abby

Kepada Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali. Hanya Allah yang tahu setiap takdir yang telah ditentukan buat kita hambaNya yang lemah.

Setelah hampir 72 hari bernafas di muka bumi Allah, si kecil Muhammad Danial Firman Faizal Muhammad Faizal akhirnya telah dijemput Illahi.

Muhammad Danial Firman Faizal yang merupakan anak Abby dan suaminya, sebelum ini dilahirkan secara pramatang ketika usia kandungan 5 bulan setelah mengalami turun darah berikutan tekanan darah tinggi dan sejak itu terus diletakkan dibawah pengawasan Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di Hospital Sungai Buloh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on


Perkhabaran sedih ini dikongsikan oleh Abby sendiri melalui laman Instagramnya dengan muat naik video terkahir bersama bayinya sebelum dia dan keluarga berlepas ke tanah suci Mekah.

Menurut Abby, baby yang dipanggil Baby D ini telah meninggalkan mereka dan didoakan semoga akan menarik dia dan suaminya ke syurga.

IKLAN


Video terakhir dirakam bersama baby D sebelum mereka tinggalkannya untuk menunaikan umrah. Abby juga turut memohon maaf kepada anak syurga ini.

Oleh kerana mereka sekeluarga sedang menunaikan ibadah umrah di Mekah, segala urusan pengebumian jenazah akan dilakukan oleh ahli keluarga lain dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat.

IKLAN

Sebaik muat naik video berkenaan, warganet turut mengucapkan takziah kepada Abby dan keluarga serta mengharapkan anak syurga ini ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

deeba.mosyl Innalillah.. Syurga tmpt mu baby D.. takziah kak abby sekeluarga. Stay strong

IKLAN

mairaizzah Al fatihah..takziah Abby dn suami..ank syurga kamu menanti di sana kelak.

ajacyunk Alfatihah bt bby D syurga tmpat mu syg .bermain2 la d sana.. smge kak @abby_abadi112 tabah n sabar .. alfatihah bt akk

nuramalinajeffry Allahu,salam takziah..anak2 kte sedang bergembira bermain ditaman surga

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on


KASHOORGA: Ucapkah salam takziah kepada Abby sekeluarga dan semoga tabah menerima dugaan ini. Ternyata ketika bondanya menunaikan ibadah di Tanah Suci, si kecil ini juga dalam perjalanan menuju ke Jannah. Destinasi yang berbeza, namun tetap di jalur syurga.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI