Hari ini sudah masuk hari ketiga kita menjalani ibadah puasa. Walaupun tahun ini situasi Ramadan agak berlainan, tetapi yang penting menunaikan ibadah ini dengan penuh istiqamah.
Dalam kita berpuasa, jangan sesekali abaikan amalan wajib lain terutamanya solat. Tidak ada gunanya seharian berpuasa tetapi tidak bersolat. Ini kerana solat itu lebih utama kerana merupakan tiang agama.
Pendakwah Bebas, PU Riz dalam Tazkirah Ramadan memberitahu kedua-duanya adalah wajib untuk dilakukan.
“Solat dan puasa itu kedua-duanya perlu dilaksanakan. Tetapi bila kita tinggal salah satu terutama solat kerana solat itu adalah satu amalan yang membezakan orang Islam dengan bukan Islam.
“Kalau puasa orang Yahudi pun puasa juga. Kalau amalan solat macam kita buat ini, hanya orang Islam yang melakukannya.
“Jadi wajib kita laksanakan kedua-duanya, solat dan puasa dan semogą kita mendapat manfaatnya,” katanya.