Kepada Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali. Hanya Allah yang tahu setiap takdir yang telah ditentukan buat kita hambaNya yang lemah.
Setelah hampir 72 hari bernafas di muka bumi Allah, si kecil Muhammad Danial Firman Faizal Muhammad Faizal akhirnya telah dijemput Illahi.
Muhammad Danial Firman Faizal yang merupakan anak Abby dan suaminya, sebelum ini dilahirkan secara pramatang ketika usia kandungan 5 bulan setelah mengalami turun darah berikutan tekanan darah tinggi dan sejak itu terus diletakkan dibawah pengawasan Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di Hospital Sungai Buloh.
Perkhabaran sedih ini dikongsikan oleh Abby sendiri melalui laman Instagramnya dengan muat naik video terkahir bersama bayinya sebelum dia dan keluarga berlepas ke tanah suci Mekah.
Menurut Abby, baby yang dipanggil Baby D ini telah meninggalkan mereka dan didoakan semoga akan menarik dia dan suaminya ke syurga.
Video terakhir dirakam bersama baby D sebelum mereka tinggalkannya untuk menunaikan umrah. Abby juga turut memohon maaf kepada anak syurga ini.
Oleh kerana mereka sekeluarga sedang menunaikan ibadah umrah di Mekah, segala urusan pengebumian jenazah akan dilakukan oleh ahli keluarga lain dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat.
Ads
Sebaik muat naik video berkenaan, warganet turut mengucapkan takziah kepada Abby dan keluarga serta mengharapkan anak syurga ini ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
KASHOORGA: Ucapkah salam takziah kepada Abby sekeluarga dan semoga tabah menerima dugaan ini. Ternyata ketika bondanya menunaikan ibadah di Tanah Suci, si kecil ini juga dalam perjalanan menuju ke Jannah. Destinasi yang berbeza, namun tetap di jalur syurga.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Meninggal dunia akibat kebakaran, jenazah harus dimandikan atau memadai tayamum. Allahuakbar takziah buat semua ahli keluarga mangsa.
Semua penumpang dan kru sebuah pesawat yang terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina di Seksyen U16, di Shah Alam disahkan terkorban.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan, mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di tempat ia terhempas.
Katanya, pesawat jenis jet peribadi tersebut mendapat kebenaran untuk mendarat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, namun dua minit sebelum mendarat, ia terhempas.
Maksudnya:
“Orang-orang yang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah 7 orang, iaitu korban wabak adalah syahid; mati tenggelam (ketika melakukan safar dalam rangka ketaatan) adalah syahid; yang punya luka pada lambung lalu mati, matinya adalah syahid; mati kerana penyakit perut adalah syahid; korban kebakaran adalah syahid; yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid; dan seorang wanita yang meninggal ketika melahirkan anak adalah syahid.” (HR. Abu Daud, no. 3111 dan al-Nasaie)
Jenazah Harus Dimandikan
Hukum asal atau hak bagi jenazah adalah wajib dimandikan, samada ianya terbakar ataupun tidak.
Sekiranya terdapat keuzuran seperti tahap kebakaran yang amat parah iaitu tahap ketiga (deep burn), tidak diperlukan air kerana dikhuatiri kulit yang melepuh akan tertanggal dan menyukarkan lagi keadaan.
Maka, digantikan dengan tayammum. Ini adalah pandangan dalam mazhab Syafie. Dalil bagi para fuqaha’ adalah qias kepada keadaan orang yang hidup.
Sekiranya seseorang yang sihat berubah daripada wudhu’ dengan air kepada tayammum disebabkan keuzuran tertentu, begitu juga bolehnya ditayammumkan jenazah kerana keuzuran pada jenazah itu sendiri.
Atau Memadai Tayamum
Kepada masyarakat, elakkan daripada menyebarkan gambar yang tidak baik. Ini adalah akhlak Muslim dan ia bercanggah dengan peraturan undang-undang Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang menyebut,
“Jika didapati bersalah, hukumannya adalah denda melebihi RM 50,000 atau tidak lebih 1 tahun penjara.” Justeru, raikanlah kepada jenazah dan keluarga mereka.
Akhir kalam, marilah sama-sama kita berdoa untuk mereka dan semoga mereka ditempatkan bersama para syuhada’.
Maksudnya: “Ya Allah ampunlah mereka, rahmati, afiat dan terimalah keampunan mereka, muliakan tempat mereka, luaskanlah tempat masuk mereka, basuhlah mereka dengan air salji dan air sejuk, sucikanlah mereka dari sebarang kesalahan sebagaimana Kamu sucikan baju putih dari sebarang kotoran.
Gantilah mereka tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggal mereka, keluarga yang lebih baik daripada keluarga mereka, isteri yang lebih baik daripada isteri mereka dan masuklah mereka ke dalam syurga dan jauhlah mereka daripada azab kubur dan azab neraka.
Sebenarnya pemakaian braces atau pendakap gigi adalah dibenarkan jika memenuhi keperluan seperti sukar mengunyah makanan dan hilangnya keyakinan bila berkomunikasi.
Namun begitu, tak dinafikan dalam masyarakat kita ramai yang suka memberatkan isu memakai braces ini. Apa lagi bila si pemakai braces meninggal dunia. Begitulah juga isunya dengan wanita yang mewarnakan kuku, warnakan rambut serta yang bergigi emas.
Bagi yang kurang pengetahuan agama selalunya meminta pengurus jenazah tanggalkan braces atau potong rambut yang diwarnakan. Sedangkan tiada saranan dalam agama untuk berbuat demikian.
Ikuti perkongsian Dr Mohd Khairul Izwan dan hadam baik-baik apa yang dijelaskan,
Soalan:
“Saya ada soalan, kalau orang Muslim memakai braces (pendakap gigi). Kemudian, katakanlah tiba-tiba dia meninggal dunia dan ada braces ni.
‘Agak-agak orang yang uruskan kita macam mana ya? Mereka kena panggil doktor gigi untuk buka (tanggalkan) braces orang meninggal itu atau macam mana ya?”
Begini Caranya
Sebenarnya, hukum asal memakai braces bagi tujuan memperbaiki susunan gigi untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi penampilan, keyakinan diri, membantu penguyahan dan juga memudahkan pembersihan gigi, hukumnya adalah harus.
Apabila seseorang meninggal dunia, maka tiada keperluan untuk menanggalkan braces tersebut dan tidak mengapa untuk ditinggalkan serta dikebumikan bersama-sama dengan jenazah yang memakai braces itu.
Nak Uruskan Jenazah Muslim
Ini selari dengan tatacara pengurusan jenazah di mana jenazah yang telah meninggal dunia mestilah dilakukan dan disantuni dengan cara yang paling menghormati jenazah tersebut, seperti mana kita dituntut untuk menghormati seseorang ketika dia masih hidup.
Dalil bagi kenyataan ini bersandarkan kepada firman Allah di dalam Surah Al-Isra ayat 70 yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam.”
Pakai Pendakap Gigi
Oleh yang demikian, bagi anda yang berhajat untuk memakai braces ataupun telah memakainya, maka tidak perlu khuatir tentang isu tersebut sekiranya anda ditakdirkan meninggal dunia ketika masih memakai braces.
Dan bagi yang bertugas untuk menguruskan jenazah pula, maka tidak perlulah berusaha untuk menanggalkannya atau memanggil doktor gigi bagi menanggalkannya dan uruskanlah jenazah tersebut seperti biasa.
Begitu juga keadaannya dengan gigi palsu kekal seperti crown, bridge mahupun implant pergigian. Semuanya tidak perlu ditanggalkan dan boleh dikebumikan bersama-sama dengan jenazah.
Eja tak halang anak berlakon, tapi belajar dulu. ‘Sebagai ibu saya nak dia berjaya dunia, akhirat.’ Begitulah harapan seorang ibu. Apatah lagi dialah satu-satunya anak Eja.
Sudah tentu tinggi harapan seorang ibu pada anak tunggalnya. Dialah intan, dialah juga permata. Luah Eja yang kini lebih banyak memberi tumpuan kepada keluarga berbanding dunia lakonan.
Memetik laporan Kosmo, dirinya bukan merajuk, sebaliknya aktres ini berlapang dada dengan peluang terbuka kepada bakat-bakat baharu yang mewarnai dunia hiburan tanah air sepanjang tempoh rehatnya selama ini.
Eja atau nama sebenarnya, Siti Shahrizah Saifuddin sedar populariti dan kemasyhuran bukan bersifat selama-lamanya dan akan sampai waktu, dia perlu meletakkan noktah daripada terus berlakon.
Tapi Belajar Dulu
“Masih lagi ada tawaran berlakon filem dan drama tetapi keutamaan saya sekarang adalah keluarga terutama anak, Nur Eishal.
“Berilah peluang kepada orang-orang baharu. Kita dah tua. Berilah ruang kepada generasi sekarang mewarnai dunia hiburan kita dengan idea-idea yang lebih baik.
“Kita ni dah nak reput (ketawa). Anak saya sekarang pun dah 13 tahun. Anak saya ada bakat lakonan tapi dia sendiri tak berminat nak ceburkan diri (dalam bidang lakonan),” katanya.
Sebagai Ibu Saya Nak
Seperti mana ibu-ibu lain, Eja juga memilih untuk meletakkan soal pendidikan sebagai perkara utama yang akan diberikan kepada satu-satunya anaknya itu.
“Kita tahu tahu qada dan qadar seseorang. Saya tak nak kata tidak (untuk anak berkecimpung dalam dunia lakonan).
“Tapi, keutamaan saya untuk lepaskan Eishal belajar setinggi yang mungkin. Belajar dahulu dan selepas itu nanti, mana jalan yang Allah kurniakan, dia pilih sendiri dan saya beri restu.
“Umur sekarang, anak dah tahu apa dia nak jadi. Tetapi saya perlu, kita hanya perlu merancang, Allah menentukan. Sebagai ibu, saya nak dia berjaya dunia akhirat sebab dialah satu-satunya anak saya,” ujarnya kini seronok berniaga produk sambal, eishals_by_eja.
Dia Berjaya Dunia, Akhirat
Terdahulu, sekitar 2017, Eja mendedahkan sudah 10 tahun bergelar isteri kepada tokoh korporat, Mohd. Silahuddin Jamaluddin.
Sejak itu, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) itu mengambil pendekatan memperlahankan karier selepas melahirkan anak tunggalnya, Nur Eishal.
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...