Dalam pergaulan seharian atau berinteraksi dengan orang adakala kita mengalami hal-hal yang tidak menyenangkan. Misalannya dihina atau kemampuan kita direndah-rendahkan. Pasti kita akan rasa sakit hati dan timbulnya dendam hingga kalau kurang sabar, kita membalasnya dengan pukulan dan memaki hamun semula.
Tapi jika mengalami situasi buruk sebegini, bacalah doa yang diajarkan oleh Rasulullah ini selain memohon perlindungan dari Allah subhanahuwa ta’ala.
Bahkan semasa menyebarkan agama islam, Rasululllah Shallallahu alaihi wa sallam sendiri pernah mengalami hal ini (dihina) bahkan dipukul hingga berdarah. Tapi apa yang Nabi buat ialah, Nabi berdoa dan bukannya membalas perbuatan tersebut.
Inilah doa yang dibaca oleh Nabi saat dirinya dihina.
Ads
اللهم اغفر لقومي، فإنهم لا يعلمون
Allahummaghfir li qaumi fa innahum la ya’lamun.
“Ya Allah ampunilah kaumku, (mereka berbuat demikian) karena mereka tidak mengetahui.”
Ads
Doa nabi saat dihina ini ada dalam hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Dalam hadis lengkapnya diceritakan kronologi penghinaan dan pemukulan kepada nabi saat Baginda menyebarkan dakwah.
عن عبد الله بن مسعود قال: كأني أنظر إلى رسول الله ﷺ يحكي نبيًّا من الأنبياء -صلوات الله وسلامه عليهم- ضربه قومه فأدمَوْه، وهو يمسح الدم عن وجهه، ويقول: اللهم اغفر لقومي، فإنهم لا يعلمون(متفق عليه
Ads
Saat itu Rasulullah dipukul hingga berdarah. Darah yang muncul di wajah Nabi menunjukkan pukulan itu sangat keras. Sambil mengusap darahnya, Rasulullah langsung tidak membalas perlakuan mereka sebaliknya Baginda hanya membacakan doa di atas.
Kalimat fa innahum laa ya’lamun yang dibacakan nabi di atas menunjukkan bahawa nabi sangat memahami keadaan orang-orang yang menghina dan memukuli Baginda. Mereka, bagi nabi, adalah orang-orang yang tidak mengetahui kemuliaan ajaran yang dibawa Nabi SAW. Jika mereka mengetahui, mereka pasti akan sedar dan merasa malu telah berbuat demikian.
Doa nabi saat dihina ini juga wajar dijadikan iktibar pada kita bahawa Nabi bukanlah seorang pendendam. Nabi mengajarkan kepada kita cara terbaik untuk berdakwah dan mengenalkan ajaran Islam. Bukan dengan kekerasan, melainkan dengan kasih sayang. Jadi kalau dihina, bacalah doa ini agar hinaan itu berlalu pergi. Bukan membalasnya semula dengan kekerasan. Sumber : Kalam Sindownews
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sejak dulu lagi, kita sering mendengar orang tua melarang pernikahan dengan sepupu sendiri. Alasannya kalau berkahwin nanti anak dilahirkan cacat serta banyak lagi alasan diberikan khususnya bab zuriat.
Satu perkongsian di Tik Tok, @dinanur2397 berkongsi dirinya berkahwin dengan sepupu sendiri di mana ayahnya dan ibu mentuanya adalah adik beradik. Dirinya kini berada dalam fasa bahagia dan menyulam cinta dengan izin Allah selepas diijabkabulkan baru-baru ini.
Tulisnya, “suamiku sepupuku” membuktikan cinta selepas berkahwin amat bahagia dan pasangan ini mengharapkan kehadiran cahayamata secepat mungkin.
Menariknya walau ada ikatan sepupu, namun mereka amat jarang bertemu kerana masing-masing merantau jauh menuntut ilmu bahkan suaminya juga lulusan dari Universiti Al Azhar, Mesir.
Jelas Dina yang kini berusia 24 tahun, jarak usianya dan suami berbeza enam tahun. Kebanyakan keluarga besar mereka merantau keluar dari kampung untuk menimba ilmu agama di seluruh tempat sebaik habis sekolah rendah.
Dirinya sendiri belajar hingga ke Bogor Jawa Barat dan menetap di sana selama tujuh tahun dan suami berkelana di bumi Mesir selama 11 tahun.
“Walau sepupu, pertemuan pertama kami berlangsung pada tahun 2017 dan pertemuan kedua pada 2021 di saat pernikahan kami berlangsung,” katanya memaklumkan baru lapan bulan mendirikan rumahtangga.
Di saat ramai tertanya-tanya bolehkah menikahi sepupu sendiri di dalam hukum islam perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu dan seumpamanya adalah antara perkara yang dibenarkan oleh Allah SWT. Di dalam firman Allah SWT yang menerangkan wanita-wanita yang diharamkan berkahwin dalam ayat 24 surah al-Nisa’ yang membawa maksud:
“Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu…” Juga firmanNya dalam surah al-Ahzab ayat 50 yang bermaksud: “…dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu…”
‘Sebesar mana pun rumah, akhirnya rumah abadi kita adalah liang lahad.’ Kematian pemutus kelazatan dunia. Ternyata bila meninggal dunia, tiada apa yang akan dibawa melainkan amal ibadat kita.
Oleh sebab itu, setiap kali ziarah orang meninggal dunia jadikan ia sebagai peringatan untuk kita sedar bahawa mati itu pasti dan boleh berlaku bila-bila masa.
Ikuti perkongsian Firdaus Wong ini bila mana dia bersyukur dikurniakan hidayah dan memeluk Islam.
Semalam (ketika posting ditulis) menghadiri solat jenazah dan kemudian pengebumian Tuan Haji Fadzil, penunggang Ducati yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di lebuhraya SUKE apabila cuba mengelak sebuah motosikal yang melawan arus.
Bukan kali pertama saya menghadiri solat jenazah dan pengebumian tetapi setiap kali menghadirinya, timbul rasa keinsafan dan kesyukuran. Bukan sekali dua tetapi setiap kali. Kenapa merasa insaf dan bersyukur?
Saya merasa insaf kerana teringatkan hadis Nabi Muhammad saw bahawa ingatlah pemutus kelazatan iaitu kematian. Ya, kematian itu memutuskan kita dari segala kelazatan di dunia.
Akhirnya Rumah Abadi Kita
Sama ada seseorang itu percaya kepada Tuhan atau percaya kepada hari akhirat, yang pasti dia percaya setiap yang hidup pasti akan mati. Itu pasti!
Sebesar mana rumah kita, sepopular mana pun kita, semahal mana kereta kita, secantik mana pakaian kita, akhirnya rumah abadi kita adalah di liang lahad 3×7 kaki menanti hari kiamat seorang diri dan yang menjadi peneman hanya amal soleh kita.
Kenderaan terakhir yang kita naiki hanyalah van jenazah dengan badan kita terbujur kaku diselimuti kain kafan putih.
Kematian orang lain menjadi peringatan kepada diri kita bagaimana kita juga bakal menyusul, entah bila tetapi kita pasti akan menyusul.
Adalah Liang Lahad
Sebagaimana kita terkejut dengan kematian mengejut tanpa mengira usia, akan tiba masa orang lain akan terkejut dengan kematian kita pula.
Persoalannya bukan mati atau tidak tetapi persoalannya bagaimanakah keadaan kita semasa meninggal? Pengakhiran yang baik atau yang buruk?
Muslim atau kafir? Semoga Allah matikan kita dalam pengakhiran yang baik sebagai orang beriman. Allahuma Amin.
Saya juga merasa bersyukur bagaimana mudahnya, ringkasnya, murahnya, praktikalnya Islam menerusi pengebumian.
Kematian Pemutus
Apabila seseorang mati, disunnahkan untuk dipercepatkan tanpa ditangguhkan, kos keseluruhan tidak lebih dari RM1,000 dan jikalau waris tidak mampu, maka kos akan dibayar oleh masyarakat setempat.
Bagaimana menurunkan jenazah dilakukan oleh ahli keluarga, sanak saudara, kenalan hatta adakalanya orang luar yang tiada pertalian darah dengan si mati. Indahnya kerjasama dan persaudaraan Islam.
Tiada istilah takut masuk ke liang lahad menyambut jenazah. Tiada istilah takut menyentuh jenazah. Jenazah disambut dan diletakkan di dalam liang lahad dengan penuh sopan dan kasih sayang. Khidmat terakhir terhadap si mati dari kita yang masih hidup.
Sememangnya wasiat saya buat ahli keluarga saya adalah jikalau ditakdirkan saya meninggal dunia di luar negara, maka jangan membazir wang membawa jenazah saya pulang. Semadikan saya di mana jua jenazah saya berada.
Kelazatan Dunia
Gunakanlah wang yang mahu diperuntukkan bagi membawa pulang jenazah saya itu untuk melangsaikan hutang-hutang dan berwakaf atau bersedekah atas nama saya agar saya mendapat manfaatnya.
Jikalau mereka membawa pulang jenazah saya, apa manfaat buat diri ini yang sedang menanti hisab dari Mungkar dan Nakir?
Jikalau saya meninggal di Malaysia dan ditakdirkan ada ahli keluarga yang jauh di luar negara, maka segerakan juga pengebumian saya tanpa perlu menanti mereka pulang untuk menatap wajah diri ini.
Cukuplah memori yang kita telah bina semasa hidup menjadi kenangan seumur hidup buat mereka.
Tidak perlu buat sebarang kenduri dan tahlil buat diri ini tetapi gunakan duit itu untuk waqaf, sedekah kepada yang memerlukan. Jangan terlalu menangisi pemergian saya melebihi 3 hari.
Teruskan hidup dengan cekal, teruskan beramal soleh dan senantiasa mendoakan diri yang sudahpun terputus segala amalan kecuali ilmu bermanfaat yang telah diajar atau disebarkan.
Sedekah jariah serta doa anak yang soleh. Itu pelaburan akhirat yang telah dilakukan semasa saya masih hidup.
Syukur Allah kurniakan hidayah buat diri ini untuk memeluk Islam. Syukur atas nikmat Islam. Alhamdulilah…
“Adapun nikmat Tuhan mu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.”
(Adh-Dhuha 93:11 )
Kashoorga: Semoga kita semua mati dalam keadaan husnul khatimah. Amin.
Assalamualaikum, saya nak bertanya pendapat. Semasa masuk waktu solat, saya terasa ingin membuang air. Disebabkan oleh perasaan malas untuk mengambil wudhu’, saya menjaga wudhu’ saya dengan menahan diri saya daripada membuang air kecil tersebut sehingga selesai solat. Apakah hukum saya solat dalam keadaan tersebut?
JAWAPAN
Sebelum kami menjawab persoalan di atas, suka untuk kami jelaskan berkenaan dengan khusyu’ dalam solat.
Perlu difahami bahawa khusyuk terbahagi kepada dua iaitu:
1.Khusyuk hati iaitu kehadiran hati seseorang yang sedang menunaikan solat secara fokus menghadap Allah SWT dengan membawa cinta kepada-Nya, mengagungkan-Nya, takut terhadap seksa-Nya, dan mengharap pahala dari-Nya sehingga merasa dekat dengan-Nya dan tenang hatinya serta penuh penghayatan dengan menghayati seluruh apa yang diucapkan dan lakukan dalam solatnya, dari awal hingga selesai solatnya. Kekhusyukan hati inilah yang melahirkan kekhusyukan badan, kerana ia adalah asas kekhusyukan.
2. Khusyuk badan iaitu ketenangan gerakan dalam solat, beradab dan tidak tergesa-gesa dalam mengucapkan zikir dan doa, ketundukan pandangan ke arah tempat sujud, tidak menoleh ke atas atau ke arah yang menghilangkan khusyukdan tidak disibukkan dengan gerakan yang sia-sia.
Inilah khusyuk yang merupakan ruh dan maksud solat. Namun, tidaklah mampu untuk khusyuk anggota tubuh kita kecuali apabila telah khusyuk hati kita, kerana kekhusyukan hati adalah asas/dasar kepada kekhusyukan badan.
Menjawab persoalan di atas, telah diriwayatkan satu hadis daripada Aisyah R.anha, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada solat ketika hadirnya makanan, dan tidak ada solat juga dalam keadaan seseorang itu menahan diri daripada membuang air kecil dan besar.”
Riwayat Muslim (560)
Imam al-Nawawi dalam syarahnya mengenai hadis ini menyebut, “Dalam hadis ini menunjukkan makruhnya solat seseorang dalam keadaan makanan telah disediakan, dan dia perlukan makanan tersebut, kerana hal ini akan menyebabkan hatinya sibuk memikirkan makanan tersebut dan penyebab kepada hilangnya khusyu’ dalam solat.
Begitu juga dengan makruhnya solat seseorang dalam keadaan dia menahan dirinya daripada membuang air kecil dan besar, ianya menyebabkan hatinya tidak tenang, dan solatnya tidak khusyu’. Dan kedua-dua keadaan ini hukum solatnya makruh mengikut pandangan mazhab kami dan selain daripada kami jika dia solat dalam keadaan waktu solat yang panjang. Manakala jika waktu solat hampir ke penghujung waktunya, maka dia mesti solat untuk menjaga waktu solatnya, serta tidak boleh dia melewatkannya.” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 5/26)
Setiap sesuatu yang menyibukkan manusia daripada hadirnya kekhusyukan dalam hatinya ketika solat, maka hendaklah dia menyelesaikan dahulu urusannya supaya dia boleh solat dalam keadaan khusyu’. Begitu juga dengan perbuatan menahan diri daripada membuang air kecil dan besar, ianya sangat menganggu kekhusyukan di dalam solat.
Membuang air kecil dan besar merupakan hajat yang perlu diselesaikan dengan segera tanpa perlu ditangguhkan, solat dalam keadaan menahannya akan merosakkan solat itu sendiri yang mungkin akan menyebabkan rukun-rukun qauli dan fi’li tidak dapat dilaksanakan dalam keadaan sempurna. Berkemungkinan juga disebabkan dia menahan, akan menyebabkan najis tersebut terkeluar sedikit dan mengenai pakaiannya.
Terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Umamah RA,
Maksudnya: Rasulullah SAW melarang seseorang lelaki solat dan dia dalam keadaan haqin (حَاقِن).
Riwayat Ibn Majah (617), dan Ahmad (21648).
Syeikh al-Sindi menyebutkan,“Perkataan haqin (حَاقِن) bermaksud menahan diri daripada kencing dan buang air besar.” (Lihat Hasyiah al-Sindi ‘ala Sunan Ibn Majah, 1/213)
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, solat dalam keadaan menahan diri daripada membuang air kecil dan besar, solatnya sah tetapi hukumnya makruh. Kami nasihatkan supaya diselesaikan dahulu urusan membuang hajat dahulu sebelum meneruskan apa-apa ibadah, kerana kekhusyukan dalam melakukan ibadah sangat penting dalam kehidupan kita sebagai seorang hamba.