
Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kesemua makhluk meliputi manusia, tumbuhan dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu. Riwayat Muslim (1955).
Pemergian artis disegani Adibah Noor meninggalkan kesan kepada mereka yang rapat dengannya. Bahkan selepas pemergiannya juga, dirinya meninggalkan 41 ekor kucing yang dipeliharanya termasuk kucing-kucing jalanan.
Semasa hayatnya, arwah pernah memaklumkan, sejujurnya dirinya kurang pasti berapa banyak berhabis bagi membayar makanan, kos bulanan dan perubatan untuk kucing-kucing yang dibela.
“Apa yang pasti, saya tidak pernah berkira jumlah wang untuk kegunaan mereka.” Kata arwah.
Dalam pada itu, nasib 41 ekor kucing miliknya, akan terbela apabila Rumah Amanah iaitu rumah perlindungan kucing yang terletak di Hulu Langat bersedia membelanya jika hubungi ole waris arwah.

Dalam hantaran di fb mereka, “tiada masaalah jika kucing-kucing arwah lebih 40 ekor nak berteduh di Rumah Amanah, Hulu Langat, Selangor.
“SOP no. 1 Kematian Tuan Kucing, warisnya bolehlah PM saya. Tak perlu bayar apa-apa dan tak perlu bagi makanan kucing-kucing tu setiap bulan. Malah setiap hari Ahad dari pukul 2.30 hingga 6.30 ptg adalah hari melawat. Terbuka kepada umum, tulis mereka.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Mungkin Allah Tahu Kita Belum Mampu.’ 7 Tahun Aprena Manrose Terus Bersabar Menanti Kehadiran Zuriat

Isi Kandungan
Toggle“Mungkin Allah tahu kita belum mampu.’ 7 tahun Aprena Manrose terus bersabar menanti kehadiran zuriat. Hanya sabar menjadi peneman tatkala melihat kebahagiaan orang lain menimang cahaya mata.
Tidak semua pasangan yang berkahwin dikurniakan rezeki yang cepat untuk menimang anak. Ada yang bertahun-tahun Allah uji sebelum dikurniakan zuriat. Begitu juga dengan pelakon Aprena Manrose. Dia salah seorang yang diuji.
Artikel Berkaitan:
Mungkin Allah Tahu
Memetik laporan Kosmo Online, Aprena Manrose juga pernah menasihati sepupunya yang juga pelakon, Uqasha Senrose agar sentiasa kuat dalam berdepan kecaman ramai berhubung isu zuriat.
Bagi Aprena, 30, nasihat tersebut dititipkan kepada Uqasha yang sebelum ini pernah menjadi bahan kecaman segelintir netizen kerana masih belum mempunyai anak selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
“Mulut orang memang tidak boleh tutup mulut dan disebabkan itu jugalah hati kita boleh terkesan. Jika tiada orang punya mulut (kecaman), kita okey sahaja sebenarnya.
“Saya sudah tujuh tahun berkahwin, Uqasha pula baru dua tahun. Kalau tujuh tahun (tiada anak) pun boleh sabar menahan mulut orang, dia pasti boleh juga,” kata pelakon Hatimu Sedingin Salju itu.
Kita Belum Mampu
Pemilik nama penuh Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman mengakui isu anak sangat sensitif dalam kalangan wanita yang sudah berkahwin.
“Saya ada beri nasihat kepada Uqasha apabila dia dihentam sebegitu, sebab saya lagi kuat berbanding dia.
“Selalu juga saya pesan, dia baru dua tahun kahwin dan perlu banyak bersabar. Kalau Allah SWT nak beri, Dia akan bagi dan kalau tidak, maksudnya belum masanya lagi,” ujarnya.
7 Tahun Aprena Manrose Terus Bersabar
Dalam pada itu, sama seperti wanita TTC atau Trying To Conceive (wanita yang cuba mengandung) lain, Aprena turut tidak terlepas daripada berasa sedih kerana belum dianugerahkan rezeki untuk menimang cahaya mata.
Dedah adik kepada pelakon Oktavia Manrose itu, usahanya melakukan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada tahun lalu juga masih belum berhasil.
“Saya berehat seketika daripada lakonan sebelum ini sebab buat IVF tetapi masih belum ada rezeki dan agak sedih juga.
“Namun, saya baru buat sekali kalau nak bandingkan usaha wanita lain yang sudah berkali-kali lakukannya.

Menanti Kehadiran Zuriat
“Mungkin Allah tahu kita belum mampu daripada aspek kewangan atau kemampuan untuk jaga anak. Saya selalu fikir begitu supaya tidak terlalu stres,” jelasnya
Sebelum ini, Uqasha pernah menerima komen berbaur sindiran daripada segelintir individu yang mempertikai dia masih belum dikurniakan cahaya mata selepas dua tahun berkahwin dengan pelakon, Kamal Adli.

Bukan itu sahaja, komen netizen tersebut turut menyindir dengan memetik nama adik-beradik dan keluarga Uqasha seperti Nelydia Senrose dan Aprena yang juga masih belum menimang cahaya mata.
Baca Di Sini:
‘Perli Pasangan Tiada Zuriat.’ Jangan Berlebihan, Ini Soal Rezeki & Ketentuan Allah
Kashoorga : Bila tiba masanya, pasti Allah akan mambulkan doa kita. Amin.
Sumber: Kosmo Online, Instagram Aprena Manrose
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Tak Pernah Rasa Terbeban & Anggap Seperti Anak Sendiri. ‘Kami Akan Jaga Amanah Yang Ditinggalkan.’

Isi Kandungan
ToggleTak pernah rasa terbeban dan anggap seperti anak sendiri. ‘Kami akan jaga amanah yang ditinggalkan.’ Biarpun perit kehilangan dua insan tersayang, namun kehidupan perlu diteruskan.
Wanita ini bukan saja kehilangan abang sulungnya, malah dia turut kehilangan kakak ipar yang juga sahabat baiknya selepas dua insan kesayangan itu meninggal dunia dalam kemalangan, tahun lalu.
Artikel Berkaitan:
‘Aydan Tidur Dulu, Nanti Mama Ayah Tidurlah.’ Lukisan Terakhir Anak, Petanda Dia Pergi Selamanya
Tak Pernah Rasa Terbeban
Sejak tragedi itu, Norhaziantie Zailani, 33, mengambil alih tugas dan tanggungjawab menjaga tiga anak pasangan itu yang kini meneruskan kehidupan dengan kasih sayang dan perhatiannya serta keluarga.
Mengimbas tragedi hitam itu, abangnya, Mohamad Shafiq Zailani dan isteri, Faieznoor Mansor serta bayi mereka berusia 10 bulan, Daryan Marwa meninggal dunia akibat kemalangan di Kilometer 200 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di sini, 19 November tahun lalu.
Manakala, tiga anak mereka yang selamat dalam kejadian itu ialah Mohamad Danish Uqasha, 10, Dhia Medina, 6, serta Damiaa Melissa, 3.

Anggap Seperti Anak Sendiri
Jelas Norhaziantie, hubungannya dengan abang, Mohamad Shafiq yang dipanggil Along memang sangat rapat selain kakak ipar, Faeiznoor adalah sahabat baiknya, malah mereka juga tinggal di kawasan perumahan sama dan bersebelahan.
Menurutnya, sejak pemergian dua insan tersayang itu dia mengambil tanggungjawab menjaga tiga anak saudara dengan kerelaan diri sendiri dengan persetujuan suami Khairul Haznizam Roslan, 37.
“Suami juga mahu menjaga semua anak Along, malah dia juga sahabat baik Along sejak dari dulu dan selalu menghabiskan masa bersama.
“Mereka juga selalu meminta kami menjaga semua anaknya dan tak sangka apa yang selalu dikatakan itu akhirnya terjadi juga.
“Alhamdulillah, ketiga-tiga anak Along berada dalam keadaan baik dan mereka menerima kehilangan ibu bapa biarpun perit, namun kehilangan itu bukan saja dirasai mereka tetapi seluruh keluarga kedua pihak,” katanya tinggal di Bukit Sagu 2, Kuantan, Pahang.
Kami Akan Jaga
Di samping itu, anak sulung abangnya, Mohamad Danish Uqasha adalah anak susuannya dan kanak-kanak itu bersama dua lagi adiknya memang memanggil dirinya dan suami dengan panggilan ibu dan papa.
“Saya menjaga mereka dengan ikhlas dan tidak pernah berasa terbeban langsung, malah memang menganggap mereka seperti anak sendiri sejak Along dan Kak Long masih ada lagi. Saya layan anak mereka sama seperti anak kandung, tiada beza.
“Saya masih ingat pada hari pertama along dan isterinya meninggal dunia, acah (nama panggilan untuk anak sulung) cakap ‘abah dan mama sudah tiada. Acah tahu ibu sayang acah, boleh tak sayang adik macam acah?’. Itu memang menyedihkan saya kerana saya sayang mereka semua tiada beza.
“Kami akan jaga amanah yang ditinggalkan Along dan isterinya dengan baik dan akan cuba berikan pendidikan dunia dan akhirat yang lengkap untuk mereka sama seperti tiga anak kami,” katanya yang berniaga dalam talian dan menjahit barangan kanak-kanak seperti bantal dan tilam kekabu.

Amanah Yang Ditinggalkan
Norhaziantie yang kini mendapat hak penjagaan sepenuhnya tiga anak saudaranya itu mengakui tahun pertama Aidilfitri tanpa dua insan tersayang itu sangat berbeza terutama kepada anak arwah.
“Tahun pertama tanpa along sangat berbeza untuk keluarga kami. Kakak ipar pandai memasak, dia boleh dianggap ketua tukang masak keluarga. Along pula seorang yang manja, ceria dan suka berkongsi cerita dengan adiknya dan rakan.
“Kami sekeluarga sedih tetapi kami sepakat tidak menunjukkan perasaan itu di depan anak Along sebab kami tak mahu mereka juga berasa sedih dan merasai kekosongan itu,” katanya.
Raya Penuh Makna
Manakala di akaun Facebooknya, Haziantie meluahkan rasa hatinya:

Raya penuh makna yang sangat dalam buat kami tahun ini.
Terima kasih Along membahagiakan adik dengan meninggalkan anak anak Along bersama adik untuk adik terus perjuangkan rasa sayang kita yang tak kan pernah putus.
Walaupun anak-anak Along kehilangan Along ,Paih dan Dayyan adik cuba sedaya upaya adik bahagiakan mereka sama macam adanya abah dan mamanya,sehingga tiada rasa kurang yang dalam buat mereka.
Kami bahagia berlapan long..kami happy sangat.
Along berbahagialah bersama isteri dan anak Along di sana seperti kami di sini.
Kita pasti berjumpa nanti, kita hanya berubah Alam tapi kita tetap ada. Al-fatihah.
Kashoorga : Peritnya menerima kehilangan ibu dan ayah, apa lagi anak-anak ini masih kecil. Semoga terus kuat menghadapi hidup wahai anak-anak.
Sumber: myMetro, Facebook Norhaziantie
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Alhamdulillah, Pencarum KWSP Bawah 55 Tahun Boleh Keluar Wang Simpanan Dari Akaun 2

Sebelum ini kerajaan melalui telah mengumumkan pemberian diskaun bil elektrik bagi meringankan beban rakyat disebabkan penularan wabak virus COVID-19.
Dan hari ini sekali lagi rakyat menerima berita gembira apabila orang ramai boleh mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 1 April ini.
Menurut kenyataan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semua ahli KWSP berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam akaun 2, masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

“Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.
“Saya berharap inisiatif ini dan juga pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak empat peratus yang berkuatkuasa April 2020 akan membolehkan pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barangbarang keperluan harian.
“Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini…yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga,” katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Menurut Tan Sri Muhyiddin lagi, wang itu sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air, elektrik ataupun sewa rumah mengikut keperluan masing-masing.
Biarpun jumlahnya tidak seberapa tetapi memadai dan ia merupakan wang titik peluş sendiri yang sepatutnya digunakan untuk hari tua tetapi buat masa ini digunakan untuk keperluan masing-masing.

Beliau juga turut menasihatkan orang ramai dapat menggunakan duit berkenaan dengan cara berhemah kerana akan ada keberkatannya buat saudara saudari seisi keluarga.
Pengeluaran KWSP ini adalah antara beberapa inisiatif kerajaan bai mengurangkan bebanan kewangan rakyat berikutan COVID-19 sehingga menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Ternyata kenyataan ini mendapat pujian daripada warganet. Masing-masing bersyukur dan ini dapat meringankan beban rakyat akibat musibah yang melanda.
Namun ramai mencadangkan agar pengeluaran dibuat secara online agar tidak bersesak seperti yang terjadi sebelum ini.


Wan Arif Org2 kpg pendapatan sederhana amat bersyukur dgn pengumuman oleh PM tdi..ikut langkah keselamatan di kuanter KWSP nanti..
ARTIKEL BERKAITAN: Syukur, Bil Elektrik Diberi Diskaun Enam Bulan Mula April
SUMBER: HARIAN METRO/SINAR HARIAN
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI