Sah Atau Tidak Solat Bagi Wanita Yang Pakai Menstrual Cup Ketika Istihadah & Keputihan

Share

Sah atau tidak solat bagi wanita yang pakai menstrual cup ketika istihadah dan keputihan.

Selalu kita dengar masa fasa period, jika seseorang wanita tak menggunakan pad mengikut kebiasaan, mereka mempunyai option lain iaitu menggunakan menstrual cup.

Biarpun masih ramai belum memakai menstrual cup ketika datang bulan, tapi penggunaannya sudah tentu lebih jimat dan tahan lama.

Artikel Berkaitan:

Keliru Status Darah Nifas, Istihadah Atau Haid? Ini Penjelasan Ustaz

Sah Atau Tidak Solat

Namun bagaimana kesnya bila seseorang wanita yang nak pakai menstrual cup ketika istihadah ataupun keputihan. Sah atau solatnya…

Sebelum ini, pernah kami kupaskan mengenai pemakaian Suci Cup semasa seseorang wanita itu sedang mengalami keputihan. Dan kami juga turut menerima maklum balas yang banyak dan timbul soalan seperti dibawah bagi wanita yang beragama islam.

Bagi Wanita

Sah ke solat kalau pakai suci cup semasa keputihan?

Imam al-Khatib al-Syirbini mendefinisikan haid seperti berikut:
دم جبلة أي تقتضيه الطباع السليمة يخرج من اقصى رحم المراة بعد بلوغها على سبيل الصحة من غير سبب في أوقات معلومة

Maksudnya:
Darah semula jadi sebagai kejadian normal yang keluar daripada pangkal rahim seorang wanita yang telah baligh dalam keadaan sihat tanpa sebab-sebab tertentu dan pada waktu-waktu yang diketahui.

Haid merupakan tanda baligh yang semulajadi bagi seseorang wanita. Ianya bermula dalam lingkungan umur sembilan tahun ke atas dan berakhir dengan Iyas (putus haid).

Haid dari segi bahasa ialah (السيلان) yang memberi makna mengalir. Manakala dari segi syarak pula ialah darah semulajadi yang keluar daripada kemaluan wanita ketika badannya dalam keadaan sihat dalam tempoh-tempoh yang tertentu.

Darah haid ialah darah yang normal bagi seorang wanita kalau ia keluar ikut tempohnya.

Yang Pakai Menstrual Cup

Jadi apa pula yang dimaksudkan dengan darah istihadah? Di dalam mazhab Syafie tempoh minimum bagi haid adalah sehari semalam (24 jam). Manakala tempoh maksimum bagi haid adalah selama 15 hari.

Jika darah yang keluar selepas daripada itu, maka ia dihukum sebagai darah istihadah atau darah yang berpenyakit. Apabila seseorang menyedari bahawa darah yang keluar bukan lagi darah haid tetapi darah istihadah, ia hendaklah mandi wajib dan mengerjakan solat sebagaimana wanita yang suci. Ia juga tidak wajib menggantikan semula solat yang telah ditinggalkan pada tempoh itu.

Manakala, keputihan atau nama saintifiknya Flour Albus atau Leukore adalah satu kondisi yang terjadi hanya kepada seorang wanita dimana cecair yang berwarna putih atau sedikit kekuningan keluar daripada bahagian faraj (vagina).

Ketika Istihadah & Keputihan

Cara untuk menunaikan solat jika menggunakan menstrual cup.

Penggunaan menstrual cup bagi wanita yang istihadah dianggap sebagai menanggung najis (darah istihadah).

Justeru, ia hendaklah dicuci sebelum berwuduk bagi menunaikan setiap kali solat fardhu, satu wuduk untuk satu solat fardhu, adapun solat sunat boleh berbilang-bilang. Justeru, membersihkan diri termasuk dalam syarat sah solat.

Walaupun ia bukan darah haid, tetapi hendaklah seorang wanita membersihkan diri (badan) dan pakaian setiap kali hendak menunaikan solat.

Baca Di Sini:

Darah Istihadah Boleh Ganggu Urusan Solat & Ibadah lain, Wanita Ini Kongsi Amalan Cara Islam Sembuhkannya

Bagaimana Menentukan Darah Haid Sudah Kering Menurut Syariat? 4 Perkara Wanita Kena Tahu Sebelum Kembali Beribadah

Kashoorga: Kesimpulannya, menstrual cup bukan sahaja boleh dipakai ketika kita datang bulan, tetapi boleh juga digunakan untuk ketika dalam istihadah dan juga keputihan.

Sumber: sucicup.com

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!

Published by
Syazwani Mehat