Sebelum ini heboh memperkatakan kluster tabligh yang dikatakan antara pesakit terawal yang dijangkiti wabak koronavirus setelah menghadiri satu ijtimak di Masjid Seri Petaling.
Namun rata-rata kluster tabligh ini sangat bagus dan menurut perintah bila disuruh untuk membuat saringan rawatan di hospital.
Malah sikap mereka juga ketika menjalani kuarantin di hospital sangat dipuji kerana wad sering bergema dengan suara azan, solat berjemaah, mengaji dan berzikir.
Inilah sebahagian pengalaman yang diceritakan oleh frontliner sepanjang merawat pesakit dari kluster tabligh ini. Namun lain pula halnya dengan kluster baru yang kini sedang menjalani rawatan di hospital.
Dalam satu perkongsian oleh seorang frontliner, Dr. Mohd Afiq di laman sosial Facebooknya menceritakan pengalamnnya dilayan oleh kluster yang dikataakan menjengkelkan.
Kluster baru yang menjengkelkan..
Dulu setiap hari satu bas turun daripada tabligh dan madrasah. Diorang ni semua sangat mudah memberikan kerjasama. Seronok terasa merawat diorang ni walaupun berpeluh-peluh dek PPE. Rasa macam rawat kawan-kawan kita yang sangat mesra dengan kita.
Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad. Bacaan al-quran hampir setiap masa. Wad kusta lama yang penuh dengan cerita hantu pun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka. Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tak pernah merungut..
Itulah Kluster TABLIGH.. walaupun mungkin saya tak berapa setuju mereka di cop sebagai kluster tabligh dek kerana satu dua peserta yang pentingkan diri sendiri menyebabkan yang lain menjadi mangsa.. tapi disebabkan zikir yang di sebut semua maka nak buat macam mana.
Kini datang satu kluster baru. Diorang panggil kluster TURKEY/OVERSEA. Saya panggil kluster JENGKEL. Bas kini datang daripada KLIA dan hotel-hotel. Diorang ni acah-acah jadi mangsa penyakit covid. Padahal masa diorang pergi melancong, diorang tanpa segan silu papar gambar diorang melancong malah ada yang siap perli kata corona tiada kat tempat sejuk dsb. Kadang-kadang terasa macam kita ni lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid itu..
Dan mintak maaf cakap. Kluster ni lebih banyak demand. Bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, diorang ni demand taknak pergi sebab panasla, tidak selesa dan macam-macam lagi. Tu tak termasuk yang dok persoal kenapa nak amik darah la, kenapa tak amik swab awal la dan bila kita masuk untuk periksa diorang masing-masing sibuk dengan gajet. Kita ni macam endah tak endah je..
Bukan semua yang macam tu especially yang berada di luar negara atas urusan yang tak dapat dielakkan seperti belajar. Tetapi so far yang dapat sebab pergi melancong ni memang sangat menjengkelkan..
Saya faham. Mereka ni kebanyakan orang berada, ada kabel besar dan tak puas hati sedikit terus bawak ke atasan, di kuarantin pun di hotel-hotel.
Nak buat macam mana.. kene hadap jugak la untuk berapa bulan pulak yang mendatang. Kita ni pekerja kesihatan berapa ramai yang dah tak dapat jumpa mak ayah sebab kerja kita berisiko. Diorang ni plak datang dan tambah masa kita berjauhan. selamatlah bekerja semua.
Rindu geng tabligh.
Perkongsian ini mendapat perhatian dari warganet apabila 48K sebagai tanda suka dan sebanyak 27K pula untuk butang kongsi. Rata-rata memberi komen padu dengan perkongsian ini.
Iera Omar Semoga doktor dan semua frontliner tabah hadapi semua ni..ssh klu jns manusia selfish ni..
Nuriea Mohamed Ada hikmah allah jadikn cluster tabligh awal2 sbb nak bg frontliner ni xterbeban sgt. Klu bg geng2 ni yg awal2 dlu mgkin berganda2 stresnya
Norhidayah Rezali Allah swt perlihatkan indahnya sikap dan Perhubungan sesama manusia antara org yg beriman dan org yg iman senipos kulit bawang atau hilang imanNya… ALLAH SWT uji mereka antara 2 jenis2 manusia ni utk dilihat pd kita semua betapa indah dan sennag ya org lain bila berdepan dgn mereka yg ditimpa ujian bila akhlak yg baik sentiasa dibawa bersama.. Alhamdulillah Kluster tabligh ramai dah merdeka pulang ke tumah, semoga anda sihat2 belaka dan berbahagialah bsama family dah lama dah me anti pulangnya anda
Nadzri Yunus Sentiasa rendah diri dan memandang orng lain lebih baik dari mereka.. ITULAH sifat orng tabligh.. Ya Allah berilah hidayah mu…
Emelia Fatihatulquran Allah SWT telah perlihatkan kepada dunia siapa jemaah tabligh? Akhlak mereka bagaimana, apa yg mereka bawa… semuanya Islam…. yg telah menemui ajal dari kalangan tabligh, sebenarnya Allah SWT sudah lama rindukan mereka dan ingin menempatkan mereka didalam syurga firdausi… itulah kematian yg dicemburui… SYAHID!
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI