“Sah Tak Solat Isyak Tapi Lepas Tu Pergi Clubbing” – Lelaki Ini Tepuk Bahu Member Kemudian Jelaskan ….

Share

Solat itu adalah suruhan Allah yang telah diwajibkan ke atas kita setiap umat Islam.

Ia adalah salah satu Rukun Islam yang wajib kita lakukan dan menjadi tiang agama dalam kehidupan kita.

Namun bagaimana dengan amalan lain yang dilakukan, adakah solat diterima oleh Allah. Persoalan ini yang pernah ditanya seorang penguna laman sosial di twitter Shukery Azizan ketika belajar di universiti dulu.

Menurutnya, seorang sahabat ada bertanyakan mengenai perkara ini kepadanya dan ini thread yang ditulisnya di twitter bagi menjawab pertanyaan kawannya itu.

Bila dapat soalan macam ni, mula2 pelik. Pelik sebab first kitorang tak rapat sangat pun. Tapi tiba2 tanya soalan cepumas pada stranger macam saya.

Second, saya bukan ustaz. Saya budak kimia. Tapi mungkin dia pilih nak tanya saya sebab gaya saya macam ala-ala budak surau kot.

Tapi apa yang paling penting, soalan dia tu buat saya rasa terharu. Terharu sebab dia masih concern tentang solat dia sendiri.

Lepas dia tanya macam tu, saya tersenyum dan tepuk perlahan bahu dia. Lepas tu, saya terus jawab,

“Tahniah..”

Masa saya jawab macam tu, muka dia berkerut sedikit. Mungkin sebab pelik tiba-tiba saya cakap tahniah. Atau mungkin juga sebab ingat saya perli dia. Wallahua’lam.

Saya sambung lagi,

“Tahniah sebab walaupun kau pergi club dan minum arak bagai, tapi kau tetap jaga solat. Ada orang kat luar sana yang tak pernah pergi club pun seumur hidup, tapi solatnya tetap tak jaga.”

Lepas saya jawab macam ni, barulah reaksi mukanya berubah. Rasa lega barangkali.

“Solat kau sah je insyaAllah selagi mana kau ikut rukun solat. Cuma itulah, kau kena teruskan jaga solat lagi dan usaha untuk tinggalkan apa kau buat sekarang ni..”

Gambar sekadar hiasan.

Dia mengangguk dan jawab, “thanks bro.”

Lepas tu kami bersalaman dan dia terus balik ke bloknya. The rest is history.

Kenapa saya kongsi kisah ni?

Saya sebenarnya nak beritahu, walau banyak mana pun dosa kita buat, besar mana pun dosa kita pernah lakukan, hatta membunuh, berzina, etc JANGAN PERNAH TINGGAL SOLAT.

Pedulikanlah orang kata kita berlagak alim ke, orang tuduh Allah benci kau ke,  ahli neraka ke, dan apa pun ejekan. Yang penting, jaga solat. Sebab ketahuilah, bila mula jaga solat, pasti kita akan tinggalkan dosa yang kita sedang buat tu.

Sooner or later.

Dan bila kita solat, itu tanda Allah sayang pada kita.

Bukti? Siapa yang gerakkan hati kita untuk jaga solat? Siapa yang buat kita rasa bersalah bila buat dosa? Siapa yang bagi kekuatan untuk kita solat dan bertaubat? Siapa yang bisikkan pada kita untuk minta ampun pada Allah?

Allah yang gerakkan dan buat. Semata-mata Allah. Takda siapa yang boleh kawal hati kita, melainkan Allah. Semata-mata Allah. Kita pun tak mampu kawal hati kita sendiri. Kan?

Tapi begitu sayang Allah pada kita, Dia sentuh hati kita. Supaya kita kembali bertaubat.

Moga Ramadhan tahun ni menjadi permulaan untuk kita mula serius untuk jaga solat, dan mula rajin untuk belajar membaca al-Quran. Jangan malu, dan jangan bertangguh.

Sebab hidayah Allah adalah untuk dicari, bukan ditunggu. Wallahua’lam.

#ShukeryAzizan

#CeritaShukery

Published by
Siti Zurina Mat Saman