Rupanya Amalan Rajin Bersedekah Buat Jodoh Anda Senang Mendekat

Share

Soal ajal maut, rezeki dan jodoh itu semuanya adalah ketentuan Tuhan. Kita hanya mampu berusaha dan salah satunya adalah dengan berdoa.

Bagi yang masih single, tidak salah terus berdoa agar dipertemukan dengan insan yang baik dan dapat membimbing dirimu hingga ke jannah.

Ini antara doa boleh diamalkan agar jodoh yang datang nanti dengan orang yang selayaknya dijadikan Imammu.

Ertinya: Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.

Selain dengan mengamalkan doa diatas setiap hari, sebaiknya ditambah dengan ikhtiar lain kerana jika  jodoh sudah datang, kita sudah dalam keadaan bersiap untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

1. Memperbaiki Diri Jadi Lebih Baik

Banyak yang percaya bahwa lelaki ang baik untuk perempuan yang baik dan begitu sebaliknya. Jika anda sudah tahu akan hal itu, maka segeralah memperbaiki diri secara lahir dan batin. Secara lahir kita harus menjaga kebersihan dan kecantikan. Tidak salah untuk mengenakan mekap tetapi biarlah bersederhana dan mengikut tempat dan situasi.

2. Lebih Mendekatkan Diri Kepada Allah

Jangan sombong, apapun yang kita lakukan tak akan menjadi apa-apa jika Tuhan tidak merestuinya. Jangan lupa untuk berdoa dan beribadah, perbanyakkan sedekah juga boleh mendekatkan jodohmu. Tidak salah bersedekah kepada golongan yang lebih memerlukan. Ketahuilah tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.

3. Jangan Menuntut Untuk Mendapatkan Jodoh Paling Sempurna

Mungkin ini alasan yang menjadikan jodoh anda tidak kunjung datang. Tidak ada yang membatasi keinginan kita untuk mendapatkan jodoh yang cantik atau tampan atau berasal dari keluarga berdarjat. Bukan melarang anda untuk mewujudkan mimpi-mimpi mendapatkan pasangan sesuai dengan kriteria yang diidamkan. Siapa yang tidak inginkan dengan jodoh orang begitu, tetapi perlulah ukur baju di badan sendiri.

Ini antara 3 perkara lain perlu anda titik beratkan agar jodoh senang mendekat dengan dirimu. Namun jangan lupa untuk mengerjakan solat dan teruskan berdoa dikurnia Imam yang dapat bimbing ke jannah.

Published by
Siti Zurina Mat Saman