
Kini anda boleh saksikan kupasan kemusykilan agama menerusi Jalan Kashoorga! Dalam menjalani kehidupan harian pastinya kita menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran yang berbeza-beza.
Bagi memastikan kita tidak lari dari landasan syarak, maka kita perlu merujuk al-Quran dan sunnah Nabi SAW sebagai panduan.
Namun sebagai manusia biasa, normal lah kalau kita tergelincir dan terbabas dalam menjalani rutin sebagai hambaNya.
Artikel berkaitan: Keliru Status Darah Nifas, Istihadah Atau Haid? Ini Penjelasan Ustaz
Artikel berkaitan: Bolehkah Isteri Solat Di Sebelah Kiri Suami Sebab Rumah Sempit
Justeru, agar tidak terus alpa dan lari jauh dari ajaran agama, kita perlukan dekatkan diri dengan insan-insan soleh dan solehah, merujuk bahan bacaan dan boleh juga mendengarkan kupasan persoalan hal-hal agama dalam majlis ilmu.
Ingin membantu sama masyarakat mendapatkan huraian persoalan hal agama, Kashoorga tampil dengan program rancangan berbentuk talkshow santai yang disiarkan di Youtube menerusi saluran Jalan Kashoorga.
Program kupasan soal jawab kemusyikalan agama ini diterbitkan untuk tayangan berdurasi 15 minit dan akan bersiaran dua kali sebulan setiap Jumaat jam 8 malam. Jalan Kashoorga adalah inisitif terbaharu Kashoorga setelah program Tazkirah Kashoorga mendapat sambutan ramai.
Pengacara tetap Jalan Kashoorga iaitu Mohd Fadzly Fuad dipertanggungjawabkan mengacara Jalan Kashoorga dengan mewawancara program secara santai ini bersama panel-panel jemputan yang berbeza setiap episod.
Banyak soalan-soalan menarik dan hangat akan dijawab secara telus oleh pihak panel jemputan.
Untuk musim pertama ini sebanyak 24 episod akan disiarkan dan empat episod sudah pun disiarkan di saluran Youtube Jalan Kashoorga iaitu di https://youtu.be/7Pax59I4NkA
Subscribe segera program talkshow ini kerana ada banyak lagi kupasan tajuk menarik dan hangat buat anda. Berdakwah dalam suasana santai. Pendekatan santai ini diambil bagi memberikan aura berbeza dan tidak terlalu berat untuk dihadam oleh penonton.
Jangan lupa saksikannya setiap Jumaat jam 8 malam dua kali sebulan. Promosi berterusan akan disiarkan menerusi laman Facebook dan Instagram Kashoorga.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Untuk Yang Banyak Tertinggal Solat Sebab Alasan Malas Atau Culas, Ini Yang Patut Dilakukan Sebelum Terlambat

Soalan:
Adakah kita perlu mengqada’ solat (wajib atau sunat) yang tertinggal dengan sengaja, malas dan cuai? Bagaimana dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh? Apakah kita hanya dituntut supaya bertaubat dan tidak perlu mengqada’nya?
Jawapan Firman Allah SWT
إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتْ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ كِتَـٰبًا مَّوْقُوتًا
Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (Surah al-Nisa: 103)
Ayat ini menunjukkan bahawa solat fardhu menjadi kewajipan orang Islam dan mempunyai waktunya yang telah ditetapkan. Sebelum saya menjawab permasalahan ini, suka dinyatakan berkenaan dengan hukum meninggalkan solat. Pengarang al-Fiqh al-Manhaji menyebut:
Orang yang meninggalkan kerana mengingkari hukum wajibnya atau sengaja mempersendakannya akan menjadi k4fir dan terkeluar daripada agama Islam. Pihak pemerintah wajib menyuruhnya bertaubat dan tidak boleh membiarkannya demikian sehingga dia bertaubat dan kembali mendirikan solat.
Berkenaan dengan soalan di atas, pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie hendaklah diqada’kan solat yang telah ditinggalkan walaupun bukan dengan sebab tertidur atau lupa.
Ini kerana hutang Allah SWT lebih utama dibayar. Berkenaan dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh, maka hendaklah diqada’ semampu yang mungkin walaupun secara beransur-ansur sehingga selesai, di samping bertaubat kepada Allah SWT.
Mereka hendaklah menghitung solat yang ditinggalkan dengan ghalib zan atau yakin supaya dapat diqada’kan semua solat yang pernah ditinggalkan. Walaupun begitu kita yakin dengan sifat keampunan Tuhan dan penerimaan taubatnya di samping beriman dengan firman Allah SWT:
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.(Surah al-Baqarah: 286)
Berkenaan dengan qada’ amalan sunat hukumnya sunat, seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Adapun taubat juga perlu tetapi tidak memadai dengannya sahaja, mesti diqada’ juga berdasarkan arahan Rasulullah SAW.
Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa muda-muda dulu
Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa. Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat.
Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai waktu Allah, qadha waktu kita
Dari ‘Aisyah r.a katanya: Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat. (Muslim)
Cara Niat Qada Bagi Solat Fardhu Lima Waktu Pula Ialah
Solat Maghrib
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
Solat Isyak
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
Solat Subuh
Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
Solat Zuhur
Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
Solat Asar
Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala
Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an banyak waktu), perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?
Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.
Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya.
Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu ( tetapi sudah buat solat taubat ) bagaimana ?
Soal jika meninggal sebelum sempat meng’qada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar-benar insaf dan niat untuk qada’ kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dos4-dos4nya.
Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.
Wallahualam. Kongsikan,semoga bermanfaat.
SUMBER: MAJALAN HARIAN.COM
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Semoga Allah Bagi Baby Cepat.’ Pejuang TTC Ini Menangis Bila Adik Pregnant Dulu, Takut Tak Mampu Bagi Zuriat

Isi Kandungan
Toggle‘Semoga Allah bagi baby cepat-cepat.’ Pejuang TTC (Trying To Concieve) ini menangis bila adiknya pregnant dulu, takut tak mampu bagi zuriat kepada suaminya kerana dia lebuh berusia daripada suami.
Setiap wanita pasti mendambakan untuk bergelar ibu secepat mungkin setelah berkahwin. Namun kadang-kadang takdir Allah mengatasi segalanya, ada yang diuji bertahun-tahun berkahwin, tapi belum dikurniakan cahaya mata.
Pelbagai usaha dan cara sudah dilakukan untuk mendapatkan anak, tapi tetap menemui jalan buntu. Sesungguhnya Allah memberikan satu-satu nikmat di waktu kita perlu bukan kita mahu. Percayalah.
Artikel Berkaitan
Semoga Allah Bagi Baby Cepat-Cepat
Bagi wanita-wanita di luar sana yang masih berusaha atau merupakan pejuang misi dua garis semoga suatu hari nanti akan mendapat berita gembira seperti mana yang dikongsikan oleh pengguna TikTok ini, Mummy Ean.
Perkongsian video TikTok ini adalah video lama (throwback). Jelasnya dia pun antara wanita-wanita yang berusaha keras untuk mendaapat cahaya mata. Kongsinya,
@eanzhafran Kita pun pejuang dua line dulu wak . Vtt ni tahun lepas punya which is lari sorang2 pergi pantai tinggal suami mcm tu jer kt rumah and nangis jer kt situ sbb masa ni down teruk bila dapat tau my adik dah preggy padahal kita yg kawen dulu . Masa ni emosi teruk sbb i pun dah preggy 3month tp i TAKTAHU i dah preggy !! I tau preggy masa peyut dah 4month weh 😣 buad penat je nangis . Kenapa kita sedih sangat sbb kita lebih tua dari suami , kita takut sangad takdapat bg baby awal2 kat dia 😣 Utk yg masih ttc semoga Allah cepat2 bagi awak baby supaya bahagia ada baby tu kita dapat sama sama rasa 🥰 #pejuanggarisdua #pejuangdualine🤲🥰 #ttc #fypシ #babytiktok #baby2022 ♬ suara asli – 🍃🕊NoN🕊🍃
Pejuang TTC Ini Menangis
Kita pun pejuang dua line dulu awak. Video TikTok ini tahun lepas punya… Which is lari sorang-sorang pergi pantai, tinggal suami macam itu saja dekat rumah dan menangis saja dekat situ.
Sebab masa ini down teruk bila dapat tahu my adik sudah preggy padahal kita yang kahwin dulu. Masa ni emosi teruk sbb i pun dah preggy 3 month tapi saya tak tahu sudah preggy juga!
Bila Adik Pregnant Dulu
I tau preggy masa perut sudah 4 month weh. Bila dikenang semula, buat penat saja menangis . Kenapa kita sedih sangat sebab kita lebih tua daripada suami, kita takut sangat tak dapat bagi baby awal-awal dekat dia.
Untuk yang masih ttc semoga Allah cepat-cepat bagi awak baby supaya bahagia ada baby itu kita dapat sama-sama rasa.
Takut Tak Mampu
Alhamdulillah kini Mummy Ean selamat melahirkan bayi yang comel yan telah menginjak usia enam bulan.
Biarpun terpaksa membesarkan anaknya seorang diri kerana hidup PJJ (perhubungan jarak jauh), namun kehadiran bayi yang sangat-sangat dinantikan pasti menguatkan semangat ibu beranak satu ini meneruskan hidup. Insyallah.
@eanzhafran Ada ke geng PJJ dengan suami kena jaga anak anak sorang2 , ulang2 rutin sama setiap hari . Semoga kita semua kuat dan segala kepenatan didunia digantikan dengan syurga . Nanti kita rehat sama sama dekat sana k 🤍 #ldrcheck #pjjlife #fypシ #viral #babytiktok ♬ original sound – shera
Bagi Zuriat
Rata-rata warganet mendoakan Mummy Ean kerana mereka amat memahami situasi yang dialaminya.
Madam Syieda
Alhamdulillah tahniah sis.. Lama-lama ttc sis tak akan kisah dengan rezeki orang sis. Macam saya tak kisah, rezeki dan nikmat itu luas sis..Lin
Still sabar menanti, masuk 5 tahun. Allah sahaja yang tahu…bila belum ada zuriat sendiri. Allah datangkan ujian lain pula sampai saya sakitJessL
The reason why saya pregnant, saya diam-diam sebab ramai kawan dan family members yang ttc dekat wsap saya. Hati memang nak beritahu semua tapi fikirkan perasaan orang lain, tak jadi…Sis Azreen
6 tahun dah kawin, pernah gugur satu kali… Macam-macam kita ikhtiar tapi belakang kita macam-macam orang kata sebab orang tak tahu kita sudah usaha sehabis baik… Lumrah dunia.
Baca Di Sini
‘Kuasa Tuhan, Saya Tak Menolak Rezeki.’ Januari Baru Dapat Baby Kelapan, Sekarang Isteri Hamil Lagi
Rezeki Allah Itu Indah. 11 Tahun Hidup Berdua, Mizz Nina & Noh Kini Miliki Musa
Kashoorga : Mudah-mudahan Allah mengabulkan doa mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak.
Sumber : TikTok Mummy Ean
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Adik Ipar Bukan Mahram, Tak Perlu Laga-Laga Pipi. Ambil Tahu Supaya Tak Buat Dosa Sia-Sia & Halalkan Yang Haram”

Mengadakan majlis perkahwinan memanglah seronok kerana kita dapat berkumpul bersama adik-beradik lain serta sanak saudara.
Bukan sahaja pada sebelah kita, tetapi orang baru rasmi menjadi ahli keluarga kita. Namun begitu, ada batas pergaulan yang perlu kita ambil tahu agar tidak akan berlaku perkara tidak diingini.
Walau serapat mana hubungan itu, batas pergaulah perlu dijaga kerana orang baru itu bukan mahram kita.

Ayuh ikuti perkongsian lelaki ini Akhtar Syamir bab mahram agar boleh dijadikan panduan terutama ketika sesi fotografi bersama seisi keluarga.
Anda dan ipar anda bukan Mahram. Bila bukan Mahram, sentuh tak boleh, aurat pun kena jaga. Dalam Islam, tak kira “tahap kemesraan” atau “tahap rapat” tu. Yang dikira ialah hubungan antara satu sama lain.
Antara perkara yang selalu terjadi, ipar tidak begitu mengambil berat akan auratnya. Memakai baju lengan pendek dan tidak bertudung. Alasannya, “bukan orang lain”. Bila berjumpa atau berpisah, tak perlulah salam atau laga-laga pipi.
Yang kedua sering terjadi ialah pasangan kepada mak atau bapa saudara. Contohnya anda seorang perempuan, suami kepada mak saudara anda tu bukan mahram. Jadi, tak boleh la buka tudung depan dia atau salam dengan dia. Sama juga dengan jika anda seorang lelaki, isteri kepada bapa saudara anda tu bukan mahram, tak boleh salam.
Sama juga kesnya dengan anak saudara suami atau isteri anda. Bukan mahram dan tidak boleh buka aurat depan mereka dan bersalaman.
Ketiga, dengan sepupu berlainan jantina. Selalunya alasan “membesar bersama” dan lain-lain akan membuatkan orang ambil mudah. Kalau berjumpa bukan main lagi salam, cium pipi dan peluk. Maklumlah, dulu duduk serumah. “Bukannya orang lain”.
Kemudian, yang selalu orang terlepas ialah apabila bersama dengan orang tua. Orang tua walau setua mana pun jika dia bukan mahram kita, tak boleh bersentuhan juga. Jangan gunakan alasan “hormat orang tua”. Tak kena alasan tu.
Dulu saya kurang ambil berat bab ni, main salam saja sana sini. Tapi bila kita dah tahu, kita mula cakna bab ini. Tak susah pun nak tahu yang mana boleh salam atau tidak. Fokus kepada yang rapat-rapat dulu.
Bila dah tahu, macam mana nak elak dengan sopan untuk tidak berada dalam situasi yang janggal apabila bukan mahram menghulur tangan untuk disalam?
1. Letak tangan atas dada dan senyumlah semanis yang boleh sambil mengangguk atau tunduk sedikit. Ini gaya tubuh yang paling menghormati orang lain tanpa bersentuhan.
2. Memberi alasan yang anda ada wuduk sambil meminta maaf dan senyum.
3. Jarakkan kedudukan anda supaya kurang kebarangkalian orang itu akan menghulurkan tangan untuk bersalaman.
4. Kalau keadaan memaksa dan anda tidak sempat untuk buat 3 perkara di atas, carilah apa-apa untuk lapik tangan tu. Ini cara terakhir, pasti orang itu tidak akan cuba salam dengan anda di waktu yang lain.
Semua ini kita buat bukan untuk tidak menghormati kebaikan orang lain. Kita buat dan ambil tahu supaya kita tidak membuat dosa yang sia-sia dan dalam tidak sedar, kita “menghalalkan yang haram”.
Semoga kita lebih ambil berat perkara sebegini. Jangan ikut artis, artis tu manusia juga. Ada kelakuan yang betul, ada kelakuan yang tidak betul. Ikutlah yang betul sahaja, yang lain kita jadikan sempadan.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI