Kebahagian rumahtangga diranggut oleh orang ketiga! Ini bukan pelik. Banyak kes perceraian akibat perbuatan curang pasangan dengan pihak ketiga. Malang sekali apabila orang ketiga itu hidup bahagia hasil daripada perbuatan meruntuhkan ‘masjid’ orang lain. Apa nak buat? Boleh samankah pihak ketiga itu?
Benar jodoh dan rezeki di tangan Allah. Namun dalam beberapa situasi, angkara sering disebabkan nafsu manusia; tidak suka melihat orang bahagia, iri, cemburu dan lain-lain. Dalam menangani banyak kes keruntuhan rumahtangga, peguan syarie ini mempunyai sebab munasabah mengapa dia perlu kongsikan panduan cara menyaman pihak ketiga.
Walaupun ia tidak mudah, namun sekurang-kurangnya pasangan yang dicurangi tahu apa nak buat serta pihak ketiga pun tahu perbuatan mereka boleh disaman. Kita ikuti coretan puan Mina Azmina, Peguam Syarie dari Azmina Wardah & Associates menerusi akaun facebooknya.
Lately ini saya sering menerima whatsapp dan inbox daripada kaum wanita yang ingin menyaman pihak ketiga yang menggugat dan kacau ganggu keharmonian rumahtangga mereka.
“Puan, saya nak saman perempuan tu yang ada skandal dengan suami saya. Saya ada baca kat media sosial yang mengatakan isteri boleh saman pihak ketiga di Mahkamah”
Tidak dinafikan peruntukan undang-undang jenayah syariah ada melibatkan tindakan mahkamah syariah terhadap orang ketiga.
Ads
Tetapi ada beberapa perkara yang orang awam masih tidak jelas tentang prosedur untuk memulakan saman orang ketiga:
Kuasa untuk memulakan kes melibatkan Undang-Undang Jenayah Syariah adalah pada Pendakwa Syarie. Peguam Syarie atau pihak-pihak yang terlibat tidak boleh failkan sendiri saman terhadap pihak ketiga
Kes jenayah Syariah perlu bermula dengan aduan di Pejabat Agama Daerah oleh orang awam untuk mengisi aduan melibatkan pihak ketiga. Aduan ini memerlukan bukti dan maklumat yang cukup seperti gambar atau dokumen atau mesej di whatsapp atau facebook.
Bukti yang mencukupi membolehkan Pegawai Agama untuk membuka kertas siasatan. Jika bukti dan aduan tidak kukuh, kes berisiko untuk ditutup tanpa sebarang siasatan lanjut oleh Pegawai Penguatkuasa Agama.
Kertas siasatan yang dibuka dan diajukan kepada Pendakwa Syarie untuk diteliti laporan yang disiasat oleh Pegawai Agama. Jika kes tersebut kukuh untuk dibawa ke Mahkamah Syariah, barulah pendakwa akan memfailkan kes jenayah syariah terhadap saman pihak ketiga
Peruntukan undang-undang jenayah syariah terhadap kacau ganggu rumahtangga oleh pihak ketiga ada, tetapi kebanyakan kes sukar untuk dibuktikan dan sukar untuk Pendakwa Syarie meneruskan pendakwaan di Mahkamah Syariah
Jika seorang isteri mempunyai bukti yang kukuh melibatkan kecurangan pasangan seperti bukti gambar, video, resit hotel melibatkan perbuatan zina, isteri boleh membuat aduan terhadap kesalahan berkhalwat atau zina.
Ada juga Pejabat Agama Daerah yang mengambil pendekatan melaksanakan khidmat nasihat atau rundingcara oleh Pegawai Tadbir Agama dengan pihak isteri dan suami tersebut namun tidak semuanya berjaya.
Kebanyakan isteri menjadi marah dan dendam apabila melibatkan isu skandal suami dengan wanita lain atau pihak ketiga. Tujuan untuk menyaman pihak ketiga hanyalah untuk membalas dendam.
Nasihat saya, kaum wanita usah membuang masa untuk membalas dendam, biar hukum karma Allah memberikan balasan yang setimpal kepada suami yang curang dan perempuan tersebut.
Ads
Allah Maha Adil dan boleh bayar cash hukuman di dunia lagi, tak perlu tunggu kat akhirat. Tunggu dan lihat sahaja mereka jatuh tersungkur bila sampai waktunya. Yakin dengan Allah. Kebergantungan sepenuhnya kepada Allah.
Isteri mempunyai hak untuk memfailkan perceraian sekiranya sudah tidak lagi mahu meneruskan perkahwinan.
Namun ada isteri yang masih memberikan peluang kepada suami untuk berubah dan memperbaiki serta mempertahankan rumahtangga demi anak-anak yang masih kecil.
Pilihan di tangan pihak-pihak terlibat. Isu dalam rumahtangga kebanyakkan melibatkan attitude atau tingkah laku.
Isteri mahupun suami akan tertekan apabila meletakkan expectation yang tinggi untuk pasangan mereka berubah mengikut kehendak masing-masing.
Ketahuilah bahawa attitude atau tingkah laku manusia sukar untuk berubah memandangkan ianya telah dicorakkan atau diacuankan sejak kecil lagi yang dipengaruhi oleh faktor sekeliling.
Dua pihak yang berbeza corak didikan atau dibesarkan dalam persekitaran yang berbeza hidup bersama dalam perkahwinan memerlukan proses adjustment atau penyesuaian diri masing-masing.
Cinta sahaja tidak mencukupi untuk mengukuhkan kestabilan dan keharmonian rumahtangga.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Luangkan masa 60 minit antara maghrib dan isyak, waktu keemasan lakukan amal soleh. Biarpun waktunya singkat namun jika diisi dengan ibadat-ibadat yang mudah insyallah pahala ganjarannya.
Tidak dinafikan, antara waktu maghrib dan isyak adalah waktu yang sangat suntuk, tetapi jika diisi dengan aktiviti mengejar pahala besar ganjarannya.
Ikuti perkongsian Ustaz Hanafi tentang kelebihan melalukan ibadat mudah di waktu ini:
Cuba imbas kembali, apa yang kita lakukan semalam antara waktu Maghrib dan Isyak.
60 minit lebih kurang masa yang sangat bermakna Allah kurniakan kepada kita untuk lakukan ibadah-ibadah mudah.
Ada kelebihan beramal antara waktu Maghrib & Isyak. Malah, telah banyak hadis dan ucapan sahabat tentang keutamaan menghidupkan waktu ini.
Antara Maghrib & Isyak
Dalam hal ini cukuplah cerita tentang Ahmad bin Abi Al-Hawariy yang bertanya pada gurunya, Syaikh Abu Sulaiman rahimahullah,
“Wahai guru, mana yang lebih utama, puasa di siang hari atau menghidupkan waktu antara Maghrib dan Isyak dengan amal soleh?”
“Kerjakan kedua-duanya,” jawab gurunya.
“Tetapi saya tidak mampu mengerjakan keduanya. Kerana, jika saya berpuasa, waktu antara Maghrib dan Isya’ adalah saat sibuk untuk berbuka.”
“Kalau demikian tinggalkan puasa dan isilah waktu antara Maghrib dan Isyak dengan amal soleh.”
Waktu Keemasan
Cerita antara guru dan murid di atas cukup memberikan gambaran tentang anjuran jangan sampai terlepas waktu keemasan ini dengan melakukan amal soleh.
1. Solat Sunat Awwabin
Tentang keutamaan solat ini, banyak hadis yang menjelaskannya.
Rasulullah s.a.w bersabda,
‘Barangsiapa solat (sunat) enam rakaat setelah solat Maghrib tanpa diselangi dengan perbicaraan kotor, maka solat tersebut mampu mengimbangi ibadah selama 12 belas tahun.’- Hadis Riwayat Tirmidzi.
Lakukan Amal Soleh
2. Berzikir.
3. Membaca Al Quran contohnya surah-surah amalan seperti Al Mulk, Al Waqiah, As-Sajadah dan lain-lain.
4. Iktikaf sebaiknya.
Jom pujuk hati isi masa ini dengan amalan terbaik sepanjang baki kehidupan kita.
Kashoorga: Semoga Alllah gandakan pahala di setiap amal ibadah yang kita lakukan.
Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3).
Bahkan 10 malam terakhir yang kini memasuki penghujung Ramadan, ramai yang memburu malam lailatul qadar. Para ulama berpendapat sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Hal ini, berdasarkan nas yang terdahulu.
Antara kelebihan malam Lailatul Qadar ialah:-
Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan. Imam al-Qurtubi berkata: “Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.
Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.
Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.
Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar. Al-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.” Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133.
Antara tanda berlakunya malam kemuliaan ini para ulama iaitu Sayid Qutub berkata: Terdapat ayat-ayat al-Quran yang menyebut peristiwa malam ini berkilauan memancarkan cahaya, ia melimpahkan cahaya yang tenang, indah dan mesra iaitu cahaya Allah yang gemilang di dalam al-Quran-Nya.
Malam tadi adalah malam ganjil iaitu 27 Ramadan.
Di grup fb Tmn Bandar Baru, Sungai Lalang, seorang ahli komunitinya Muhammad Faez berkongsi satu rakaman video tertera kalimah Allah di langit. Dalam kilauan kilat itu, jelas tertera kalimah Allah selain objek seakan tangan menadah tangan ke langit.
Ramai mengaitkannya dengan malam Lailatul qadar kerana ia berlaku pada malam ganjil. Tiada kepastian mengenainya namun Allah saja maha mengetahuiNya, kun fa ya kun.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dari anak kecil hingga mereka dewasa, ibu ayah bekerja keras untuk menyara mereka. Dan akan sampai satu masa mereka tidak lagi mampu bekerja mengharapkan ehsan anak-anak untuk meneruskan sisa kehidupan.
Inilah juga masa untuk anak-anak membalas budi dan pengorbanan yang dilakukan oleh orang tua membesarkan mereka.
Namun begitu realitinya tidak semua anak mampu menyediakan belanja atau nafkah kepada orang tua ini kerana hidup dalam kesempitan wang.
Dalam satu keadaan ada juga anak yang mempertikaikan tanggungjawab memberi nafkah atau menyara orang tuanya kerana masih ramai adik beradik yang lain.
Mengupas tentang nafkah untuk ibu bapa ustaz Azhar Idrusada memberi penjelasan tentang sejauh mana anak perlu beri nafkah kepada ibu ayah yang miskin dan hidup susah.
Apabila kedua ibu bapa itu tidak mampu lagi menyara kehidupan, miskin mereka maka wajib atas sekalian anak-anak mengeluarkan belanja nafkah keduanya dengan ijmak ulamak.
Ertinya : “Telah ijmak sekalian ulama atas bahawasanya nafakah kedua ibu bapa yang fakir keduanya yang tiada pekerjaan dan tiada harta wajib atas harta anak.” (Kitab Al-Isyraf)
Oleh kerana itulah apabila anak-anak kaya dan kedua ibu bapa miskin tidak boleh dikeluarkan zakat anak-anak kepada kedua ibu bapa dari kerana telah wajib atas anak-anak ketika itu mengeluarkan belanja nafkahnya.
Ertinya : “Dan tiada diberikan dari zakat bagi kedua ibu bapa dan tiada juga diberikan zakat kepada anak. Telah berkata Ibnu Al-Munzhir : Telah ijmak ulamak atas bahawa zakat tidak harus diberikan kepada dua ibu bapa pada ketika anak-anak menampung atas dua ibu bapa dengan memberi nafkah.” (Kitab Al-Mughni)
Dan tempat wajib anak-anak menanggung nafkah ibu bapa itu dengan syarat ibu bapa itu miskin dan anak-anak itu orang yang senang.
Maka jika kedua ibu bapa tidak mempunyai sedikit pun dari belanja maka wajib atas anak memberi semua belanja yang diperlukan.
Dan jika ibu bapa mampu mendapatkan separuh belanja maka wajib atas anak menampung kekurangan yang separuh lagi.
Jika ada dua orang anak maka masing-masing wajib mengeluarkan separuh.
Kesimpulannya wajib atas sekelian anak mengeluarkan belanja nafaqah hidup dua ibu bapa yang miskin dan jika anak-anak sengaja tidak memberi belanja tersebut maka anak-anak itu berdosa.
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...