Perkahwinan adalah sebahagian daripada liku-liku kehidupan yang dilalui oleh kebanyakan umat manusia. Dalam perkahwinan juga terdapat makna tersirat, kebaikan, faedah dan hikmah yang ditentukan oleh Allah SWT.
Demi menjaga keharmonian dalam rumah tangga sikap tolak ansur itu amat penting. Tidak akan bahagia rumah tangga bika salah seorang mementingkan diri sendiri sehingga akhirnya menjadi pencetus hambarnya hubungan suami isteri.
Agar kebahagiaan dalam rumah tangga terus subur dan mekar, sama ada suami atau pun isteri, masing-masing mesti selalu ‘memberi.’
Sesungguhnya tangan yang memberi, lebih baik dari yang menerima. Baca perkongsian dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
Demi keharmonian dalam sebuah rumah tangga, suami isteri hendaklah berfikir bagaimana untuk “memberi” bukan “menerima”. Kedua-dua belah pihak perlulah melentur ego masing-masing untuk memulakan memberi kebaikan.
Ads
Jangan sekali-kali menanti, sebaliknya carilah peluang untuk berbuat kebaikan. Ingatlah pesan orang yang arif tentang cinta. Kata mereka, “Siapa yang lebih cinta, dialah yang lebih banyak memberi!”
PEMBERI AKAN RASA LEBIH BAHAGIA
Ads
Ingatlah juga pesan hukama bahawa orang pertama mendapat manfaat daripada sesuatu kebaikan ialah orang yang melakukannya. Memberi ertinya kita melakukan kebaikan dan sebelum orang yang kita berikan kebaikan itu gembira dengan kebaikan yang kita berikan kepadanya, kitalah yang lebih dahulu akan berasa gembira. Percayalah, suami atau isteri yang “memberi” terlebih dahulu akan dapat merasakan kebahagiaannya.
Peribahasa Cina ada menyebutkan, tangan yang menghulurkan bunga mawar, pasti berbau harum. Oleh itu, carilah pasangan kita dan berilah sebarang bentuk kebaikan kepadanya.
Boleh jadi dalam bentuk senyuman, kata-kata yang baik, hadiah, belaian atau sekadar sebuah doa, insya-Allah kita akan berasa gembira ketika melakukannya. Kasih sayang antara suami isteri akan bertambah erat bila setiap kita memikirkan untuk memberi (menjalankan peranan) bukan untuk menerima (menuntut hak).
Ads
PENUHI HAK MASING-MASING
Apabila suami berperanan, hak isteri akan dipenuhi. Bila isteri berperanan, hak suami akan dipenuhi. Sebaliknya apabila masing-masing menuntut hak dan mula melupakan peranan, tiada siapa yang untung.
Bila kita memikirkan keadaan win-lose – kita menang, dia kalah, maka semuanya akan berakhir dengan keadaan lose-lose – kita kalah, dia kalah.
Suami isteri adalah partner dalam kehidupan. Keberadaan masing-masing haruslah saling menguatkan, memotivasi, mengingatkan dan menjaga. Perkahwinan adalah umpama bahtera yang harus dilalui bersama. Setiap gelombang harus dilalui dan diselesaikan bersama.
Bagi menghangatkan kebahagiaan rumah tangga, komunikasi dan sentuhan amat penting antara suami isteri. Hubungan yang romantis menjadikan kasih sayang suami isteri kekal mekar bak bunga yang sedang berkembang.
Seperti pasangan Mustapha Kamal dan Susan Menon. Pasangan selebriti ini kelihatan cukup mesra dan bahagia.
Berikut perkongsian Mustapha Kamal seperti yang dikongsikan di laman Facebooknya.
Romantiskanlah diri kita bersama pasangan … tidak semestinya hanya ketika hendak bersama pasangan suami atau isteri baru kita perlu romantis, setiap masa kita memerlukan pasangan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Romantiskanlah dirimu wahai suami ketika berdoa dengan doa yang indah-indah dan di dengari oleh isteri ketika berjemaah.
Ya Allah… kau permudahkanlan kehidupan kami semua, jangan dipersulitkan , dan disudahi dengan kebaikan …Aamiin..
Kebanyakan isteri tak mintak lebih. Minta kita sayangkan, jaga dan berikan perhatian pada dia saja.
Bersyukurlah Allah kurniakan kita isteri sebagai peneman hidup. Ada orang yang masih menanti jodoh yang belum kunjung tiba hingga ke saat ini.
Perkara pertama yang golongan suami perlu utamakan setiap kali mendapat gaji adalah nafkah isteri. Ini yang selalu suami-suami lupa walaupun bukan semua suami culas memberi nafkah kepada isteri. Janganlah diabaikan nafkah isteri. Dapat sikit, beri sikit, dapat banyak, beri banyak kerana pentingnya isteri reda dengan pemberian nafkah suami. Jika isteri tidak reda, bimbang sempit rezeki suami. Semoga perkongsian dari Khairul Johari ini memberi manfaat kepada anda semua.
Perkara yang paling suami terlepas pandang, hutang nafkah. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pun duit tapi masih tak cukup? Duit habis tetapi tak nampak duit dibelanjakan untuk apa? Hati kusut, tanyalah isteri anda dari hati ke hati. Adakah dia reda untuk segala nafkah suami terhadap isteri?
JANGAN KEDEKUT DENGAN ISTERI
Tanya isteri, adakah dia betul-betul menghalalkan segala hutang nafkah yang suaminya berhutang itu? Percayalah, banyak perkara yang isteri pendamkan dalam hati sebenarnya. Tetapi dia tidak akan meluahkan kerana mahu menjaga hati suami. Keduanya sebab mahu mengelakkan pergaduhan.
Jangan kedekut dengan isteri. Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya si suami tidak kedekut dengan isteri. Perasan tak? Makan isteri berkira, sampai isteri kena keluarkan duit sendiri. Dalam tidak sedar, kita suami dah berhutang dengan isteri. Kita tengok isteri nampak seperti tidak kisah, kita tahu ke dalam hati dia?
Mak ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu, untuk dijaga seperti yang mereka jaga. Bukannya kamu kerahkan tenaga dia seperti babu. Bukan untuk kamu kerahkan kudrat dia siang malam 24 jam tanpa rehat. Bukannya untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu, kamu mahu dia jaga.
KAHWIN BUKAN UNTUK SEDAP SEMATA
Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia, agak-agak dia akan berkahwin dengan kamu? Kahwin ini bukan untuk sedap semata-mata tetapi banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Di atas dunia bolehlah kita mengelat, tetapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.
Kita akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri, jagalah perasaan isteri. Isterilah punca rezeki suami semakin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Memiliki seorang isteri yang solehah tentunya menjadi idaman bagi setiap kaum lelaki. Isteri yang solehah umpama perhiasan dan kecantikan dunia yang mampu mengalahkan indahnya kilauan emas, intan atau bahkan permata sekalipun.
Bukan itu sahaja memiliki seorang isteri yang solehah juga mampu membawa kehidupan yang lebih baik, sama ada untuk suaminya atau bahkan untuk keluarga kecilnya. Doa seorang isteri kepada suami menjadi salah satu doa mustajab. Hikmah doa seorang isteri memberikan impak yang besar dalam kehidupan seorang suami.
MENDORONG KEJAYAAN SUAMI
Kekuatan doa seorang isteri dan keutamaan berdoa dalam Islam ternyata memiliki manfaat dan faedah yang begitu luar biasa di dalam kehidupan seorang suami.
MEMBUKA PINTU REZEKI
Tatkala seorang suami meminta izin kepada isterinya untuk mencari nafkah maka sebaiknya diiringi dengan doa terbaik seorang isteri.
MEMBERI SEMANGAT KEPADA KEHIDUPAN SUAMI
Doa seorang isteri memberi semangat kepada seorang suami itu untuk terus berusaha dengan lebih gigih lagi.
MEMUDAHKAN URUSAN SUAMI
Saat doa isteri mengiringi langkah seorang suami maka ia akan memudahkan segala pekerjaan yang dilakukan oleh suami.
MEMBUKA PINTU SYURGA
Bukan hanya untuk kejayaan di dunia semata-mata, doa daripada seorang isteri juga turut membuka pintu syurga baik untuk suami, isteri dan juga anak-anak.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai dalam kalangan lelaki yang memilih untuk berambut panjang. Tiada masalah tentang hal ini namun perlu diingat ketika solat rambut tersebut sebaiknya dilepaskan dan...