Kebelakangan ini ada pro dan kontro tentang peranan Lembaga Zakat. Ada yang mendakwa orang di pusat zakat perlahan buat kerja hingga ada yang lebih awal memberi bantuan kepada golongan susah saat pandemik melanda dunia dan negara kita.
Lebih teruk, sikap salah faham sentiasa wujud dalam minda masyarakat dan kemudian menviralkan hal ini di media sosial tanpa usul periksa sehingga menimbulkan salah faham masyarakat mengenainya.
Di saat mungkin ramai yang melatah, istigfarlah sebanyak mungkin untuk kembali menyucikan hati kita yang mungkin sudah ada titik-titik hitam.
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW yang bermaksud:-
“Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “ Sesungguhnya seorang mukmin apabila melakukan suatu dosa, maka lekatlah satu titik hitam di hatinya. Jika ia bertaubat dan meminta ampun, maka hatinya kembali menjadi bersih, jika (tidak bertaubat dan beristighfar,bahkan) ia menambah dosa, maka bertambahlah titik hitam itu, sehingga menutup hatinya. Demikianlah titik hitam yang disebutkan oleh Allah SWT sebagai ruang (kegelapan) dalam firman-Nya yang bermaksud: “ Sesekali tidaklah begitu, bahkan apa yang mereka perbuat itu telah menggelapkan hati mereka.”
(HR. Ahmad dan Tirmizi)
Di sebalik isu yang viral tentang peranan zakat, di media sosial tular tentang kisah bantuan zakat diberi kepada individu rumah besar.
Pasti kita bersoal-soal, kalau rumah besar, tentu orangnya kaya raya. Ada banyak duit, jadi kenapa zakat nak kena bagi bantuan. Benarkah cara pengagihan zakat ini dilakukan.
Sebelum kita melatah dan menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat, seorang amil zakat yang juga usahawan, Faizal Rahim@acaiijawe menjelaskan kenapa rumah besar pun boleh diberi bantuan makanan.
Baca tweet dikongsinya:-
Ada ramai juga pertikaikan kenapa zakat bantu orang yang ada rumah besar. Bukankah mereka orang kaya?
Tak semestinya. Meh aku jelaskan secara ringkas.
1. Zakat ni ada maklumat yang ramai orang lain tak tahu. Ia diperolehi daripada siasatan oleh pegawai zakat. pic.twitter.com/lF2yiEWh21
— Faisal Rahim (@acaiijawe) February 10, 2021
2. Contoh, nampak rumah besar, tapi suami mati mengejut (kemalangan, jantung, kanser). Tiada sumber pendapatan lain sebab isteri suri rumah + anak ramai.
3. Bila mati, dengan MRTT, rumah tu dapat kat waris. Maksudnya rumah dah jadi milik mereka tapi tiada duit nak makan/hidup.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) February 10, 2021
4. Takkanlah kita nak suruh isteri jual rumah (yang dah bebas hutang bank) dan minta mereka keluar menyewa.
5. Sekurang-kurangnya keperluan asas tempat tinggal yang selesa dan selamat untuk keluarga ini telah selesai. Tak perlu pindah ke sana sini.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) February 10, 2021
6. Ini yang banyak sangat terjadi. Kadangkala ia menimbulkan fitnah bagi orang yang tak tahu.
7. Kita bantu sampai anak-anak mereka besar dan berpelajaran, seteruskan keluarkan family mereka dari kemiskinan.
8. Anak dari keluarga yang tiba-tiba jatuh miskin ni, biasanya bijak.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) February 10, 2021
9. Anak asnaf yang dapat straight A dalam PMR, SPM, STPM dan dapat 4 flat ketika degree biasanya datang dari group ini.
Kesimpulannya, bila nampak kes begitu, jangan fitnah bukan-bukan. Anda tidak tahu apa yang mereka telah hadapi hingga jatuh miskin.
Itulah.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) February 10, 2021
Mungkin ramai yang keliru dan sebab seseorang boleh bertukar menjadi asnaf, lapan golongan yang layak mendapat zakat Faisal Rahim menerangkan hal ini kala ditanya ekoran tweetnya itu.
Assalamualaikum tuan, jika tidak keberatan, saya ingin bertanya. Apa ya possibility asnaf ni boleh bertukar status? Maksudnya dulu asnaf, sekarang tidak lagi. Tetapi kehidupan mereka seperti biasa saja sama sahaja sepertj sebelum ini, tidak berubah sepenuhnya pun.
— Fatin Afiqah (@fatinafiqahazri) February 10, 2021
Asnaf ni dikira menggunakan Haddul Kifayah (garis asas penentu kemiskinan).
Ia ambil kira pendapatan isi rumah (household income) vs keperluan asas.
Biasanya kalau dikeluarkan dari Asnaf sebab income isi rumah bertambah. Anak2 dah kerja, menantu kerja duduk sekali dan seumpama.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) February 10, 2021
Oh faham Tuan. Sangat jelas terima kasih atas penerangannya. Kiranya kalaulah pendapatan isi rumah bulan seterusnya meningkat, boleh jadi title Asnaf tu berubahlah ya? Walaupun gaji/pendapatan tersebut diperolehi melalui OT?
— Fatin Afiqah (@fatinafiqahazri) February 10, 2021
Tak kurang ramai juga yang tweet memuji penjelasan ini agar tiada salah faham masyarakat mengenainya.
Penjelasan yg baik. Mungkin utk elakkan fitnah, xperlu pihak zakat share gbr asnaf kategori begini sbb yg melihat boleh serkap jarang tanpa usul periksa, namun pihak lembaga lebih maklum. Teruskan berkhidmat.
— ابن حسن (@chirurgeonbb) February 10, 2021
jadi kalau nampak zakat berhenti depan rumah batu begini, jangan cepat melatah dan menviralkankannya di media sosial agar tidak timbul fitnah di kalangan masyarakat.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI