Hubungan

‘Rumah Tak Berseri Kalau Suami, Isteri Tidak Jaga Solat.’ Runtuh Tiang Agama, Runtuhlah Rumah Tangga

Share

‘Rumah tak berseri kalau suami, isteri tidak jaga solat.’ Runtuh tiang agama, runtuhlah rumah tangga. Setelah berkahwin, pastikan rumah dihidupkan dengan solat berjemaah bersama.

Jika tak mampu solat berjemaah, jangan sesekali ambil ringan bab solat kerana solat adalah tiang agama. Jika kita menjaga solat dengan baik, insyallah Allah akan jaa kita. Ikuti perkongsian Puan Nurlia Mohd Nor ini dan fahami apa yang cuba disampaikan.

Artikel Berkaitan

‘Jangan Tinggal Solat, Baca Al-Quran Walaupun Merangkak.’ Ini Rahsia Lisa Surihani Untuk Kekal Istiqamah

Rumah Tak Berseri

Semalam saya ternampak status perbincangan tip untuk rumahtangga bahagia. Saya pun bacalah komen- komen. Syok juga baca.

Ada yang baru setahun jagung usia perkahwinan pun bagi tips. Hehehe. Yang mana positif kita ambillah kan sebagai panduan.

Saya tak join komen pun. Hahaha. Nak bagi tip, usia perkahwinan sendiri pun baru 18 tahun. Still a long journey. Banyak lagi liku- liku menanti di hadapan sana.

Cumanya bila berbincang hal ni saya mengimbau cara mak dan abah sepanjang perkahwinan mereka. Mak meninggal pada 2019, bermakna 52 tahun usia perkahwinan mereka pada tahun itu.

Kalau Suami, Isteri

Secara jujurnya sebagai seorang anak saya tak pernah lihat mak dan abah bertengkar. Jenuh recall. Apa yang saya lihat, dalam sesebuah rumah tangga:-

1- Sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.
Di awal perkahwinan Mak tak pakai tudung pun. Orang dulu dulu kan. Tapi Abah sebagai suami perlahan-lahan bimbing Mak untuk berubah.

Abah hantar Mak menghadiri kelas agama. Dari situ banyak ilmu yang Mak dapat dan timbul rasa bertanggungjawab untuk menutup aurat dan terus memperbaiki diri.

Tidak Jaga Solat

2- Solat mesti jaga.

Rumah tak akan ada seri kalau suami isteri tak menjaga solat. Ini bukan perkara main-main. Solat itu tiang agama, runtuh tiang maka runtuhlah sebuah rumah. Ketika abah masih kuat terutama lepas pencen solat 5 waktu Abah setiap hari memang di surau.

Mak pula memang diketahui sangat menjaga waktu solat. Belum masuk waktu lagi dia dah stand by. Percayalah.. Bila orang dalam rumah menjaga solat semua perkara terutama hal rumah tangga berjalan dengan lancar.

Runtuh Tiang Agama

3- Terima pasangan seadanya.
Yang tahu kelebihan dan kekurangan pasangan hanya kita saja. Mak ini perwatakan dia sederhana saja. Tak banyak cakap, bukanlah jenis mulut riuh, nak dengar Mak membebel memang jaranglah. Tapi dalam tak banyak cakap tu orangnya tegas.

Disiplin dia dalam hal menguruskan rumah saya bagi 5 bintang. Hehehe. Walaupun Mak bergelar isteri guru besar tapi dia memang tak suka expose diri. Zaman dulu kalau ada sukan atau majlis di sekolah ada juga isteri guru besar yang dijemput sebagai tetamu. Ada saja yang join. Tapi mak tak.

Nak duduk kerusi depan memang taklah apatah lagi kalau dijemput bagi hadiah pada pemenang. Bila saya fikir semula saya pun sama macam Mak. Orang introvert kot kan. Abah pun tak kisah. Kadang- kadang abah nak pergi mana- mana, Mak tak ikut. Ada masa dia ikut.

Baca Di Sini

Jika Bercinta Dengan Lelaki Yang Menjaga Solatnya, Jangan Lepaskan. Dialah Calon Suami Pilihan!

‘Zikir, Baca Quran & Jaga Solat Walau Tenat Kanser Sarcoma.’ Pemergian Anak Dr Zulkifli, Buat Ramai Tersentuh

Tak hendak ikut tak adalah Abah nak paksa. Bukannya jadi kesalahan. Hehehe. Abah pun ok saja, lagi senang tak payah tunggu orang perempuan nak bersiap. Tapi satu perkara yang saya respect dengan Mak dia sangat meraikan tetamu yang datang.

Tetamu duduk saja, dia pun zasss masuk dapur dan sediakan juadah untuk dijamu. Abah pula orang bekerja, mudah bergaul dengan semua orang. So kelebihan dan kekurangan itulah yang saling melengkapi.

Runtuhlah Rumah Tangga

4- Tugasan rumah lakukan bersama.
Perkara saya paling ingat tugas utama Abah adalah tukang iron baju. Abah memang cukup minat bab ni. Habis semua baju dia iron. Mak memang legalah bab ni. Kurang satu kerja kan. Hehehe. Baju kerja pun Abah iron sendiri.

Bab kerja rumah jangan berkira, kena saling membantu. Lepas makan Abah tak biarkan Mak kutip pinggan dia makan. Dah makan masing- masing tahu tanggungjawab. Waktu Abah dah pencen setiap hari mereka berdua masak bersama-sama.

Saling Percaya

5- Beri kepercayaan pada pasangan masing- masing.
Dunia kerja Abah melibatkan ramai orang. Ada masa Abah kena hadiri kursus, bawa guru- guru, kerani dan lain-lain. So Abah akan inform Mak.

Mak pun faham, bila dah tahu tak adalah dalam fikiran fikir yang bukan- bukan. Tak adalah hendak cemburu tak tentu hala. Kepercayaan kena ada dan kepercayaan itu pula janganlah disalahgunakan.

Kalau nak cerita panjang lagi. Tapi cukuplah 5 tip dari pemerhatian saya sebagai seorang anak.

Yang penting Mak dan Abah ‘ bercerai’ mati dan setia sampai ke hujung nyawa. Mudah- mudahan sampai masa mereka akan berjumpa semula di dalam syurga yang kekal abadi

Kashoorga : Semoga kita semua mengecap kebahagian dalam rumah tangga.

Sumber : Puan Nurlia Mohd Nor

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat