‘Rumah adalah harta sepencarian.’ Isteri berhak tuntut bila suami meninggal. Hukum faraid ini kita harus ambil tahu agar tidak ditindas lebih-lebih lagi wanita.
Tidak dinafikan selagi suami atau pasangan masih ada tidak ada masalah di mata kasar. Namun setelah dia pergi, pelbagai ragam manusia terutamanya ahli keluarga terdekat mula menunjukkan perangai sebenar.
Oleh sebab itu kita tahu hukum. Memang perit kehilangan suami namun hidup perlu diteruskan apatah lagi buat balu yang memiliki anak yang masih kecil dan ramai.
Artikel Berkaitan:
Sebaiknya, wanita yang kehilangan suami perlu tahu hukum-hakam tentang faraid agar dapat menuntut hak sebagai seorang isteri pada harta yang ditinggalkan suami atau bekas suami.
Menurut Peguam Syarie, Khairul Fahmi Ramli, jika pasangan itu membeli rumah dalam tempoh perkahwinan sama ada dibeli oleh suami atau isteri, ia boleh dianggap sebagai harta sepencarian.
“Apabila suami beli rumah tersebut semasa tempoh perkahwinan dan suami meninggal, rumah itu dikategorikan sebagai harta pencarian dan isteri boleh membuat tuntutan berdasarkan tiga keadaan.
“Antara tiga keadaan yang membolehkan isteri menuntut rumah sebagai harta sepencarian adalah bila suaminya cerai hidup, suami disahkan berpoligami dan suami meninggal dunia (balu),” katanya dalam satu sesi siaran langsung di laman Facebook miliknya.
Tambah Khairul, jika isteri diceraikan dan berlaku kematian suami dalam tempoh iddah, wanita itu boleh membuat tuntutan terhadap harta sepencarian dan harta pusaka suami.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan, jika rumah dibeli oleh suami sebelum tempoh perkahwinan, ia tidak dikira sebagai harta sepencarian.
“Sekiranya setelah berkahwin, isteri mengeluarkan duit sendiri dalam membantu membesarkan atau mengubah suai struktur rumah, ia boleh dikategorikan sebagai harta sepencarian dan isteri ada hak membuat tuntutan,” katanya.
Baca Di Sini:
Kashoorga: Bila suami meninggal, isteri bukan hanya hilang suami tetapi termasuklah saudara mara sebelah suami apabila saling bermusuhan disebabkan harta.
Sumber: Kosmo Online, Khairul Fahmi Ramli
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.