Salah Baca Al-Fatihah, Solat Tak Sah? ‘Sebaiknya Cari Qari Atau Imam Besar, Cuba Contohi Bacaan Mereka.’

Share

Salah baca Al-Fatihah, solat tak sah? ‘Sebaiknya cari qari atau imam besar, cuba contohi bacaan mereka.’ Sekurangnya lakukan sesuatu untuk memperbaiki bacaan Al-Fatihah kita.

Membaca Surah Al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun-rukun solat. Selalunya, kebanyakan kita memang akan membaca ummul kitab itu tatkala menunaikan solat.

Artikel Berkaitan:

Ketahui Empat Jenis Kesalahan Membaca Surah Al-Fatihah Boleh Batalkan Solat, Yang Mungkin Biasa Kita Buat

Salah Baca Al-Fatihah

Namun dari segi lafaz berkenaan kadangkala kurang jelas didengari di telinga sendiri. Malah, ada segelintir orang pula membaca surah berkenaan hanya dalam hati.

Sebenarnya bagaimanakah cara yang betul melafazkan Surah Al-Fatihah berkenaan? Adakah cukup sekadar berbisik dan bacaan itu hanya didengari di telinga sendiri?

Solat Tak Sah?

Ikuti perkongsian Ustaz Mohd Riza menerusi Audit Solat, jangan sampai solat kita tak sah bila kita salah membaca Suratul Fatihah.

Bagaimana cara membaca Surah Al-Fatihah yang termasuk dalam rukun Qauli dalam solat?

Di sini, ingin saya tegaskan bahawa setiap orang nadanya berbeza, serta pemahamannya berbeza. Kadang-kadang jah atau suara memang tak sama. Suara saya sekalipun tak sama dengan anda. Lagunya pun tak sama.

Sebaiknya Cari Qari Atau Imam Besar

Jadi perkara pertama yang dapat saya berikan panduan yang paling mudah adalah anda sebaiknya mencari qari atau imam-imam besar yang viral atau berkumandang bacaannya di media sosial.

Cuba dengar dan contohi bacaan mereka merupakan antara cara mudah dalam memperbaiki bacaan surah Al-Fatihah. Insyallah dari situ kita dapat belajar dan adjust di mana kurang atau lemah bacaannya kita. kemudianya sedikit demi sedikit, perbaikilah bacaan agar bertambah baik.

Seeloknya belajar dengan baik, mengikut tertib dan tajwid serta kesempurnaan dengan baik. Belajarlah bersungguh-sungguh dan sekiranya tak mampu walaupun sudah belajar dengan baik, teruskan solat dengan kemampuan yang kita ada.

Cuba Contohi Bacaan Mereka

Jangan pula sebab nanti, bacaan kita rasa macam berdengung itu lebih sikit, terus kita rasa tak nak solat pula.

Perlu diingat, saat kita membaca suratul Fatihah dalam solat, bacaanya harus dilafazkan paling tidak didengari telinga kita. Bukan hanya dibaca dalam hati.

Ini kerana setiap bacaan-bacaan rukun Qauli dalam solat hendaklah dizahirkan menerusi lidah kita, mesti diucap.

Artikel Berkaitan:

Semak Balik Bacaan Kita, Ini 5 Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Dalam Surah Al Fatihah

 

Kashoorga: Mudah-mudahan Allah menerima amal ibadat kita. Amin.

Sumber : Audit Solat

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat