Ramai mendirikan solat fardu tapi mungkin tidak ramai mendirikan solat sunat sebelum mengerjakan solat fardu berkenaan.
Jika belum terbiasa melakukannya, apa kata Ramadan ini cuba-cuba untuk melaksanakan solat sunat ini kerana fadilatnya amat besar. Lagi pun ia tidak mengambil masa yang panjang. Cuma beberapa minit sahaja sebelum kita menunaikan solat fardu.
Solat rawatib sebelum solat fardu dikenali sebagai solat sunat qabliyah, manakala solat rawatib setelah solat fardu pula dikenali sebagai solat ba’diyah.
Hikmah pensyariatannya ialah bagi menyempurnakan segala kekurangan sewaktu mengerjakan solat fardu, seperti tidak khusyuk atau tidak mentadabbur ayat-ayat yang dibaca. (Rujuk Hasyiyah al-Bujairimi ‘ala al-Khatib, 1/413-414)
Solat sunat rawatib ini pula terbahagi kepada mu’akkad (ditekankan) dan ghairu mu’akkad (tidak ditekankan).
Ada pun tentang jumlah rakaat solat rawatib yang mu’akkad, telah tsabit hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah R.’Anha yang menjelaskan terdapat dua belas rakaat solat Rawatib sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:-
Maksudnya: Tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat kerana Allah SWT dalam satu hari dua belas rakaat sebagai tathawwu’ dan bukan fardu, melainkan Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. (Sahih Muslim (728).
Ada mengatakan 10 sahaja berdasarkan hadis sahih Al-Bukhari.
Melalui riwayat Ibnu ‘Umar R.A pula menunjukkan jumlah rakaat solat rawatib adalah sepuluh. Beliau berkata:-
Maksudnya: Aku telah menghafal (menjaga) dari Nabi SAW tentang sepuluh rakaat (iaitu solat sunat) iaitu dua rakaat sebelum solat Zohor dan dua rakaat sesudahnya, dua rakaat setelah solat Maghrib di rumahnya, dua rakaat setelah solat Isyak di rumahnya dan dua rakaat sebelum solat Subuh. Sahih al-Bukhari (1180
Paling afdal, buatlah 10 sahaja iaitu solat sunat rawatib yang mu’akkad ialah:-
1. Dua rakaat sebelum Subuh
2. Dua atau empat rakaat sebelum Zohor
3. Dua rakaat (dari empat rakaat) selepas Zohor
4. Dua rakaat selepas Maghrib
5. Dua rakaat selepas solat Isya’ (Al-Taqrirat al-Sadidah, hal. 284 dan Matla’ al-Badrain, 1/132)
SOLAT RAWATIB GHAIRU MU’AKKAD
Solat sunat rawatib yang tidak mu’akkad pula ialah:-
1. Dua rakaat terakhir (dari empat rakaat) sebelum Zohor
2. Dua rakaat terakhir (dari empat rakaat) selepas Zohor
3. Empat rakaat sebelum Asar
4. Dua rakaat sebelum Maghrib
5. Dua rakaat sebelum Isya (Rujuk Al-Taqrirat al-Sadidah, hal. 285 dan Matla’ al-Badrain, 1/132-133)
Maksudnya:Sahaja aku solat sunat selepas Zohor dua rakaat kerana Allah Taala.
Boleh baca apa saja surah seperti surah lazim kerana tiada pengkhususan surah mengenainya. Insya Allah, moga Ramadan tahun ini lebih baik untuk kita dari tahun-tahun sebelumnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tidak dinafikan sepanjang COVID-19 ini banyak pengalaman untuk kita kongsi daripada bekas pesakit yang menerima rawatan di hospital
Salah satunya adalah kisah seorang anak yatim piatu ini di sebuah hospital di Kelantan yang menjalani rawatan COVID-19.
Jika orang lain sepanjang dikuarantin ada gajet menemani di sisi, tetapi lain halnya dengan anak yatim juga #anaktahfiz ini apabila duduk sendirian di wad isolasi dan hanya mengisi masa dengan Al-Quran.
Dan ternyata kisah adik Alhan ini sendirian di biik kuarantin megundang sebak di hati petugas pengurusan sisa klinikal di hospital bernama Mohd Irman Mat.
Menurutnya perkongsian ini bukan untuk mengaibkan dan bukan untuk dihormati buat ini adik ini sekadar perkongsian bersama.
Alhamdulillah..
“Hari ni adik alhan #anaktahfiz dah boleh discharge slepas berada d sini lebih kurang 5,6ari sblum tu d hosp p.mas 10ari (suspek jangkitan COVID19) . Syukur pada mu ya ALLAH.. Hari Pertama aku melihat dia d dlm bilik kuarantin, hati jd sayu..
“Manakan tidak sedih tgok seorang budak umur 11 thn, duduk keseorangan tanpa ke dua ibubapa( tanpa gadjet, hanya bertemankan alquran)… Mula2 skali perkataan hok dia kata.. Puas abe!!
“Aku ambil masa sekejap berbual dgn dia(walaupon tahu risiko jika duk lama2).. Tanya ibubapa duk mana, dia senyap.. Nampak lain muka dio… Aku cuba risik tanya ore2, rupa2 nya adik alhan ni ank yatim piatu…
“Lepas pada tu, stp hari pg n petang bila aku masuk melakukan kerja mengutip sisa klinikal.. Aku meluang kn sekejap masa 5@10 minit utk berbual dgn adik alhan.. Jarang2 skali bertanya dia ada nk makan gapo.. Aku cuba g beli ko dia, walaupon aku pom bukan berkemampuan tp boleh la berkongsi sedikit rezeki….
“Hari ini, bila aku masuk mengutip sisa klinikal..
“Aku tengok dia gembira, rupa2nya dia dah boleh keluar.. Aku berani kan diri memberikan dia telefon aku utk dia berbual dgn ustaznya y juga suspek covid19 tp duduk d wad lain…(walaupon aku tahu kontek bila berhubung dgn suspek covid) adik alhan negativ..
“Inshaallah dik, semoga kita dapat berjumpa lg dluar…inshaallah… Ingatkn byk lagi y nk dceritakn bersama adik alhan.. tp X cekat nk menaip doh…
“Kesimpulan aku d sini… CUBA KITA BAYANGKAN ANAK ITU ANAK KITA Y X PERNAH BERPISAH DGN KITA.. TERPAKSA HIDUP KESEORANGAN KERANA VIRUS COVID19 Y KITA PANDANG REMEH… JADI TURUTILAH ARAHAN #PKP#STAYATHOME#KITAJAGAKITA#FIGHTCOVID19#PRAY4MALAYSIA
“Maaflah perkongsian aku ini bkn utk mengaibkan adik alhan, bkn utk dhormati. TAPI SEKADAR PERKONGSIAN UTK KITA BERSAMA…
Setiap kali melihat iklan ditayangkan dalam satu program di kaca televisyen, hati tertanya-tanya siapakah pemilik jenama susu ini. Popularitinya menjadi semakin naik sejak menjadi penaja bagi rancangan berkenaan.
Malah dalam satu segmen, jenama susu terkenal ini juga turut berkongsi rezeki dengan insan yang lebih memerlukan.
Ternyata biarpun sudah popular dan menempa kejayaan berganda, tetapi jenama susu ini tidak lokek untuk berkongsi rezeki bersama orang lain.
Hasil titik peluh selama ini.
Menyingkap sejarah pembabitan jenama susu ini, rupanya ada kisah di sebalik kenapa mereka tidak lokek untuk berkongsi rezeki.
Dikenali dengan panggil ‘Bos Susu’, Encik Azmi Zainal yan juga merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO) berkongsi kenapa mereka bermurah hati menyumbang sejumlah wang kepada insan lain yang memerlukan.
‘Bos Susu’ En Azmi Zainal yang semakin dikenali.
Menurutnya sebelum jenama ini mendapat pengiktiran senagai jenama no 1 susu segar di Malaysia, syarikat ini juga pernah diduga dengan pelbagai kepahitan.
Memulakan syarikat dengan kecil-kecilan dan mendaki tangga sedikit demi sedikit sebelum berada di tahap sekarang.
Tambahnya ketika mahu memperkenalkan jenama ini kepada pengguna mereka mengunakan medium menjual di pasar malam dan pasar tani terlebih dahulu.
Kancil merah ni lah jentera pengangkut susu dari satu pasar malam ke pasar tani… kancil merah ni lah juga yg brader bawa utk meeting2 ngan manager2 supermarket… ia ibarat ferrari merah
Malah menghantar stok susu berkenaan dengan menggunakan khidmat bas ekspres memandangkan tiada pengangkutan lori yang besar.
Bukan itu sahaja, mereka juga turut disindir oleh pesaing melihat kegigihan untuk memasarkan produk ini di pasaraya besar.
Namun lali dengan cemuhan, mereka terus berusaha dan kekal berdoa agar jenama susu akan dikenali dan menjadi produk nombor 1 di Malaysia satu hari nanti.
Keratan akhbar.
Buktinya kini, produk jenama susu mereka iaitu Farm Fresh begitu digemari ramai. Oleh sebab tahu asal usul zaman keperitan sebelum ini menyebabkan mereka terpanggil untuk membantu orang lain yang dalam kesusahan bersama projek CSR ini.
Kenapa GV Farm Fresh ada segmen kongsi rezeki? Bagus ya Farm Fresh n Astro ni bantu artis2 yg memerlukan…byk sekali komen2 positif yg di lontarkan oleh netizen d social media… terimakasih brader ucapkan pada mereka yg menyokong kami
Ramai mengenali kami dgn jenama kami Farm Fresh… jenama no 1 susu segar d malaysia… jualan ratusan juta setahun… ada beribu ekar ladang d Malaysian dan Australia, punya kilang tercantik, tercanggih dan terakhir ini menaja GEGAR VAGANZA dgn jutaan ringgit dan bagi sumbangan RM 10 000 pada artis yg kurang bernasib baik
Guna medium jual di pasar malam dan pasar tani.
Mungkin tidak ramai penonton GV yg tau kisah brader dan bro Loi memulakan bisnes kecil kami sehingga mencapai ketahap ini kami bermula dgn 60 ekor lembu dan membeli susu dari penternak, kami hantar susu2 tu naik bas ekspres kerana tiada lori yg nak heran pun setakat nak hantar kan susu 10-20 kotak ke KL, brader tunggu bas ekspress d petronas sungai besi… kami jual d kedai2 kecil dahulu sebelum masuk ke supermarket… bila petang brader akan jual sendiri d pasar malam dan pasar tani.. kami rasa perit dan susah… bukan hanya air mata shj yg mengalir…
maruah juga di injak2kami tidak pernah kenal erti tewas… ramai yg mentertawakan kami… malah kompetitor kami kata pada buyer supermaket…”biar lah itu company kecik… kita x payah usik… nanti dia sendiri mati maaaa”… kami simpan itu sebagai semangat dan dgn dendam kesumat… bila nak cari promoter pulak, ramai promoter2 yg ketawakan brader…”betul ke kau blh byr gaji ni… kau pun pakai selipar je”… kami telan semua itu… kami terus berusaha dan berdoa….
Bantu golongan yang lebih memerlukan.
kami tau bagaimana perasaannya menjadi orang susah yg memerlukan… atas dasar keinsafan dan sedar asal usul kami… kami tidak pernah lupa dan sentiasa ingat hari2 kami bermula dulu… sebab tu lah kami buat GV Farm Fresh CSR ini.
Tunggukan artis CSR kita mlm ni… kasi surprise sikit… ramai yg merinduinya, dan jangan luoa juga tunggu apa brader nak cakap mlm ni.. sekarang ni d tangga eskalator pun orang ajak selfie… kita jumpa mlm Astro Ria 104 jam 9mlm.
Kain kafan yang selalu kita lihat membaluti jenazah adalah berwarna putih, jarang sekali kita lihat selain warna ini. Jika ada pun mungkin atas faktor kecemasan.
Bagaimanapun, bagi menjawab persoalan menarik ini, kita ikuti penjelasan dari pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalan:
Assalamu’alaikum S.S Mufti, bagaimanakah kita ingin mengkafankan jenazah di kawasan yang tiada padanya kain kafan berwarna putih ?
Jawapan:
Wa’alaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Kafan bermaksud suatu yang membalut atau menutup badan jenazah yang meninggal dunia. Secara umumnya, mengkafankan jenazah dengan kain putih adalah dituntut di sisi syarak. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah
“Pakailah dari pakaian kamu yang berwarna putih, sesungguhnya ia merupakan pakaian terbaik kamu dan kafankanlah orang yang meninggal dunia dari kalangan kamu dengan warna putih” Riwayat Abu Daud (4061)
Kata perintah dalam ayat tersebut membawa kepada hukum sunat. Ini kerana, Rasulullah S.A.W ada memakai pakaian-pakaian yang tidak berwarna putih dalam keadaan yang banyak bagi menjelaskan keharusannya.
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa proses mengkafankan jenazah ini disunatkan padanya untuk menggunakan kain kafan yang berwarna putih.
Jenis (kainnya) pula bagi hak si mati adalah apa yang dibolehkan untuk dia memakainya semasa masih hidup. Maka dibolehkan untuk dikafankan orang perempuan menggunakan kain sutera, namun makruh hukumnya. Manakala bagi orang lelaki haram dikafankan dengan kain sutera.
Justeru, jika tiada kain kafan dalam pemahaman masyarakat iaitu kain yang berwarna putih, maka boleh untuk jenazah dikafankan dengan apa sahaja kain yang dibolehkan untuk si mati memakainya semasa hayatnya.
Sekiranya tidak mencukupi tiga helai kain, memadailah dengan sekadar sehelai kain sahaja untuk menjadi kain kafan kepada si mati.
Kata Imam al-Nawawi: أقل الكفن ثوب ، وأكمله للرجال ثلاثة ، وفي قدر الثوب الواجب ، وجهان . أحدهما : ما يستر العورة ، ويختلف باختلاف عورة المكفن في الذكورة والأنوثة . والثاني : ما يستر جميع بدنه إلا رأس المحرم ، ووجه المحرمة
Maksudnya: Sekurang-kurang kain kafan adalah sehelai pakaian. Yang paling lengkap adalah tiga helai pakaian. Kadar pakaian yang wajib (sebagai kain kafan) ada dua pandangan (di sisi ulama mazhab).
Pertama: (Pakaian) yang menutup aurat, dan ia berbeza dengan perbezaan aurat individu yang dikafankan antara jenazah lelaki dan jenazah wanita.
Kedua: Pakaian yang menutup kesemua tubuh badan jenazah melainkan kepada jenazah yang dalam keadaan berihram dan wajah jenazah perempuan yang dalam keadaan berihram.
Kesimpulan
Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa sekiranya tidak terdapat kain kafan yang berwarna putih keseluruhannya itu untuk digunakan dalam proses mengkafankan jenazah, adalah dibolehkan untuk dikafankan jenazah dengan pakaian yang menutup seluruh aurat jenazah dengan jenis kain yang dibolehkan kepada dirinya untuk dipakai semasa hayatnya di dunia.
Kami juga mencadangkan agar para pendakwah yang berdakwah kepada masyarakat-masyarakat di pedalaman agar turut membawa bersama bahan-bahan pengebumian masyarakat bagi memudahkan urusan masyarakat tersebut.
Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.
Kashoorga: Bukan sahaja pendakwah, kita sebagai individu harus membuat persediaan awal dengan menyimpan baik kain kafan putih bagi kegunaan masa hadapan. Kita tak tahu bila ajal kita sampai.
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...