Rezeki RM5 juta Mak Jenny, nubhan buat kejutan sewa limosin. “Tak miskin buat untuk mak, malah rezeki makin banyak.’

Begitulah pendekatan yang diambil Nubhan yang sentiasa mencari cara untuk membahagiakan ibunya. Penyanyi Nubhan membuat kejutan dengan menyewa Limosin khas buat ibunya, Badariah Omar, 77, atau dikenali sebagai Mak Jenny.

Artikel Berkaitan: Cantik Berkepok, Tapi Utamakan Solat Dulu. Bagusnya& Nubhan & Isteri Dipuji Solat, Sebelum Ke Majlis

Rezeki RM5 Juta Mak Jenny

Jelas Nubhan, 36, atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, hadiah itu bersempena kejayaan perniagaan ibunya, Sambal Omak Jenny yang mencatat jualan RM5 juta dalam tempoh setahun.

“Itu kejutan untuk mak sempena jualan sambal mencecah RM5 juta dalam tempoh setahun selain meraikan genap setahun perniagaan ini diusahakan. Sejujurnya, saya tak menjangka mak mendapat jualan sebanyak itu. Ternyata ramai sayangkan Mak Jenny.

Ads

Nubhan Buat Kejutan Sewa Limosin

“Sebenarnya puas juga memujuk pihak Limosin untuk buat kejutan di Batang Kali, Hulu Selangor. Sebabnya itu kawasan kampung dan nak masuk ke resort agak susah. Tapi alhamdulillah, mereka bagi kerjasama juga.

“Saya sewa RM6,000 selama beberapa jam saja. Lebih mahal dari naik helikopter tempoh hari. Tapi demi mak tidak mengapa. Disebabkan mak jugalah saya dapat naik limosin dan helikopter. Pendek kata, kita kongsi rezeki,” katanya.

Tak Miskin Buat Untuk Mak

Menurut Nubhan, dia sebolehnya berusaha memenuhi setiap permintaan dan impian ibunya.

“Dari dulu lagi mak banyak keinginan. Cuma, dalam keadaan dirinya sekarang yang dah tua, kalau ke mana-mana kena ada orang ikut dan bantu pergerakannya. Jadi untuk memenuhi segala kehendak dia, apabila bisnes ini sudah sampai tahap ni, bukan saja mak saja, tapi orang lain juga dapat nikmatnya. Sekarang ini mak cuma nak menikmati hidupnya. Tak ada apa nak difikir dah.

Ads

Baca Di Sini:

Ibu Tegur Nubhan AF6 Warnakan Rambut, PU Azman Bagi Pencerahan

Berpuluh Tahun Duduk Flat, Ibu Hampir Rebah Terima Kejutan Rumah Banglo Dari Anak Menjelang Ramadan

Menghampakan Hati Ibu Bapa Satu Dosa Besar, Mampukah Perkahwinan Bahagia Tanpa Restu Orang Tua

Ads

Malah Rezeki Makin Banyak

“Ramai terhibur telatah mak yang spontan. Bila dah ramai suka, saya teruskan saja buat video. Saya tak pergunakan mak pun. Sebaliknya, dalam setiap video itu banyak memberikan mesej mendalam mengenai kasih sayang ibu. Kita takkan miskin kalau nak buat apa-apa untuk mak. Malah, rezeki tu makin banyak.

“Selepas ini nak bawa mak ke Turki. Dia nak tengok bunga tulip. Itu adalah permintaan yang belum saya tunaikan. Jadi, kena tunggu musim bunga baru boleh pergi,” katanya.

Kashoorga : Bertambah rezeki Nubhan bila selalu gembirakan hati maknya.

Sumber : myMetro / Instagram Nubhan

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI