para umat Islam yang ditindas, dalam keadaan yang begitu sebak.
Begitu mendalam dan bersungguh-sungguh doa yang baca, sehingga jemaah yang lain juga turut menitiskan air mata meminta pertolongan yang Maha Esa untuk memberi perlindungan kepada umat Islam yang ditindas.
Jika didengar bacaan doanya, nyata membuatkan jiwa bergetar, menahan emosi mengenangkan nasib para Muslimin yang kini bermatian-matian memperjuangkan akidah mereka.
Doa yang dibaca ini turut mendapat perhatian warganet di laman sosial Facebook Rabiatul Adawiyah dan video ini ditonton lebih sejuta. Masing-masing turut mendoakan kesejahteraan umat Islam di sana.

Hazelnut Love Allahukbar sebaknya ya allah lindungilah umatmu disana jauhkanlah mereka dri kesengsaraan sesungguhnya kau Maha mendengar Maha mengasahani dan maha segalanya2 aminnn..
Ambuyat Laici Amiinn. Smoga rakyat uyghur tabah dlm ujian dn Allah masukkn kesmuanya kedalam syurga..jannah.
Aamiinn
Fatimah Ismail Aamiin ya Rabbal Alamin…ya Allah kau lindungilah saudaraku daripada mereka yang zalim
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Indahnya Poligami, Bukan Saja Berkongsi Kasih.’ 2 Isteri Ini Tetap Setia Di Sisi Walaupun Suami Terlantar Sakit

Isi Kandungan
ToggleIndahnya poligami, bukan saja sanggup berkongsi kasih, dua isteri ini tetap setia di sisi walaupun suami mereka terlantar sakit. Benarlah hidup bermadu ini bukanlah mudah, namun dua wanita hebat ini mampu melaluinya dengan baik.
Biarpun kini sang suami diuji dengan kesihatannya, mereka berdua tetap setia malahan bertolak ansur apabila salah seorang perlu keluar mencari rezeki.
Manakala seorang lagi perlu duduk di rumah untuk menguruskan suami dan rumah tangga. Kagum sungguh!
Baca Di Sini:
Indahnya Poligami! Pinang Sendiri Bakal Madu, Isteri Izin Suami Kahwin Lain
Indahnya Poligami
“Mereka berdua ibarat nyawa saya… hidup dan mati saya,” kata Maaroof Noordin, 58, menggambarkan kasihnya terhadap isteri, Noraini Ishak dan Eff Rizam Abd Ghafar, masing-masing berusia 42 tahun.
Kedua-dua isterinya itu, Noraini dan Eff Rizam bukan sahaja mampu berkongsi kasih dengan Maaroof malah kini setia menjaganya yang terlantar sakit, meskipun dalam keadaan hidup mereka dihimpit kesusahan.
Bukan Saja Berkongsi Kasih
Jelas Maaroof, kehidupan mereka bertiga berubah selepas dia kehilangan kaki kirinya akibat penyakit kencing manis pada Oktober lalu sekali gus tidak lagi mampu meneruskan pekerjaannya sebagai tukang rumah.
“Kini isteri kedua (Eff Rizam) terpaksa menggalas tugas menyara keluarga bekerja sebagai tukang kebun di sebuah kilang di Gebeng dengan pendapatan RM1,500 sebulan.
“Isteri pertama (Noraini) pula menguruskan rumah termasuk menjaga keperluan saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Cherating Lama, di sini, hari ini.
2 Isteri Ini Tetap
Bercerita tentang perkahwinannya dengan kedua-dua isterinya itu, ungkap Maaroof, dia berkahwin dengan isteri pertama sejak 2007 dan kini sudah hampir lima tahun berpoligami, namun tidak dikurniakan anak bersama kedua-dua isterinya itu.
Sementara itu, Eff Rizam berkata, dia dan madunya sudah membahagikan tanggungjawab masing-masing selepas suaminya terpaksa dipotong kaki kerana penyakit kencing manis.
Setia Di Sisi
“Namun dengan pendapatan sekarang memang tidak mencukupi malah sewa rumah dan bil api air juga sudah dua bulan tertunggak.
“Untuk kos rawatan suami termasuk barang keperluan dan kos ulang alik ke hospital sahaja sudah mencecah RM600 sebulan,” katanya.
Terdahulu, nasib keluarga terbabit mendapat perhatian badan bukan kerajaan (NGO) Amal Team yang memberikan sumbangan berupa katil, kerusi roda serta barangan keperluan harian termasuk makanan.
Walaupun Suami Terlantar Sakit
Pemudah Cara Amal Team, Jamilah Salleh berkata, selain bantuan awal yang diberikan, pihaknya juga telah memanjangkan kes berkenaan kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang untuk bantuan selanjutnya.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga Maarof bersama isterinya, Noraini dan Effa Rizam boleh menghubungi talian 016-800 6507 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan pula boleh berbuat demikian melalui pindahan wang ke akaun Bank Simpanan Nasional 11111 41000 296605 atas nama Maaroof Noordin.

Baca Di Sini:
Bukan Semua Tolak Poligami, Wanita Ini Akui Rasa Gembira Suami Kahwin Lain Kerana Ada Kawan Berbual
Kashoorga : Semoga Maarof cepat sihat dan bahagia di samping isteri-isteri tersayang.
Sumber: myMetro
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI