Setiap orang berhak mengecapi erti kebahagiaan. Namun begitu, cara bahagia itu berlainan mengikut sikap setiap pasangan berkenaan.
Ada orang setiap hari telefon atau sampaikan pesanan ringkas sudah cukup membahagiakan. Dan ada pula yang sekadar menyantuni pasangan untuk pergi kerja sudah memadai.
Apa yang penting setiap dari kita menghargai pasangan dalam cara tersendiri. Dan jika apa yang dilakukan itu baik, boleh menjadi ikutan kepada pasangan lain untuk turut merasai kebahagiaan dengan cara berkenaan.
Saat bersama pasangan paling membahagiakan.
Selain ucapan sayang melalui teknologi gajet sekarang, rupa-rupanya kajian mendapati pasangan yang mempunyai hobi naik motor berdua-duaan juga sangat membahagiakan.
Tidak kisahlah menaiki motor biasa atau berkuasa tinggi, apa yang penting saat meluangkan masa bersama-sama di atas kenderaan berkenaan.
Biarpun tidak boleh berborak kerana bising, tetapi pelukan erat di atas motor sebenarnya menambah rasa cinta dan sayang terhadap pasangan masing-masing.
Kalau tak percaya boleh cuba lakukannya dan rasai sendiri pengalaman berharga ini. Tentunya nanti anda akan rasa seronok untuk melakukannya, lebih-lebih jika dibuat bersama-sama adik beradik lain.
Lebih seronok jika dapat berkumpul bersama adik-beradik lain.
Bukan nak kata yang naik kereta tak bahagia. Cuma mereka-mereka yang naik motor ini sebenarnya rasa lebih bahagia sedikit berbanding yang lain. Tak semestinya anda kena naik motor besar atau superbike. Asalkan motosikal, walaupun kapcai, itu sudah mencukupi.
Namun, bukan juga yang naik kereta ni tak bahagia tapi perasaan bila naik motor lain dari yang naik kereta. Bersusah sama-sama dulu nanti baru senang bersama. Inshaallah.
1) Abaikan kata-kata manusia
Kalau kau antara pasangan suami isteri yang naik motor pergi kerja bersama-sama, aku h4rap kau dapat persetankan kata-kata orang lain yang menghi na kau.
Kau tahu, kau bahagia bukan?
Jadi, buat apa mahu dengar sin diran orang lain yang mengatakan kau mis kin. Yang memandang kau l0w class.
Abaikan.
2) Last longer
Aku sekadar mahu kongsi, menurut artikel ini, pasangan yang naik motor bersama-sama, hubungan mereka akan last longer.
Apa maksud last longer?
Pada pendapat aku, maksudnya ialah perhubungan tersebut lebih tahan lama. Lebih kuat. Lebih kukuh. Dalam bahasa yang mudah, akan bersama selama-lamanya. Tidak akan berce rai.
3) Lebih rapat hubungan suami isteri
Bukan setakat rapat badan sahaja. Tapi rapat hati mereka. Tak puas peluk di rumah, boleh peluk atas jalan raya.
Ads
Alangkah bahagianya bila si isteri dekatkan telinga pada dada suami, terdengar getaran jantung si suami. Susah senang kita bersama.
Sukar ungkap dengan kata bahagia cara ini.
4) Rasa macam remaja
Kau ingat lagi masa kau bercinta dengan dia masa muda-muda? Masa belum berkahwin. Dan masa mula-mula berkahwin.
Itulah perasaan teenage love.
Kau akan rasa terawang-awangan. Rasa high.
Normal bagi pasangan yang sudah berkahwin sudah lama, tidak lagi merasai kemanisan rasa cinta pasangan masing-masing.
Kalau kau naik motor, bukan sahaja dapat mengimbau masa lalu. Kau juga dapat menimbulkan rasa teenage love itu. Rasa romantik dia lain macam.
Tak percaya?
Cubalah.
5) Isteri yang sanggup naik motor bukan jenis memilih
Kalau dia jenis yang gilakan harta, sudah lama dia paksa suami berhutang beribu-ribu ringgit untuk beli kereta.
Untuk tunjuk pada adik-beradik dan saudara-mara lain yang dia juga mampu.
Ads
Tapi aku percaya, isteri yang masih lagi setia dengan suami walaupun hanya berbekalkan motor, dia isteri yang baik. Isteri yang sanggup terima seadanya.
Cuma yang buat aku ma rah, bila si suami itu sudah berjaya dan banyak harta, kau janganlah tinggalkan isteri kau yang sanggup bersusah payah dengan kau.
Yang sanggup terima kau yang masa itu tak ada apa-apa.
Pada pendapat aku, inilah antara kunci pasangan suami isteri bahagia.
Isteri ini jenis setia, sanggup berhujan berpanas bersama
Ini memang pengalaman yang sangat ‘rare’ bagi kebanyakan orang zaman sekarang. Ramai yang sudah punya kereta.
Dapat kesejukan hujan yang turun secara tiba-tiba, dengan berpakain baju hujan penuh, si isteri peluk suami dlam perjalanan menuju ke rumah.
Meremang bulu roma.
Suami boleh sarungkan helmet untuk isteri
Jarang ada orang yang pakaikan tali pinggang keledar untuk isteri.
Bukakan pintu kereta untuk isteri?
Oh, itu jarang-jarang berlaku selepas berkahwin. Sebelum kahwin dulu, buka pintu kereta untuk bakal isteri adalah rutin.
Ads
Tapi bila si suami pakaikan topi keledar untuk isteri, nampak ‘sweet’ tak?
6) Bergurau atas motor lebih seronok
Seronok, tapi bah4ya. Kadang-kadang suami buat lawak atas motor, berbual-bual bersama isteri. Tatkala itu, tangan isteri yang macam ketam akan segera mencubit pinggang suami. Maka si suami akan tergocoh-gocoh membetulkan pemanduan motor.
Orang kaya, lebih ‘risky’, lebih seronok. Bahaya, jangan bergurau atas motor.
Aku sangat yakin, bila kau yang bawa kereta, nampak perlakuan suami isteri yang bergurau atas motor, kau akan senyum send1ri. Kau pula akan rasa mahukan momen tersebut.
Itu kalau kau nampak suami isteri.
Kalau kau nampak pasangan yang belum kahwin bergurau-gurau manja atas motor, kau tolong tera jangkan motor dia untuk aku. Kasi tumbang dua-dua.
7) Kos hidup lebih rendah
Suami isteri bahagia, hidupnya bukan hanya pada harta dan wang ringgit. Pasangan ini hidup sederhana, atas apa yang ada.
Banyak yang boleh jimat. Ada duit lebih, boleh bawa isteri dan anak-anak makan luar sesekali.
Bila kos hidup rendah, tak adalah rasa tertekan dengan duit yang selalu tak cukup.
Keberkatan itu bukan pada duit semata-mata, kan?
Jadi, kereta tak penting?
Siapa kata tak penting? Kalau ada kemampuan, apa salahnya beli kereta. Jika ada anak nanti, mudah untuk bawa anak ke klinik jika sa kit secara tiba-tiba. Jika isteri mahu ber salin, lebih selamat untuk bawa dia naik kereta.
Kalau ziarah kubur, jangan lupa siram air atas pusara insan tersayang. Memang rata-rata antara kita menjadi tabiat atau tradisi akan menyiram air selepas ziarah kubur arwah keluarga.
Namun begitu, apakah hukumnya bila seseorang itu melakukan perbuatan ini. Sebab ada di kalangan kita bukan sekadar menyiram air biasa, malah menyiram air mawar serta menabur bunga-bungaan.
Memetik perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persetuan, secara umumnya, ramai ulama Syafie berpendapat hukumnya harus bahkan ada pendapat menyatakan sunat kerana perbuatan Rasulullah SAW itu. Tetapi penggunaan air mawar pula dianggap sebagai makruh kerana dengan sebab pembelian dan pembaziran.
Kami nukilkan daripada kitab I’anah al-Talibin (2/135-136). Antara lain menyebut: “Dan (disunatkan) menyiram (menjirus) kubur dengan air agar debu-debu tanah tidak ditiup angin dan kerana bahawasanya Nabi SAW melakukan sedemikian pada kubur anakanda Baginda SAW, Saidina Ibrahim sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Syafie dan juga pada kubur Saad bin Muaz sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah.
Dan Nabi SAW telah memerintahkan dengannya (iaitu dengan menjirus air) pada kubur Saidina Uthman bin Mazh’un sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi.
Manakala yang mustahab adalah air tersebut suci lagi menyucikan dan sejuk (air mutlak) sebagai tafa’ul mudah-mudahan Allah menyejukkan kubur si mati.
Dan makruh menyiram atau menjirus air dengan air mawar atau seumpamanya kerana perbuatan tersebut adalah satu pembaziran dan mensia-siakan harta.”
Jangan Lupa Siram Air
Justeru, bagi mereka yang ingin melakukan dibolehkan dan lebih penting daripada itu adalah untuk berdoa kepada si mati kerana sabitdalam nas yang sahih.
Di samping itu menurut Ustaz Azhar Idrus, hukum menyiram kubur adalah bergantung kepada niat. Ini perkongsiannya:
Siram air atas kubur untuk ‘sejukkan mayat’?
Atau siram air atas kubur kerana kebersihan?
Kenapa perlu siram air atas kubur? Apa tujuan?
‘Saya tengok… Orang ziarah kubur mesti bawak air.’ Ada orang kata siram air atas kubur untuk sejukkan mayat.
Jika kita percaya, adakah lari akidah kita? Mohon penjelasan
Ulama ada menyebut, hukum jirus air atas kubur adalah harus tetapi dengan syarat. Tujuannya ialah:
1. Sebab baru tanam atau jenazah baru dikebumikan, kita jirus supaya tanahnya kemas.
2. Yang kedua, menghidupkan bunga-bunga, pokok-pokok yang hidup di sekitar kawasan kubur arwah supaya ia hidup lebih subur. Ketahuilah bahawa setiap yang hidup bertasbih kepada Allah. Dalam masa yang sama, tumpang rahmat kepada si mati jika Allah izinkan.
3. Yang ketiga supaya tanah di kawasan kubur tidak kering dan berdebu.
Tidak dinafikan kaum Muslim di Korea adalah golongan minoriti. Walaupun minoriti namun tidak membataskan mereka untuk terus berpegang pada agama yang menjadi pilihan.
Salah seorang yang rakyat Korea yang memeluk Islam adalah model, Ayana Jihye Moon. Dia yang telah diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam pada tahún 2012.
Untuk pengetahuan keputusan untuk memeluk Islam memang mengejutkan ramai kerana semasa kecilnya Ayana mengakui membenci orang Islam.
Kebencian itu lahir kerana pengaruh buruk tentang Islam yang didengar dan diterima di sekelilingnya. Namun hidayah itu datang sedikit demi sedikit di hatinya.
Namun begitu, keputusannya untuk memeluk Islam tidak disukai oleh ahli keluarga kerana satu-satunya yang memilih agama baru ini. Namun begitu, beliau tetap bersemangat untuk terus istiqamah dengan agama barunya.
Oleh kerana penampilannya yang berhijab sukar untuk dia mendapat pekerjaan sesuai dan halal dengan dirinya di Korea.
Justeru Ayana lebih senang mengambil keputusan berhijrah ke Indonesia dan menjadi model di sana di samping berulang alik ke Malaysia.
Dia yang kini menjadi selebriti media sosial mengumpul lebih dua juta pengikut dan bersyukur kerana dapat mencari rezeki halal di Malaysia dan Indonesia.
Penampilan Ayana yang lebih Msulimah ini juga turut mengundang pujian netizen dan menjadikan dirinya sebagai idola dalam berfesyen mengikut Wanita Muslimah.
KASHOORGA: Didoakan semoga Ayana terus isiqamah denna agama barunya. Bukan senang untuk mempertahan tetapi berpandukan ajaran dari kitab suci Al-Quran serca sunnah dan hadis Nabi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Assalamu’alaikum S.S Mufti, bagaimanakah usul fiqh berperanan dalam mendepani wabak dan juga penyakit ? Mohon penjelasan.
Jawapan :
Wa’alaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Seperti yang kita tahu ilmu usul fiqh merupakan suatu ilmu yang melibatkan dalil-dalil serta kaedah-kaedah fiqh. Justeru, ilmu usul fiqh membantu seorang mufti atau faqih dalam proses pengeluaran hukum terhadap isu-isu yang melibatkan mukallaf.
Secara umumnya, dalam berhadapan dengan penyakit-penyakit berjangkit seperti taun atau penyakit-penyakit yang lain, Islam amat menitik beratkan soal pencegahan dan mengambil langkah berjaga-jaga terlebih dahulu. Antara dalil yang menjelaskan akan hal ini adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sa’d Ibn Abi Waqqash R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
Maksudnya : Apabila kamu mendengar bahawa taun menimpa sesuatu tempat maka janganlah kamu masuk ke dalam kawasan tersebut. Dan apabila kamu berada di dalam kawasan yang terdapat padanya taun, janganlah kamu keluar daripadanya.
Riwayat Al-Bukhari (5728)
Hadis di atas ini jelas menunjukkan langkah pencegahan yang disyorkan oleh Rasulullah S.A.W sebelum dan juga selepas seseorang itu terlibat dengan penyakit berjangkit. Dari sudut sekiranya seseorang itu mengetahui akan penularan sesuatu wabak di tempat tertentu, janganlah dia pergi ke tempat tersebut bagi mengelakkan dirinya dari dijangkiti penyakit tersebut. Manakala jika seseorang itu telah berada dalam kawasan yang merebak padanya wabak, tindakan pencegahan yang diambil bagi mengelakkan penularan penyakit tersebut adalah dengan cara tidak keluar dari kawasan tersebut. Ini dilakukan bagi mengelakkan kemudharatan yang lebih besar seperti yang disebutkan dalam sebuah kaedah fekah yang masyhur :
Maksudnya : Apabila bertembungnya dua mafsadah, maka dipelihara (ditolak) mudarat yang paling besar dengan melakukan mudarat yang lebih ringan.
Rujuk Al-Asybah wal-Nazhair, Ibn Nujaim (Hlm. 76)
Syeikh Mustafa Al-Zarqa berkata: (Yang dimaksudkan dengan) meraikan yang paling berat dari keduanya adalah dengan cara membuangnya (meninggalkannya). Ini kerana, mafsadah-mafsadah diraikan dengan dinafikan seperti mana maslahah-maslahah diraikan dengan mengisbatkan (melakukannya). Rujuk Syarah Al-Qawa’id Al-Fiqhiyyah, Syeikh Mustafa Al-Zarqa (Hlm. 201).
Secara asasnya, kaedah ini ada sandarannya daripada nas syarak iaitu berdasarkan firman Allah S.W.T:
Maksudnya: Adapun perahu itu merupakan milik orang-orang miskin yang berkerja di laut. Maka aku bertujuan merosakkannya kerana terdapat seorang raja yang ingin merampas kesemua perahu.
Surah Al-Kahf (79)
Berdasarkan ayat di atas, kita dapat melihat beberapa perkara penting yang kami ringkaskan dalam bentuk poin seperti berikut:
Perahu atau sampan tersebut dimiliki oleh orang miskin dan bukannya orang kaya.
Orang miskin tersebut pula berkerja di lautan dan bukannya di daratan. Justeru, keadaan ini menggambarkan betapa penting peranan sampan untuk digunakan dalam pekerjaan menampung kehidupan seharian.
Ia dirosakkan kerana terdapatnya seorang raja yang mahu merampas perahu-perahu yang berada dalam keadaan baik dan elok. Justeru, apabila dilihat perahu-perahu yang rosak, maka ia ditinggalkan dan tidak dirampas.
Merosakkan perahu adalah satu keburukan. Namun dirampasnya perahu mendatangkan keburukan yang lebih berat. Rosaknya perahu boleh dibaiki, manakala dirampasnya perahu mendatangkan masalah besar kepada golongan miskin untuk membeli perahu yang baharu.
Justeru ini adalah contoh pertembungan antara dua keburukan, lalu dipilih keburukan yang lebih ringan.
Oleh yang demikian, apabila kita berbalik kepada isu mencegah penularan wabak atau penyakit yang berjangkit ini, kaedah menghalang mereka yang berada di tempat-tempat tersebarnya penyakit berjangkit atau disebut sebagai kuarantin merupakan antara langkah terbaik bagi mengelakkan mudharat yang lebih besar.
Kuarantin untuk elak kemudharatan.
Maka para pemerintah atau badan-badan berautoriti hendaklah bertindak dalam menangani isu-isu penularan wabak dengan melihat kepada maslahah-maslahah kepada masyarakat setempat disampil mengambil kira faktor suasana setempat dan juga keadaan masyarakat. Hal ini adalah bertepatan dengan sebuah kaedah fekah yang menyebutkan :
Maksudnya : Urus tadbir pemerintah ke atas rakyat hendaklah terikat dengan maslahah.
Bahkan kaedah fekah di atas inilah yang menjadi asas pedoman kepada Amirul Mu’minin Umar Ibn al-Khattab R.A dalam melakukan keputusan sebaik sahaja beliau mendengar khabar berlakunya wabak penyakit di tanah Syam. Ada sebuah riwayat yang menyebutkan bahawa Saidina Umar keluar menuju ke Syam sehingga beliau sampai ke kawasan Sargh (satu kawasan yang berdekatan dengan Syam yang terletak di antara Al-Mughitsah dengan Tabuk). Sesampai di sana beliau bertemu dengan panglima angkatan tentera iaitu Abu ‘Ubaidah al-Jarrah R.A dan juga para sahabat beliau. Mereka memberitahu kepada Umar bahawa wabak telah berlaku di tanah Syam. Lalu Saidina Umar berkata : ‘’Panggilkan golongan muhajirin al-awwalin untuk bertemu dengan aku’’. Kemudian sebaik mereka sampai, Saidina Umar berbincang dan memberitahu kepada mereka bahawa wabak telah berlaku di tanah Syam. Golongan muhajirin berbeza pendapat dalam isu ini. Sebahagian mereka berpendapat, kamu telah keluar disebabkan ada urusan, maka kami tidak merasakan yang kamu perlu pulang meninggalkan urusan tersebut. Manakala sebahagian yang lain pula menyatakan : ‘’Kamu membawa bersama kamu orang ramai dan para sahabat Rasulullah S.A.W, maka kami tidak berpendapat yang kamu patut membawa mereka ke arah wabak ini’’. Kemudian Saidina Umar memanggil golongan Ansar bagi berbincang isu ini, maka golongan Ansar pun berpendirian yang sama seperti yang disebutkan oleh golongan Al-Muhajirin.
Kemudian tidak lama selepas itu Saidina Umar pun memberi arahan kepada orang ramai untuk berpatah semula. Lalu Abu ‘Ubaidah Al-Jarrah R.A berkata :
أَفِرَارًا مِنْ قَدَرِ اللَّهِ
Maksudnya : Adakah perbuatan ini termasuk melarikan diri dari takdir Allah ?
Maksudnya : Alangkah baik jika selain kamu yang mengungkapkan kenyataan ini wahai Abu ‘Ubaidah. Ya betul, kami lari dari takdir Allah menuju kepada takdir Allah yang lain. Tidakkah kamu melihat sekiranya kamu memiliki seekor unta, kemudian kamu turun kepada satu lembah yang mempunyai dua sudut. Salah satunya merupakan kawasan yang subur dan satu yang lagi merupakan kawasan yang tandus. Bukankah jika kamu memelihara unta tersebut di kawasan yang subur maka kamu menjaganya dengan taqdir Allah. Dan jika kamu memelihara unta tersebut di kawasan yang tandus maka kamu juga menjaganya dengan taqdir Allah ?
Kemudian datang Abdul Rahman bin ‘Auf R.A yang sebelum ini tidak berada bersama kerana menyelesaikan beberapa urusan lalu beliau berkata :
إِنَّ عِنْدِي مِنْ هَذَا عِلْمًا سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ
Maksudnya : Sesungguhnya aku mempunyai ilmu berkenaan perkara ini. Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila kamu mendengar ia (wabak) berlaku di sesuatu tempat maka janganlah kamu pergi kepadanya. Dan apabila ia berlaku di tempat yang kamu berada di dalamnya maka janganlah kamu keluar daripadanya.
Riwayat Muslim (2219)
Maka berdasarkan hadis di atas kita dapat melihat bahawa Saidina Umar yang berada atas kapasiti sebagai seorang pemerintah membuat satu keputusan yang meraikan maslahah setiap individu yang berada di bawah jagaan beliau dengan cara menjauhkan diri dari tempat yang diketahui terkena padanya wabak. Inilah juga pedoman yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda diberitahu oleh Farwah bin Musaik bahawa terdapat suatu kawasan yang bernama Abyan yang telah berlaku wabak yang buruk padanya. Maka Rasulullah S.A.W bersabda :
دَعْهَا عَنْكَ فَإِنَّ مِنَ الْقَرَفِ التَّلَفَ
Maksudnya : Tinggalkan ia (kawasan tersebut). Sesungguhnya perbuatan mendekatkan diri dengan keburukan (wabak dan penyakit) akan membawa kepada kebinasaan.
Riwayat Abu Daud (3923)
Maka ilmu usul fiqh membawa para ulama untuk mengeluarkan larangan dari umat Islam mendekatkan diri dari tempat-tempat yang merebak padanya penyakit-penyakit yang berjangkit. Ini turut bertepatan dengan larangan yang disebutkan oleh Al-Quran menerusi firman Allah S.W.T :
وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Maksudnya : Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan.
Surah Al-Baqarah (195)
Selain daripada itu, kita dapat melihat bahawa Islam turut mengambil langkah berikutnya iaitu sesudah berlakunya sesuatu wabak atau penyakit dengan anjuran supaya ianya dirawat. Ini dapat dilihat berdasarkan beberapa dalil dan juga kaedah-kaedah fekah yang berkaitan dengan hal ini. Antaranya adalah seperti yang disebutkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Usamah bin Syarik R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
Maksudnya : Berubatlah kamu, sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan suatu penyakit melainkan diturunkan juga ubatnya melainkan satu penyakit sahaja, iaitu ketuaan.
Riwayat Abu Daud (3855)
Maka jelas dari hadis di atas arahan dari Nabi S.A.W untuk seseorang yang ditimpa penyakit supaya berubat. Secara umumnya, perintah yang terdapat di dalam hadis ini menujukkan bahawa berubat ini suatu yang disyariatkan dan hukumnya adalah mustahab (dituntut). Meskipun begitu, dalam beberapa keadaan tertentu hukum berubat boleh menjadi wajib sekiranya diketahui yang ia akan memberikan kebaikan dan jika diabaikan akan mendatangkan kemudharatan kepada pesakit.
Demikian juga penyakit termasuk dalam perkara mudharat yang perlu dielakkan demi menjaga nyawa seseorang manusia. Ini bertepatan dengan sebuah kaedah fekah menyebut :
الضَّرَرُ يُزَال
Maksudnya : Kemudharatan itu dihilangkan.
Penutup
Sebagai kesimpulan kami menyatakan bahawa ilmu usul fiqh memainkan peranan penting khususnya kepada para fuqaha’ dalam menyediakan penyelesaian yang bersifat syar’ie melalui pengeluaran hukum-hakam yang melibatkan isu wabak dan juga penyakit sama ada menerusi langkah-langkah pencegahan demikian juga langkah-langkah rawatan terhadap perkara tersebut.
Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Selepas Syawal ramai yang berkira-kira untuk melakukan ibadah korban Setiap kali tibanya musim ibadah korban untuk Aidiladha nanti.Boleh jadi terdetik juga keinginan untuk melakukan...