
Rezeki datangnya dari Allah. Sesiapa yang berusaha pasti akan mendapatnya. Jika Allah sudah menulis rezeki buat kita, akan dapat jua tiba masanya. Sama ada cepat atau lambat, rezeki itu tetap tiba bila masanya sudah sampai.
Ini yang Allah janjikan dalam surah Al-Baqarah ayat 22 yang membawa maksud :-
Ertinya : Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui.
Perkongsian dari rider FoodPanda, Muhammad Faris Faizul telah viral di media sosial apabila dia berkongsi kegembiraan hatinya tatkala menerima tips dari seorang pelanggan yang jumlahnya agak banyak iaitu RM1000 ketika membuat penghantaran makanan ke rumah pelanggannya. Lebih mengharukan di sebalik tips itu, pelanggan itu turut menyelitkan sekeping nota meminta agar rider berkenaan mendoakan agar dirinya cepat memperoleh zuriat.
Muhammad Faris akui, inilah tips paling banyak pernah diterimanya sepanjang menjadi rider. Sebelum ini dia ada menerimanya tetapi jumlahnya tidak sebanyak itu.
Dalam satu perkongsiannya di FoodPanda Rider Malaysia, dia menulis:-
Syukur dalam gembira pon ade tadi. Alhamdulillah rezeki petang tadi. Terkejut macam nak melompat dari moto pon ade tadi. Terharu dan rasa sedih. Sebab x jangka nilai yg diberi sebanyak itu. Sebab selalu jugak customer bg tips dalam sampul ni..cuma kalini terkejut bila bukak sampul tu. Mohon kawan2 rider ku untuk doakan akak ni semoga cepat dapat zuriat dgn izin Allah S.W.T..In Sha Allah.

Dia sama sekali tidak menyangka menerima tips yang banyak namun kata wanita itu, belanjalah kawan-kawan sama dan minta mereka mendoakan agar dirinya cepat dapat zuriat dan dimurahkan rezeki lagi.
Inilah kata orang, rezeki tak disangka-sangka. Moga akak itu cepat dikurniakan zuriat. Aaminn.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Setiap Orang Ada Aturan Rezeki. ‘Jangan Mengeluh! Hargai Apa Yang Ada, Bukan Kejar Apa Yang Tak Dapat’

Isi Kandungan
ToggleSetiap orang ada aturan rezeki dalam hidup. ‘Jangan mengeluh, hargai apa yang ada, bukan kejar apa yang tak dapat. Malah bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah kurniakan.
Artikel Berkaitan: ‘Gaji RM1800, 1K Bagi Isteri.’ Ikut Fakta Memang Tak Cukup, Alhamdulillah Rezeki Allah Tak Salah Alamat
Setiap Orang
Lumrah manusia, pasti ada saja yang diinginkan dalam hidup. Mudah cemburu dengan kehidupan orang lain, padahal hidup sendiri diselubungi pelbagai nikmat dan rezeki tanpa kita sedar.
Ikuti perkongsian Dai Wan ini dan fahami apa yang disampaikan baik-baik.
Ada Aturan Rezeki Dalam Hidup
Bila baca ‘post’ begini saya jadi sebak. Sebenarnya, kalaulah setiap seorang boleh tulis pada umur 27 atau bahkan 28, 29, 30 dan mungkin 60 tahun sekali pun.
Sebenarnya kamu akan dapati lebih banyak yang lebih susah. Setiap orang ada aturan rezeki dalam kehidupan dia. Yang penting jangan cemburu dengan apa yang kita belum ada dan then lebihkan menghargai apa yang telah kita ada.
Bila tengok balik setiap kejayaan yang dia pernah ‘Achieved’. Saya sendiri tertanya-tanya, sesungguhnya dia telah memiliki banyak moment manis dalam kehidupan dia.
Jangan Mengeluh
Tapi mungkin kerana keadaan sekarang yang mencabar, telah menenggelamkan segala kenangan manis yang pernah dia kecapi dulu.
Kalian perasan atau tidak?
Sebenarnya bila kita terlalu penat hingga terkadang rasa nak ‘Mati’ penat dengan hidup ini menyebabkan hati kita menjadi ‘Tawar’.
Kita mula hilang kemanisan dalam senyuman. Mulalah, kita hilang kebaikan dalam sangkaan. Kita mula menjadi orang lain. Dulu kita tidak begitu, sekarang kita sendiri tak kenal dengan diri sendiri.
Sebab itu terkadang kita sendiri perlu betul-betul belajar untuk ‘Me-limit’ kan apa yang kita boleh capai dan tambahkan rasa syukur dengan apa yang telah kita capai, dan positifkan pndangan dengan pinjaman masa yang Allah SWT bagi, kita boleh capai kesenangan juga satu hari nanti. That’s the right way to think.
Baca Di Sini:
Hargai Apa Yang Ada
Cuma ingat satu benda ini, kalau apa yang kita ingin capai itu tentang ‘dunia’, itulah sebab yang buat kita bertambah penat.
Saya selalu pesan pada isteri saya. Duit semakin kita kejar, makin tak dapat, makin penat. Bila penat kita semakin hilang taat. Taat pada Allah SWT. Taat pada tanggungjawab. Sebab kita letih. Bila letih, nak tunaikan tanggungjawab penuh rasa ‘terpaksa’. Rasa terbeban.
Sedangkan ini semua salah kita sendiri. Kita yang tak betul melihat apa yang perlu dikejar di dunia ini, tak betul melihat apa yang orang miliki tapi kita kena juga miliki yang sama seperti mereka.

Bukan Kejar Apa Yang Tak Dapat
Apa ini semua?
Bangun dan perbetulkan. Sebab tidak akan pernah terlambat walau berapa pun usia kamu. Usahalah sayang. Usaha lagi. Sebab Allah SWT janji pada setiap yang berusaha pasti akan ada hasilnya.
Hasilnya adalah rezeki yang Allah SWT akan aturkan khas untuk kamu. Bukan seperti yang lain dan ‘tak perlu’ pun seperti yang lain.
Betulkan cara kita hargai kehidupan hari ini. Kita banyak menganiaya diri sendiri sebenarnya. Itu lebih patut kita kesiankan..
Kashoorga : Benarlah Allah akan beri apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu. Renung-renungkan.
Sumber : Instagram Da’i Wan Dazrin
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kalau Makan Petai & Jering, Kita Tak Boleh Masuk Masjid?

Ramai yang suka makan petai dan jering walaupun ia mengeluarkan bau yang sangat menyengat atau lebih tepat lagi busuk.
Bau busuk dari petai disebabkan ia mengandungi sebatian bersulfur yang menyebabkan mulut berbau dan urin busuk. Begitu juga dengan jering ia mengandungi asid jenkolik yang bertoksid. Kelemahan ketara petai dan jering ialah pada baunya yang menyebabkan orang sekeliling yang terganggu.
Dalam hukum Islam memakan kedua-dua ulam ini memang tidak dijelaskan. Namun hukum memakannya dapat disamakan dengan hadis yang menerangkan memakan bawang putih dan merah yang keduanya memiliki aroma yang tajam.
Ada sebahagian makanan atau minuman yang dilarang dalam agama, ada juga yang hanya makruh hukumnya dan ada juga yang halalan thoyyiban, seperti petai dan jering ini. Sebenarnya jenis makanan ini tidak pernah disebutkan dalam Al-Quran dan Hadis.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW;
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه في فتح خيبر أن النبي صلى الله عليه وعلى آله وسلم قال: “من أكل من هذه الشجرة الخبيثة شيئاً فلا يقربنا في المسجد”، فقال الناس: حرمت، حرمت، فبلغ ذلك النبي صلى الله عليه وسلم فقال: “أيها الناس إنه ليس بي تحريم ما أحل الله لي، ولكنها شجرة أكره ريحها
“Dari Abi Sa’id al Khurdry ketika penaklukan Khaibar, Nabi Muhammad SAW bersabda: ‘Siapa yang memakan dari pohon yang berbau ini (bawang merah dan bawang putih) maka janganlah mendekati masjid.’ Orang-orang pun langsung bercerita-cerita tentang sabda nabi ini, mereka mengatakan: ‘Diharamkan, diharamkan.’ Hingga sampailah isu ini ke Rasulullah SAW, maka beliau bersabda: ‘Wahai umat manusia, sesungguhnya saya tidak mengharamkan apa yang telah Allah halalkan, akan tetapi pohon ini, aku tidak suka baunya,” (H.R Muslim).
Dari hadis ini, jelaslah bahawa bawang merah dan bawang putih tidaklah dilarang. Akan tetapi nabi hanya tidak suka baunya saja, kerana akan mengganggu keselesaan orang sekeliling, sehingga nabi melarang orang yang memakannya masuk masjid, yang menyebabkan orang lain hilang tumpuan ketika solat.
Bagaimanapun, bawang yang telah dimasak tidak mengeluarkan bau selepas memakannya, maka ia tidak akan mengganggu ketenteraman sekeliling, maka tidak menjadi masalah kepada kita untuk ke masjid.
Begitu juga dengan petai dan jering, jika sudah dimasak ia kurang mengeluarkan bau yang kuat malah kita boleh menggosok gigi atau mengunyah gula-gula getah sesudah makan bagi menghilangkan bau mulut.

Akan tetapi ada yang memakruhkannya dengan alasan, baunya memberi mudarat kepada orang lain kerana Nabi sangat menganjurkan agar kita selalu menjaga kenyamanan dan jangan pernah mengganggu orang lain.
Kesimpulannya, kita dibolehkan makan petai dan jering, tetapi jangan terlalu banyak kerana bimbang tidak disenangi orang sekeliling.
Dalam masa sama, petai juga akan menyebabkan angin dalam badan kerana proses penghadaman yang lambat. Manakala, asid jenkolid pada jering akan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang jika dimakan kerap dan banyak.
Kashoorga: Apa pun yang kita makan, seharusnya diambil dalam kadar sederhana dan tidak mengganggu orang sekeliling.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Cara-cara Padu Rasulullah Urus Perniagaan Sukses Dunia Akhirat

Isi Kandungan
TogglePerniagaan mencakupi 9/10 sumber rezeki. Satu-satunya cara padu jadikan perniagaan sukses ialah dengan meniru cara Rasulullah.
Rasulullah kita sendiri telah mula berniaga dari zaman kanan-kanak lagi apabila baginda membantu pakciknya iaitu Abu Talib berniaga barang dagangan ke Syam. Sepanjang mengikuti rombongan berdagang milik Saidatina r.a Khadijah, Rasulullah seringkali meraih kejayaan dalam misi dagangnya. Apakah rahsia baginda? Justeru itu, elok sangat kita melihat dan mempraktikkan apa sahaja cara yang dilakukan oleh Baginda untuk berjaya dalam perniagaan. Ia terbukti berkesan sehingga hari ini.
Tidak Berdebat Dalam Perniagaan
Percaya tak bahawa Rasulullah tidak akan dan tidak sesekali menyakiti hati ahli perniagaan lain. Cara ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum diangkat menjadi rasul lagi.
Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah.
Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”
Letak Harga Pokok Tawar Harga Yang Termampu
Pada zaman itu, semua peniaga Arab meletakkan harga paling maksimum kepada pembeli. Apa yang menakjubkan, baginda tidak amalkan cara tersebut. Baginda mempraktikkan cara jualan yang unik; lain daripada kebiasaan yang diamalkan peniaga Arab atau pun bukan Arab.
Rasulullah SAW menjual barang dagangan dengan menawarkan harga pokok dan meminta para pelanggan membayar ikut kemampuan. Jelas sekali Baginda sangat bertimbang rasa dan mengasihani sesama manusia. Cara ini menyebabkan ramai pelanggan gembira, berpuas hati dan tidak berasa tertipu sebagaimana biasa. Kesannya, barang dagangan Baginda sangat laris dan seringkali habis awal.
Murah Dengan Senyuman Dalam Perniagaan
Berniaga wajah perlu manis. Tidak semestinya tampan bergaya, memadai dengan sentiasa mengukirkan senyuman kepada pelanggan. Amalan rajin memberi senyuman ini menyebabkan ramai pelanggan selesa apabila berurusan dengan baginda.
Apatah lagi Allah SWT mengurniakan baginda wajah kacak dan tampan.Namun begitu, ketampanan adalah sebagai satu bonus. Jika kita suka sedekahkan senyuman kepada pelanggan, pastinya mereka berasa selesa berurusan kerana terserlah keindahan dan akhlak yang baik seorang peniaga.
Jujur Perlu Ada
Sikap jujur adalah akhlak yang terpuji dan ia amat penting dalam perniagaan.Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).
Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan.
Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu.
“Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu. “Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Rasulullah.
Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”

Tidak Bersumpah Palsu
Rasulullah SAW sangat mengecam sebarang amalan perniagaan yang ada unsur penipuan atau tipu helah ditambah pula sanggup bersumpah palsu.
Baik Hati Dan Lemah Lembut
Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan.
Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan.”
Perniagaan Tidak Kejar Harta Semata-mata
Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Selain untuk menyara kehidupan, Baginda sangat bekerja keras bagi menunjukkan komitmen tingginya kepada mana-mana orang kaya agar mereka yakin dan ingin mengeluarkan modal mereka untuk digunakan oleh Baginda sebagai modal membesarkan perniagaan.
Lancar Tutur Kata
Rasulullah SAW merupakan seorang yang mempunyai kebolehan dalam menyusun tutur kata. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila Baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah, Baginda memperoleh keuntungan yang banyak.
Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan Baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah, bermaksud:
“Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelas lagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama Baginda)
Perniagaan Untung 100% Bersyarat
Ada pendapat sebahagian ulama mengatakan untung hanya boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah SAW lebih utama untuk kita jadikan pegangan.
Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar.

Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar. Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu).
Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkatan dalam perniagaan yang dilakukannya.
Abu Daud meriwayatkan, Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar keuntungan). Lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk para pelanggan.
Daripada dua contoh di atas berasaskan dalil yang sahih, kita dapati tidak mengapa kita menaikkan keuntungan sesuatu jualan produk sehingga 100%.
Cuma yang dilarang adalah menyorokkan barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak, dan dijual kembali apabila harganya dinaikkan.
Setelah membaca cara Rasulullah berniaga dan mengamalkannya, sudah tentu bukan sahaja usahawan tersebut beroleh pahala, tetapi juga mencipta kitaran niaga yang sihat dan berdaya saing.Peniaga sudah tentu tidak mahu dikecam dan didoakan yang buruk-buruk oleh pelanggan. Semoga berkat rezeki kita nanti.
Sumber artikel dan disunting semula: zakatpahang
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI